Advertising

Friday, February 29, 2008

Manifesto-manifesto parti besar yang bertanding




BN
PAS
KeAdilaN
Siapa berhak menang? Siapa berhak mentadbir negara kita?Antara Manifesto dari parti-parti besar yang bertanding dlm Pilihanraya 2008
Barisan Nasional
Ekonomi
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi
Keselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
Urus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa
Pendidikan
- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
Pembangunan
- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli
- Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu - Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu
Perkhidmatan awam
- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam
Agama
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari - Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama
PAS
- Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan
Disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi
menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan
seluruh kos perkhidmatan.
-Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kayamiskin
dalam kaum dan antara kaum dengan
menekankan aspek pendidikan dan peningkatan
sumber pendapatan.
- Menghapus kira semua pinjaman tertunggak
PTPTN
- Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat
IPTA.
- Mengembalikan semula pemberian biasiswa
sebagaimana yang dijamin di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
- Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN)
setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim
Perlindungan Kesihatan daripada majikan masingmasing
agar dapat menikmati perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti di semua hospital
kerajaan atau pun swasta.
- Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan
permuafakatan di antara majikan dan kesatuan
sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan
keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah
serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.
- Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak
RM12,000 setahun
- Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti
kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.
- Elaun Khas buat ibu tunggal dan
memperkenalkan Takaful Armalah
- Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah
untuk para wanita dengan memberikan
pelepasan cukai kepada syarikat untuk
perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan
komunikasi.
- Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan
mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus
untuk kaum wanita.
- Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan
bagi memenafaat serta tidak mengorbankan
kepentingan institusi keluarga.
- Mengenalkan Undang-undang bagi
mengelakkan wanita dieksploitasi untuk
kepentingan komersial.
-Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai
dengan menyediakan perumahan tersusun serta
peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan
perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan
Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan
bulanan melebihi RM1200 sebulan.
KeAdilan
Tekad Pertama: Negara Madani untuk semua
Mempertahankan Perpaduan, Hak Asasi dan Integriti

Tekad Kedua: Ekonomi maju untuk semua
Pengagihan sama rata menjana dayasaing yang tinggi

Tekad Ketiga: Malaysia yang selamat untuk semua
Pasukan Polis yang bersih untuk perlindungan rakyat

Tekad Keempat: Harga rendah untuk semua
Kawalan harga petrol dan barangan

Tekad Kelima: Pendidikan terbaik untuk semua
Kualiti Pendidikan tertinggi yang percuma

'Adakah benar manifesto mereka ini atau pun sekadar untuk mengaburi mata kita untuk meraih undian? Fikirkan dan renungkan kepada masa lampau adakah kita meraih apa yang dijanjikan? Jawapan ada didepan mata anda dengan pembangunan, sepakat kaum, pendidikan dan pelbagai lagi. Fikirkan dan undilah dengan bijak..' - skullsplitter



Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Malaysia Ke-12





Pilihanraya 2008

Antara 3 pemimpin Parti Besar didalam Pilihanraya 2008 kali ini. Parti Barisan Nasional diterajui oleh 'Pak Lah' dari UMNO, Parti Islam Semalaysia diterajui Tuk Guru Nik Aziz dan Parti Keadilan diterajui Anwar Ibrahim.

Sedikit pengetahuan tentang Parti-Parti Besar ini.

Barisan Nasional adalah salah sebuah daripada parti politik Malaysia. Barisan Nasional adalah suatu parti campuran kerana ia terdiri daripada gabungan pelbagai parti, oleh itu dapatlah dikatakan bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang tidak mempunyai ahli berdaftar, sebaliknya mempunyai parti komponen.

Parti Islam Se-Malaysia (juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang diasaskan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa agenda keadilan sosial dan penghapusan rasuah, ketidaktelusan & ketidakadilan dalam kerajaan memerintah. Parti ini juga membawa agenda untuk menghapuskan @ memansuhkan polisi Ekonomi Baru dengan menggantikan ia dengan penekanan kepada pembasmian kemiskinan. Selain itu mereka jua membawa agenda untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam ekonomi negara.

Pilihanraya 2008 Yang Ke-12 (8 Mac 2008)

Walaupun 2007 berlalu tanpa menyaksikan pilihan raya umum ke-12, masih banyak adegan politik yang menarik dan berwarna-warni sifatnya dapat dirakamkan sepanjang tahun tersebut. Di samping menyuntik keinsafan buat diri bahawa baki usia kian pendek, tahun baru 2008 diramal menghidangkan pelbagai episod siasah yang lebih mendebarkan lagi.
Pastinya setiap parti-parti politik yang bakal bertanding mendakwa sudah bersedia menghadapi suara dan pilihan rakyat walaupun persiapan itu belum dapat ditingkatkan sepenuhnya. Semua akur bahawa tidak mudah buat parti-parti pembangkang menyusun gerak dan memperlengkapkan jentera untuk berdepan kerajaan Barisan Nasional.

Marilah kita jalankan tanggunjawab kita untuk memilih Kerajaan yang akan memerintah negara kita sebaik mungkin. Lihatlah dari pelbagai aspek dan berfikirlah sebelum mengundi. Siapa yang memberi keseimbangan dalam memerintah negara, keseimbangan beragama, keseimbangan dalam ekonomi, keseimbangan arus kemodenan dan agama yang bergerak sejajar untuk akhirat dan dunia. Mari mengundi. Semuanya terletak ditangan kita!




