Advertising

Monday, February 11, 2008

11/02/08 My Whole Life

Hari ini apa yang aku namakan cerita hidup aku..

Jam 2 petang, 3/6/83, aku selamat dilahirkan..
Dilahirkan atas kasih sayang Ilahi yang masih mahu hambanya ini diberi peluang
merasai nikmat hidup didunia dan mengabdikan diri aku padanya..
3 hari sblm aku dilahirkan, aku disahkan meninggal dunia didlm kandungan..
Begitu besar kasih mama.. Mama cuba pertahankan bahawa aku masih boleh diselamatkan..
Dengan kuasa yang Esa, aku selamat dilahirkan didunia tanpa cacat dan cela..
Syukur tak terhingga aku masih diberikan nyawa untuk terus merasai kehidupan..

Bermula dari situ, aku ditatang, dimanjakan, diberi sepenuh kasih sayang daripada mama dan abah, tanpa mengenal siang dan malam, apa saja karenah aku dilayani..
Sedikit demi sedikit aku membesar dan belajar untuk hidup didunia ini..
Gembira tanpa sebarang masalah.. apa yang hanya aku fikirkan ketika itu hanya untuk bergembira, bermain dengan kawan-kawan tanpa aku fikirkan susah payah mama dan abah memerah keringat untuk sesuap nasi.. Apa yang aku tahu waktu itu hanya mengikut percaturan masa, waktu makan, aku pulang untuk makan.. Selebihnya dihabiskan untuk bergembira bermain bersama kawan-kawanku..

Selain mama dan abah.. Aku masih terhutang budi dan nyawa pada arwah nenek aku.. Seorang yang aku boleh katakan segalanya bagi aku.. Tak pernah sekalipun terungkap keluhan dengan kedegilan dan kenakalan aku.. Aku dapat rasakan kasih sayang yang sama aku rasai dari mama dan abah.. Apa saja kesalahan dan karenah aku asyik saja dibela.. Seperti tiada satu pun perkara aku lakukan salah baginya sehingga aku dilabelkan cucu kesayangan arwah.. Pernah sekali ketika aku bersama arwah pergi memancing disungai, aku tergelincir dan hampir lemas tenggelam didalam air sungai yang dalam, arwah sedaya upaya cuba menyelamatkan aku, syukur Allah masih menyayangi aku.. Takkan aku lupakan hari itu seumur hidup aku..

Aku terus membesar merantau dari negeri ke negeri yang lain mengikut keluarga dari Ipoh ke Sabah ke Johor dan kembali ke Perak semula selepas sekian lama.. Aku memulakan persekolahan aku di Sabah selama 2 thn. Aku mula mengenali kawan-kawan baru dialam persekolahan disana sehinggalah aku terpaksa berpindah sekolah mengikut keluarga ke Johor.
Seperti biasa bertemu kawan-kawan baru disana. Selepas 2 thn aku disana, abah mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjaya tentera dan memulakan perniagaan di Perak. Sekali lagi aku terpaksa berpindah. Tapi perasaan aku tidak terlalu sedih meninggalkan kawan-kawan kerana apa yang lebih penting bagi aku, aku semakin dekat dengan arwah nenek aku di Perak. Sesuatu yang amat mengembirakan aku.. Aku tamatkan zaman sekolah rendah aku di Perak.

Continue..

1 comment:

Honeya Diaz said...

hargai lah apa yang diberi oleh Nya.. Insyaallah kelak, kita akan dapat yang lebih baik.. Amin...

Love your post.. keep on blogging kay dear... :)