24/02/08 Sunyi Lagi

Ermm.. Hari ini.. aku menyesali sesuatu.. Sesuatu yang tak patut aku lakukan.
Hari ini juga aku sekali lagi rasa sunyi.. Mcm2 benda & perkara aku lakukan.. semuanya
tak kena.. Aku ke ofis pagi td.. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku lakukan tidak membosankan aku.. Tapi hasilnya.. Sama juga.. Aku still sunyi.. Seorang.. Tanpa sesiapa..
Tghari aku tapau makanan.. balik rumah.. makan sorang-sorang.. cuba hiburkan hati aku dgn tengok TV.. tak byk cerita menarik hari ini.. Tapi cerita Night at the Mesuem td agak menghiburkan aku.. Tapi masih kosong hidup aku.. Senang cerita.. Aku tido.. Baru tenang otak aku ni.. Bgn around pukul 8, aku keluar, tapau makan, makan lagi sorang2.. After that.. trus la aku mengadap internet ni smp skarang.. tak boleh nak tido.. Kenapa aku tak diberi peluang untuk aku tebus segala dosa aku & salah aku? Itu apa yang aku fikirkan tadi, tapi aku sedar bahawa peluang sentiasa menanti aku untuk aku tebus segalanya.. Cuma jalannya masih samar untuk aku fahami & ketahui bagaimana cara untuk aku dapatkan kembali apa yang telah hilang dlm hidup aku.. Sesuatu yang patut aku hargai dari dulu.. Semoga Allah sentiasa memberi aku petunjuk untuk aku hadapi semua ini.. Amin..

Tuesday, February 19, 2008

19/02/08 Penat..

Hari ni.. Penat yang teramat aku rasakan..
Dengan batuk dan selsema.. 3 hari bergelumang dengan panas terik dan hujan..
Arghhh.. Aku terlalu penat..
Aku baru sampai dari shooting di Perak & Penang.. Arini bangun je aku dari tidur..
Aku rasa letih betul badan aku ni.. Terlalu berat nak buka mata..
Aku demam..
Esok bertambah lagi azab aku..
Aku ke Sabah pulak!!! Adoi..
Penat..Penat..Penat..

Wednesday, February 13, 2008

12/02/08 What I Learn Today

Hari ni aku bgn awal pagi.. Terjage pukul 645am.. Aku tk dpat lelapkan mata aku lagi..
Aku terfikir.. Apa kata aku bgn, mandi dan solat subuh.. Aku lakukan semua ni dgn pantas sekali kerna aku masih terfikir nak sambung tidur aku.. Apa la masalah aku ni.. Tak juga boleh tidur.. Aku sekali lagi bangun bersiap.. Baik aku terus ke office ikut kata hati aku.. Sampai je dioffice sunyi je.. tak ada sesiapa pun.. Aku mengadap PC aku dan terus aku surf internet.. Makin lama makin boring.. Sampai tepat pukul 8 aku dah tak boleh handle keboringan aku.. Aku pun turun ke JP nyalalah sebatang rokok.. Masih juga boring coz aku berseorangan.. Tiba-tiba datang seorang cleaner diofis aku tegur aku.. 'Sorang bang?' Dlm hati aku aku jwb.. 'Lagi mau tanya'.. Aku anggukkan kepala aku.. Dia terus duduk disebelah aku.. Dia bertanya lagi.. 'Byk kerja ke bang datang awal' aku jawab 'Aah'.. Dia tanya lagi 'Yeke? Tgk macam ada masalah je..' aku jawab 'Takde la..Byk keje je..' Dia terus membalas.. ' Takpe bang.. Takda masalah yang tak boleh selesai..' Aku pun jawab.. 'Yeke?'.. Dia balas 'Ye bang.. Allah sentiasa bersama kite..' Aku terkedu sebab org yang bercakap dengan aku ni aku rase orang Bangladesh.. Dia senyum je tengok aku.. Aku rasa dia tahu apa aku fikirkan.. Dia terus berkata ' Saya orang Islam bang..' Aku pun balas.. 'Oooo..' Tak sempat aku nak cakap lagi dia sambung.. ' Saya dah lama kat sini (Malaysia) dah jadi macam negara saya sendiri, saya selalu tengok orang-orang kat ofis ni termenung.. Sorang-sorang, macam abg skarang ni.. Abg betul ke takde masalah ni?' Aku pun jujur menjawab.. ' Ada la masalah kerja dan peribadi sikit.. Tak tau nak buat apa.. Lepak la hisap rokok cni.. Lepak atas pun boring.. Takda orang.. Kenapa tanya?' dia jawab ' Saje je bang.. bagi saya kalau apa-apa masalah yang datang, kita ikhtiar dan berdoa pada Allah untuk bantu kita..' Aku pun jawab.. 'Betul tu...' Dia sambung lagi.. 'Cuba Abg ikhtiarkan untuk selesaikan masalah tu dan waktu solat nanti berdoa la.. Minta pertolongan Allah.. Yang penting hati tu ikhlas' Aku dah kene ceramah.. Dia sambung lagi.. 'Cuba-cubalah bang ye.. Allah tu mmg akan bantu umatnya dalam kesusahan.. Saya ada kerja.. Saya pergi dulu ya bang..' Aku tak sepatah pun bercakap hanya mengangguk kepala.. Aku pun naik semula keatas cuba memulakan kerja yang tertangguh dari semalam yang tk dapat aku selesaikan..Masih belum lagi aku dapat solution untuk kerja aku ni.. Terdetik dalam hati aku.. 'Ya Allah.. tolonglah aku..' Tak sampai seminit perkataan itu terdetik dalam hati aku.. Telefon aku berbunyi, dan terkejutnya aku.. Masalah yang aku fikirkan dari semalam dah dapat diselesaikan oleh orang yang berkenaan..'Alhamdulillah..' terus terkeluar dari mulut aku yang berat utk ucapkan kalimah Allah selama ni.. Kemudian aku teruskan dengan kerja lain.. Tapi fikiran aku masih terngiang-terngiang dengan masalah aku yang lagi satu.. Personal prob aku.. Jam waktu tu pun dah pukul 145pm.. Aku teringat pada kata cleaner tadi.. Sembahyang.. Aku terus turun ke surau, ambil air sembahyang dan solat Zuhur.. Bukan kerana aku ada masalah ketika itu.. Tapi aku tersedar itu tanggungjawab aku.. Aku semayang dan kemudia selama lebih kurang 3 minit berzikir.. Aku berdoa mintak Allah tenangkan hati aku.. Selepas aku keluar dari surau tu.. Aku terasa sesuatu yang tenang sangat dalam diri aku..
semua org yang berselisih dengan aku menyapa aku dengan lembut dan baik.. Tah.. Aku rasa seperti semua org baik dengan aku hari ni.. Kaan baik aku diofis belanja aku lunch hari ni.. Sesuatu yang aku susah untuk percaya.. Tapi itu kebenarannya.. Sampai sekarang aku masih tersenyum gembira.. Walaupun tidak selesai masalah aku.. Sekurang-kurangnya aku tersedar dari tidur aku selama ini bahawa aku tidak berseorangan.. Terima Kasih pada brother tadi yang sedarkan aku.. Walau buruk macamana pun kita.. Kita tetap makhluk Allah, dia menerima doa hambanya... syukur Alhamdulillah..

Tuesday, February 12, 2008

11/02/08 My Whole Life Part 5

Aku namakan waktu ini waktu suka dan duka dalam hidup aku..

WAWASAN & Pelajaran

Aku bersama WAWASAN buat sekian lamanya.. banyak suka dan duka, gembira menangis bersama, struggle dlm pelajaran.. Aku cuba habiskan apa yang aku mulakan.. Zaman remaja ini aku aniskan dengan WAWASAN dan belajar.. Tergelincir sedikit aku dr landasan, WAWASAN bangkitkan aku kembali, semangat aku semakin hari semakin bertambah, sayang aku pada WAWASAN semakin hari semakin menebal, susah payah & buruknya aku, WAWASAN tak pernah sedikit pun alihkan pandangan, apa yang ada hanyalah kasih sayang dalam satu keluarga baru yang aku temui di Uniten. Aku belajar dari kesilapan, tapi masih ada yang belum cukup dlm hidup aku.. Aku masih lupa pada yang Esa.. Sekali lagi dugaan datang dalam hidup aku.. Ketika final exam di semester ke 5, arwah nenek aku kembali kerahmatullah.. Tk dapat aku gambarkan betapa sedihnya aku waktu itu bila orang yang aku sayangi, pergi tanpa sempat aku cium pipinya, tatap wajahnya kali terakhir.. Dalam hati aku meraung, aku terkilan, janji aku padanya belum ditunaikan sehingga dia kembali kerahmatullah.. Sehingga kini perasaan kecewa dan terkilan bermain dalam hidup aku.. Janji yang belum aku tunaikan.. Ampunkan aku..

Cinta

Selepas beberapa kali kecewa dan terkilan dengan hidup aku.. aku cuba sembunyikan rasa itu.. Aku temui seorang yang aku sayangi hingga hari ini.. Aku habiskan masa, waktu aku bersamanya.. Terlupa sejenak aku kisah hidup aku.. Aku bahagia saat ini.. Aku didampingi seorang yang amat penyayang, seorang yang tahu susah payah aku selama ini.. Aku mula memasang impian untuk melamarnya satu hari nanti.. Sehingga tamat pelajaran aku di Uniten, aku pulang semula ke pangkuan keluarga.. cuba bekerja, tapi perasaan aku berbelah bahagi ketika itu bila aku terpaksa tinggalkan dia demi kerjaya aku.. aku nekad ambil keputusan untuk bekerja diKL.. Tapi rasa bersalah timbul bila abah tidak berapa sihat untuk teruskan kerjanya.. Mama minta aku untuk teruskan apa yang diusahakan abah selama ini.. aku cuba menolak.. aku tahu kecewanya mama waktu itu.. dan aku nekad terus ke KL dengan bebanan & seribu pertanyaan dlm kepala, betulkah apa yang aku lakukan ni.. Tanpa wang yang mencukupi, tanpa sebarang pengalaman, aku mula mencari kerja, selama lebih aku hanya bergantung pada org yang aku sayangi.. semangat dan dorongan yang dia berikan membuatkan aku lebih semangat untuk bekerja sehingga aku di terima masuk ke ASTRO. Syukur tak terhingga aku waktu itu, dia orang pertama aku khabarkan berita ini.. Tapi aku masih belum bersedia memberi tahu mama ttg perkara ini.. Setahun berlalu, aku pulang kekampung.. Alhamdullillah mama dan abah terima aku seadanya. Aku gembira.. Aku teruskan hidup aku bekerja, penat lelah tak aku hiraukan kerana adanya penawar disisi aku sentiasa. Sayang aku pada dia bertambah dari hari ke hari.. Sehiggalah tamatnya pelajaran dia di Uniten dia pulang ke kampung sementara menanti kerja.. Agak kecewa waktu itu.. Aku mula sibukkan diri dengan kerja.. setiap hari, setiap masa, sehingga aku lupa pada dia sementara.. Aku tahu kecewanya dia waktu itu.. Tapi aku masih lupa.. Sekali lagi dalam hidup aku.. Aku lambat tersedar dari tidur aku yang panjang, yang dikuasai wang ringgit, dibebani kerja yang banyak.. aku lupa janji aku pada dia, janji yang aku semat dengannya dulu.. Sanggup dia menunggu begitu lama untuk aku.. Dia kotakan janjinya pada aku.. apa pun terjadi dia cuba untuk terus bersama aku.. Aku lupa diri, aku mula berubah, aku mula tidak hiraukan dia, aku tersilap langkah untuk kali ke 4 dlm hidup aku.. aku lepaskan dia.. tanpa aku fikir betapa besar pengorbanan dia pada aku.. betapa lama dia menunggu, betapa seksa dia bersabar.. dan betapa berdosanya aku selama ini pada dia.. byk perkara yang aku lakukan padanya, banyak salah aku padanya, begitu banyak aku mengubah hidupnya, begitu banyak aku terhutang budi, harta, perasaan dan nyawa padanya, begitu banyak masa dia korbankan untuk aku dan begitu banyak sekali aku sakiti hati dan perasaannya.. Ampunkan aku.. Aku banyak berdosa pada dia.. Sekarang tiada lagi peluang dalam hidup aku untuk aku baiki keadaan.. Teringin aku kembali kepada mulanya semua ini.. Aku GAGAL! Ya Allah, bahagiakanlah hidup org-org yang telah aku kecewakan.. Ambillah sisa bahagia yang tinggal dalam hidup aku untuk mereka.. Mama, Abah.. Maafkan Anyah.. Nenek, maafkan Anyah tak dapat tunaikan hasrat nenek.. Sahabat-sahabat, berilah aku sedikit ruang untuk memohon maaf, Ney.. Dari hujung rambut sampai hujung kaki maaf tak terhingga dipohon, abg tahu tak sedikitpun maaf ini dapat merubah apa-apa dlm hidup ney.. Tidak sedikitpun akan hapuskan dosa yang tak terhingga pada ney.. Tapi cuma ini yang ada pada diri ini sekarang.. Semoga Allah menerima hamba yang hina ini teruskan sisa-sisa hidup yang masih ada.. Wassalam.

11/02/08 My Whole Life Part 4

Ini kisah yang aku namakan zaman remaja, zaman pengenalan kepada dunia sebenar..

Aku memulakan pelajaran di semester 1 di Uniten dengan harapan menggunung dari abah dan mama.. Kali ini aku hanya harapkan yang terbaik dari diri aku sendiri.. Aku mengenali kawan-kawan baru, aku gembira kerana sekali lagi aku merantau ditempat orang. Aku cuba untuk biasakan diri dlm apa juga situasi yang berlaku disini.. sekali lagi aku kecundang.. Belum pun memasuki semester kedua aku dah didapati bersalah memukul seorang pelajar bersama kawan-kawan yang aku baru kenali.. Sekali lagi aku hampir dibuang Universiti.. Terlalu kecewa mama dan abah pada waktu itu.. Tapi Allah masih sayangkan aku.. aku diberi peluang.. aku diberi syarat agar mula aktif dgn persatuan-persatuan pelajar dlm universiti. Dan ketika itu aku mengenali seorang lagi gadis dalam hidup aku. Biar pun berjauhan aku rasakan seperti setiap hari aku bersamanya.. Dan dari sini juga aku mula mengenali WAWASAN. Persatuan yang byk membimbing aku kearah yang lebih baik dari dulu. Aku mula mengenali diri aku sendiri, aku mula ketahui halatuju hidup aku, aku mula mengenali erti persahabatan, aku mula mengenali tanah tempat aku berpijak sekarang, dan aku mula mengenali cinta dari pelbagai sudut. Cintakan Agama, Cintakan Negara, Cintakan Bangsa dan aku mula mengenali cinta sebenar..
Terlalu bahagia aku waktu ini, tak dapat aku gambarkan keindahan waktu ini.. Aku punyai sahabat, aku punyai WAWASAN yang sering membantu dan aku punyai kekasih yang sgt aku sayang pada waktu itu. Tapi jodoh tidak berpanjangan pada waktu itu, keadaan tak mengizinkan, waktu tidak sesuai.. aku hilang seorang kekasih tapi dia muncul sebagai seorang sahabat baik aku sehingga kini.. Aku teruskan hidup aku dgn belajar, dgn WAWASAN, dgn sahabat-sahabat dan aku temui adik-adikku yang comel dlm WAWASAN. Bermula disitu, setiap masa, setiap waktu aku cuba abiskan bersama mereka, dari bergembira, belajar.. semuanya ada waktu itu.. Aku sekali lagi bahagia dgn apa yang aku rasa pada waktu itu..

Continue

11/02/08 My Whole Life Part 3

Selepas tamatnya zaman persekolahan, aku kembali ke pangkuan keluarga setelah beberapa tahun merantau sementara menunggu keputusan SPM..

Kekesalan yang lepas masih belum padam dalam hidup aku, aku tekad dalam masa beberapa bulan ni aku cuba untuk baiki diri aku, aku bekerja. Aku mula membantu kerja-kerja abah dalam bidang construction, apa saja aku lakukan untuk tebus kesalahan aku pada mereka. Sebelah malamnya aku berniaga burger untuk duit sampingan. Dalam masa yang sama aku cuba berniaga cara berbeza, aku mencuba nasib membuat design baju untuk sekolah-sekolah disana. Alhamdulillah.. lumayan. Selama 6 bulan aku mencuba nasib dlm semua benda, cuba untuk berdikari.. Waktu ini.. Tiada sesiapa pun yang istimewa dalam hidup aku.. Aku hanya pandang pada masa depan aku.. Akhirnya aku diterima masuk ke Universiti Tenaga Nasional dlm jurusan Kejuruteraan Elektrik. Tak dapat aku bayangkan betapa gembira kedua ibubapa aku pada waktu itu..

Monday, February 11, 2008

11/02/08 My Whole Life Part 2

Bermula zaman aku beralih ke Sekolah Menengah, apa yang aku namakan zaman bahagia aku ketika itu kerana aku rasakan aku sudah cukup dewasa untuk mengenal dunia..

Selepas UPSR, dengan keputusan yang agak OK, aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Agama berasrama penuh di Perak juga.. Agak teruja ketika itu kerana terlalu gembira aku dapat berdikari sendiri selepas ini diasrama.. Apa yang aku mahukan selama aku di Sek. Rendah..

Bermula disitu, aku pelajari Ilmu agama yang mendalam, aku pelajari Bahasa Arab.. Aku bersyukur ditempatkan disitu, aku dididik dengan baik ttg pengetahuan agama.. tapi, walaupun dgn didikan agama, disiplin yang kuat, aku masih tergelincir dari landasan aku sendiri.. Semasa di tingkatan 3 aku sudah berani panjat pagar untuk keluar, belajar membuli pelajar junior.. sedikit demi sedikit aku berubah menjadi antara pelajar yang jahat disekolah itu sehingga aku pernah digantung sekolah kerana cuba keluar dari asrama secara haram.. Malunya abah dan mama ketika itu kerana aku satu-satunya anak meraka yang banyak melakukan kesalahan disekolah sedangkan aku disekolah yang mendidik aku mengikut landasan agama..Dan bermula disini apa orang katakan cinta monyet.. Aku mengenali seorang gadis pada usia yang masih mentah.. Mula bercinta berbalas surat, berjumpa setiap malam selepas waktu prep.. Aku akui agak bahagia waktu itu sampai aku lalai dgn cinta yang mungkin tak kemana.. Selepas tingkatan 3 aku dikeluarkan dari Sek itu atas alasan tidak menepati sasaran Sek yang mahukan setiap pelajar sekurang-kurangnya lulus dengan B dlm bahasa arab, tapi aku hanya D walaupun keputusan yang lain lebih baik dari semua.

Aku berpindah ke Sekolah Teknik Tunku Abd Rahman Putra, di Pulau Pinang dalam bidang Kujuruteraan. Sekali lagi aku jauh dari keluarga.. Masih aku ingat pesan abah ketika itu supaya aku tidak lagi membuat sebarang masalah kepada sekolah. Aku cuma katakan pada abah, aku cuba. Dari hari kehari aku cuba untuk tekun belajar untuk aku buktikan kepada abah dan mama aku tak senakal yang disangka.. Pada waktu ini aku masih bercinta dengan gadis yang aku kenali ketika di Sek Agama dulu.. Dalam pada aku teruskan hidup aku disekolah ini, aku semakin terlupa apa yang pernah diajari dulu.. Aku mula lupa untuk solat, aku mula lupa tanggungjawab aku pada Allah.. Mungkin dari sini aku sekali lagi lupa diri.. Walaupun ketika itu aku dilantik menjadi salah seorang yang penting dlm sekolah itu, aku mula ghairah melakukan sesuka hati aku membuli pelajar-pelajar lain, lalai dgn tanggungjawab yang sekolah berikan pada aku.. Sehingga aku sekali lagi tergelincir hampir dibuang sekolah atas tuduhan memukul pelajar junior menggunakan senjata (kayu). Aku dibuang semua jawatan pentadbiran sekolah dan digantung sekolah selama seminggu. Buat kali pertama aku lihat mama mengalirkan airmata dengan sikap aku.. aku rasa sgt berdosa pada mama pada waktu itu.. Aku teruskan persekolahan aku sehingga tamat SPM. Aku kecewa pada waktu itu. Banyak salah aku pada abah dan mama.

Continue

11/02/08 My Whole Life

Hari ini apa yang aku namakan cerita hidup aku..

Jam 2 petang, 3/6/83, aku selamat dilahirkan..
Dilahirkan atas kasih sayang Ilahi yang masih mahu hambanya ini diberi peluang
merasai nikmat hidup didunia dan mengabdikan diri aku padanya..
3 hari sblm aku dilahirkan, aku disahkan meninggal dunia didlm kandungan..
Begitu besar kasih mama.. Mama cuba pertahankan bahawa aku masih boleh diselamatkan..
Dengan kuasa yang Esa, aku selamat dilahirkan didunia tanpa cacat dan cela..
Syukur tak terhingga aku masih diberikan nyawa untuk terus merasai kehidupan..

Bermula dari situ, aku ditatang, dimanjakan, diberi sepenuh kasih sayang daripada mama dan abah, tanpa mengenal siang dan malam, apa saja karenah aku dilayani..
Sedikit demi sedikit aku membesar dan belajar untuk hidup didunia ini..
Gembira tanpa sebarang masalah.. apa yang hanya aku fikirkan ketika itu hanya untuk bergembira, bermain dengan kawan-kawan tanpa aku fikirkan susah payah mama dan abah memerah keringat untuk sesuap nasi.. Apa yang aku tahu waktu itu hanya mengikut percaturan masa, waktu makan, aku pulang untuk makan.. Selebihnya dihabiskan untuk bergembira bermain bersama kawan-kawanku..

Selain mama dan abah.. Aku masih terhutang budi dan nyawa pada arwah nenek aku.. Seorang yang aku boleh katakan segalanya bagi aku.. Tak pernah sekalipun terungkap keluhan dengan kedegilan dan kenakalan aku.. Aku dapat rasakan kasih sayang yang sama aku rasai dari mama dan abah.. Apa saja kesalahan dan karenah aku asyik saja dibela.. Seperti tiada satu pun perkara aku lakukan salah baginya sehingga aku dilabelkan cucu kesayangan arwah.. Pernah sekali ketika aku bersama arwah pergi memancing disungai, aku tergelincir dan hampir lemas tenggelam didalam air sungai yang dalam, arwah sedaya upaya cuba menyelamatkan aku, syukur Allah masih menyayangi aku.. Takkan aku lupakan hari itu seumur hidup aku..

Aku terus membesar merantau dari negeri ke negeri yang lain mengikut keluarga dari Ipoh ke Sabah ke Johor dan kembali ke Perak semula selepas sekian lama.. Aku memulakan persekolahan aku di Sabah selama 2 thn. Aku mula mengenali kawan-kawan baru dialam persekolahan disana sehinggalah aku terpaksa berpindah sekolah mengikut keluarga ke Johor.
Seperti biasa bertemu kawan-kawan baru disana. Selepas 2 thn aku disana, abah mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya tentera dan memulakan perniagaan di Perak. Sekali lagi aku terpaksa berpindah. Tapi perasaan aku tidak terlalu sedih meninggalkan kawan-kawan kerana apa yang lebih penting bagi aku, aku semakin dekat dengan arwah nenek aku di Perak. Sesuatu yang amat mengembirakan aku.. Aku tamatkan zaman sekolah rendah aku di Perak.

Continue..

10/2/2008 Tough Day!

Whut am i doing today..
Its juz fucking bored and tired..
I cnt sleep last night.. And then i need to work today at 9am!
Its fuckin Sunday man.. Argghhhhhhhh..
I go to studio juz to make sure everything is fine.. thats its.. but at 9am man..
After lunch i going back to my home, to my bed.. zzZzZZZzzZZ till 8pm..
930pm.. Man Utd VS Man City.. Man U lose 2-1.. But its ok.. because today is the tribute game to 1958 Man U team with the big heart of player and fan.. I like it, I like the jersey and i like this game.. I change my desktop background to 1958 team picture taken before the tragedy.. Its cool! Now.. I want to sleep.. C ya!

Sunday, February 10, 2008

Tribute To Man Utd @ Busby Babes 1958 Traagedy




On the 6th February 1958 a tragedy unparalleled in sporting history took place at Munich Airport. Manchester United were robbed of seven players, some officials and the press lost some good reporters and photographers. Bitter rivals Manchester City lost Frank Swift, a legend at the club. Many still believe that West German officials covered up evidence at the time. This article attempts to clear this up.


On February 3rd the entire Manchester United party boarded aircraft G-ALZU (Known as Zulu Uniform) under the command of Captain James Thain for charter flight B-line 609 from Manchester to Belgrade. The route was arranged via Munich both ways for refuelling as a direct route was out of range. At the airport the Asst Team Manager, Jimmy Murphy, was there to see them off. In his other capacity as Manager of the Welsh National team he was required in Cardiff for a forthcoming international against Israel and was to remain behind. On board, the party settled down for the journey that lay ahead whilst the Captain checked the passenger list, reading the names like a “Who’s Who” of British Football greats. Roger Byrne, 28, the clubs team captain and Manchester born. Geoff Bent; Jackie Blanchflower, brother of Irish International Danny, Bobby Charlton, brother of the equally famous Jackie; Eddie Colman, 21, a schoolboy discovery; Duncan Edwards, 23, once the youngest ever player to play for England; Billy Foulkes; Harry Gregg, goalkeeper, bought recently for £23000; Mark Jones, 24, another schoolboy discovery; Ken Morgans, 18, the youngest of the “Babes” – who, once selected – he was never dropped and during the current season had played 28 times and United never lost one game. David Pegg, 22, International; Tommy Taylor, most expensive player (4 years previous transferred from Barnsley for £29,999). Dennis Violett; Bill Whelan. An unprecedented list of British football talent of which the total complement was valued at the then astonishing sum of £350,000. With Matt Busby, himself a past player for great rivals Manchester city, as well as a former Scottish international, and now the much respected manager since his appointment after the war, were a dedicated threesome. Walter Crickmer, secretary; Bert Whalley, coach, and Tom Curry, trainer. Each had been with the club since the 30s. The press were also well represented in the party with many reporters from local and national papers.

And Tonight Game

Derby kit unveiled

The special retro kit to be worn by United for tonight Manchester derby has been unveiled.The strip, which has been specially designed without kit manufacturer or sponsorship logos, is based on the kit worn by the Busby Babes in the 1950s - in recognition of this week's 50th anniversary of the Munich air disaster.Also abandoned are modern squad numbers, with United's 16-man squad set to don numbers 1 through 16 on Sunday after gaining special dispensation from the Premier League.Chief executive David Gill said: "The sincere thanks of the Club go to AIG and Nike for their wholehearted backing for the kit change, and to the Premier League for allowing us to mark the event in a unique way."
Like United, opponents Manchester City will don a retro strip, free of sponsorship, especially for Sunday's match. A black ribbon motif, bearing the words ‘Manchester Remembers,’ has also been incorporated.Both teams will observe a minute's silence and every fan attending will receive a special memento.

9/2/08 Happy

Hari ni aku seharian kat rumah..
Tak tau nak kemana dan takde mood nak keluar pun..
Aku abiskan masa kemas bilik, basuh baju, memasak untuk lunch & dinner..
And then aku sedar, tanpa kawan-kawan, tanpa seseorang disisi ni memboringkan jugak..
Aku cuba lari dari perasaan tu..
Aku tengok TV..
Hampir kesemua movie yang ditayangkan arini aku tengok..
Dari HBO ke Cinemax ke Star Movie ke RIA (Memori Sehati Berdansa) ke Game EPL Aston Villa VS Newcastle n sempat gak aku tengok Happy Feet..
Tapi agak sukar jugak nak lari dari perasaan boring tuh..
Nak bersembang pun takde membe.. Seme bz ngan hal masing-masing..
Tiba-tiba pukul 11.27 pm camtu aku dpt satu SMS bertanyakan khabar aku..
Tak dapat aku nak describe betapa happynya aku waktu tu..
Seharian aku kat rumah tanpa sebarang SMS or call dari sesiapa..
At least aku happy juga untuk seharian ni selepas aku tgk cerita Happy Feet..
Tenang tidur aku mlm ni.. zZzzZZZZzz..

Saturday, February 9, 2008

Salah Aku

Bila berseorangan aku mula berfikir...

Selama ini apa yang tak kena dlm hidup aku..
Apa sebenarnya yang berlaku dlm hidup aku..
Aku sepatutnya bersyukur dengan pemberian Ilahi pada aku..
Tapi kenapa aku tak pernah hargai kesempurnaan & keindahan yang diberi?

Bermulanya semua pada diri aku sendiri..
Apa yang aku rasai sekarang sebenarnya balasan atas apa yang aku lakukan dulu..
Tak pernah terlintas untuk aku lakukannya..
Semuanya berlaku sblm ini tidak langsung aku fikirkan kesannya..
Kini aku rasakan segala yang pernah dirasai insan lain dgn perbuatan aku..

Bagi yang pernah merasakan sesuatu yang buruk dari kelakuan dan perbuatan aku..
Hanya kemaafan aku harapkan..
Sememangnya tidak layak aku menerima kemaafan dari kalian..
Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba..
Terima Kasih kepada yang memaafkan..
Terima Kasih juga pada yang tidak memaafkan..
Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk memohon maaf..

Saturday, February 2, 2008

Mengapa, Aku, Seperti...

'Mengapa kau pergi, mengapa kau kecewakan, mengapa kau mungkiri....'

Eh.. Salah tajuk.. bukan itu yang aku nak sampaikan..

Mengapa aku gerakkan jari jemari aku untuk blog ni?
Mengapa aku habiskan masa untuk blog ni?
Mengapa aku tak menyedari blog ini byk mengajar aku?
Mengapa aku tersangat teruja untuk meneruskan apa yang aku coretkan?
Mengapa aku berfikir seperti aku tidak perlu menulis didlm blog ini?
Mengapa semua soalan ini terlintas difikiran aku?

Aku masih mencari-cari, apa sebenarnya yang aku cari selama ini dalam hidup aku..
Aku bersyukur dengan segala yang ada pada diri aku..
Aku gembira dengan segala yang terjadi dalam hidup aku..
Aku berterima kasih atas apa yang aku terima selama ini..
Aku berdoa keatasmu Allah untuk perlindungan dan kesejahteraan..
Aku terima segala yang terjadi sebagai pengajaran dalam meniti kehidupan ini..

Tapi...
Seperti ada sesuatu yang masih kurang dalam hidup aku..
Seperti ada kekosongan dalam hidup ini..
Seperti tidak lengkap hidup aku..
Seperti tidak cukup lagi segala yang aku miliki..
Seperti aku berada dijalan yang jauh dari diri aku yang sebenar..
Seperti aku masih mencari erti sebenar hidup..

Byk kekurangan yang masih perlu aku cari untuk aku terus dilandasan sebenar bukan fantasi.. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya masih ada lagi terdetik dihati aku untuk memperbaiki kekurangan diri aku.. Syukur.

Pantun Untuk 'AKU'

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa hamba serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Buih kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya
Wajah puan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan

SAVE DARFUR

SELAMATKAN DARFUR

Krisis ini merupakan satu krisis yang besar yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat dunia. Krisis yang berpanjangan ini menjadi antara krisis yang melibatkan pertumpahan dan angka korban yang besar, kononnya berlaku pembersihan etnik antara umat islam Arab dan Afrika.

Kekacauan politik yang berlaku di Sudan semakin meruncing sejak beberapa tahun yang lalu. Tumpuan kali ini adalah di sebelah barat Sudan, iaitu Darfur. Di sebelah selatan, Sudan masih bergelut memadamkan ancaman South People Liberation Army ( SPLA). Jadi, pada ketika ini, kerajaan Sudan sedang menghadapi dua kekacauan yang berat, satu di sebelah barat dan satu lagi di wilayah selatan.

Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika, Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristien. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di Darfur adalah suatu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.

Puak yang didakwa melakukan ‘pembersihan etnik’ itu, iaitu Militan Arab Janjaweed, dikatakan mendapat sokongan dana dan senjata daripada kerajaan Sudan.
Analisis-analisis yang mendakwa kekacauan yang sedang berlaku di Darfur adalah berpunca daripada operasi pembersihan etnik oleh Arab Janjaweed adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, rakyat Sudan semuanya mempunyai warna kulit yang sama dan pergaulan serta kahwin campur di antara yang umat Islam yang berketurunan Afrika dan Arab telah menjadi kebiasaan dan meluas. Hanya adat-adat tertentu sahaja yang membezakan di antara orang-orang Islam keturunan Afrika dan Arab. Ini diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair. Beliau mengatakan : “Keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ianya semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi” [Bashir Sets Up Panel to Probe Human Rights Abuses in Darfur, News Article by PANA, 9/5/2004] Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan US di dalam kekacauan di Darfur .

Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan – mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Campurtangan US menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader) , Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”
Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Campurtangan US telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. US telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil US telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang?

Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian .

Kekacauan di Darfur ( barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan .

Sebuah Cerita Untuk Kita

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut,carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Selalu bayangkan diri di dalam kasut seseorang, jika rasanya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Pesanan buat yang teristimewa, sahabat dan umat kita:

'Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum gembira. Teruskanlah hidup kita sebaiknya supaya apabila kita mati nanti, kita akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis kehilangan kita'

Cinta? Perlukah dihargai?













Bukan berpuitis untuk menunjukkan kehebatan,
Bukan menulis sekadar luahkan perasaan,
Bukan coretan jadikan ukuran,
Tapi segalanya sekadar untuk tatapan.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya

Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kerana adanya cinta, adalah bahagia. Renungkanlah...

Sekadar Berkongsi Pendapat Untuk Kedamaian


Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.
Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20. Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Kesatuan Soviet, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.
Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.
Apa telah terjadi kepada masyarakat dunia kita hari ini.. Tiada belas, kasih sayang dan rasa hormat sesama manusia. Allah selamatkanlah Palestin. -Amin- Renung-renungkanlah...



Kejamnya Dunia


Coretan dan nukilan jejari ini khas buat adik sharlinie...


Sedih hati mendengar perkhabaran ini,
Angkara siapa? Berdosakah adikku ini?
Mengapa begitu kejam dunia?
Mengapa begitu kejam manusia?
Perlukah adik kita yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?
Hati siapa mampu menahan kesedihan saat mendengar perkhabaran kehilangan Adik Nurin Jazlin yang kembali ke rahmatullah atas kekejaman manusia, kini satu lagi tanda tanya yang sama kembali berulang..
Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui apa terjadi padamu adik,
Apa yang boleh kami harapkan dan doakan agar adik sharlinie ditemui dan kembali kepada keluarganya semula.
'Pulangkanlah kembali adik kami ini Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dunia ini, berilah petunjuk kepada kami semoga adik sharlinie ditemui semula, semoga apa yang terjadi dijadikan ikhtibar kepada masyarakat dunia ini' - Amin -

Whut Do U Know About LOVE? For Me..

A sailor in love with the wavesand eventually like the waves he becomes a hopeless lover.
A poet is in love with wordsand eventually the net of wordstraps him from meaning.
The sea is an infatuating spread the jungle a passionate net but the sea will not confess its secretthe jungle will not confess its secretand the self become a summit of mystery.
All creation is a medium to a recognition of the creator yet how shall I write a poem of love so that the medium does not hide the purpose?

Damai

Damai..alangkah indahnya jika hidup ini penuh kedamaianalangkah bahagianya jika hidup ini penuh keceriaan..Syukurlah pada sesuatu..Hargailah pada pemberiankerana kita tak pasti hidup yg kita keluh kesahkan itu mungkin akan lebih derita dari hari ini…Sayangilah pada kedamaian..bukan mudah utk setiap insan merasai kedamaian..kesakitan,penderitaan,kekecewaan akan menghalang seseorang mengalami erti Damai…DAMAI tak akan hadir selagi hati tidak tenang dan selagi hati penuh kedambaan…

Pencarian

PENCARIAN…Semakin aku mencari ketenangan..semakin hebat dugaan yang mendatang..semakin aku menjauhi seseorang semakin hampir dia padaku…semakin aku menyayangi sesuatu semakin sakit hati dan perasaanku..semakin aku membenci sesuatu semakin rindu mencuri kalbu…tiada indahnya sesuatu…melainkan keindahan yg kita rasai sendiri…Tiada sensara hatinya melainkan jiwa bersendirianTiada kata yg dpt dilafazkan melainkan rasa syukur dan sabar yg patut aku jejaki…dan itulah nasihat dari para Nabi…..