Advertising

Wednesday, August 26, 2009

Who can be blame for it?

taken from Google

I just have a conversation with one of my friend regarding our entertainment industry. And one question still revolved in my head, is it true our artists has been isolated by our own entertainment industry?

Everyone said that our entertainment industry going down. It's because so many foreigners artist come and make a lot of money compare with local artists in our country. Is it true? It's because of the quality and popularity they had or our industry just not fair to the local artists?

I don't know, for me it's good to have competitor from other country in our entertainment industry, but I agree that we have to compete, but lets be real. If there were perfect copies of movies, album etc out there, people would surely spend their money for it. It's more about quality. It's so many difference we can see between product from other country and our local product. Our industry is in a bad place. Honestly, no more quality film, no more quality album, no more quality artists and why we have to put that blame to the foreigners artist?

I've read this quote from other blog and I love it.
“Give a man a fish, he’ll eat for a day. Teach a man to fish, he’ll eat forever.”

My opinion, learn from what they do. They learn how to fish, not just wait to have a fish.

What do you think?

Salam,
skullsplitter

Tazkirah Ramadhan 1

Assalamualaikum.

Sedikit ilmu untuk dikongsi. Sebuah cerita tentang alam yang mana kita semua akan sampai disatu masa nanti, yaitu di padang mahsyar. Padang mahsyar adalah satu tempat dimana semua manusia yang pernah hidup dimuka bumi dari nabi Adam sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dikumpulkan. Pengetahuan kita kepada alam yang akan kita lalui nanti amat perlu kita ketahui secara detail, diantara yang patut kita tahu tentang peristiwa dipadang mahsyar ialah tentang Mahkamah Ilahi, disinilah segala perhitungan akan dijalankan bagi setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi, yang mempunyai ciri berakal dan baligh. Bagi manusia yang mati sebelum baligh, cacat akal sejak kecil, gila sejak kecil akan selamat dari mahkamah ini, dan juga beberapa golongan orang beriman yang mempunyai ciri-ciri amalan tertentu tidak akan dibicarakan dan masuk syurga tanpa hisab (perhitungan).

Terdapat tiga mahkamah dipadang mahsyar, iaitu:

1. Mahkamah antara iman dan syirik.
2. Mahkamah pembicaraan hak antara sesama manusia
3. Mahkamah pembicaraan hak antara manusia dengan Allah

Hakim bagi mahkamah ini adalah Allah SWT sendiri. Dia adalah hakim yang maha adil, maha mengetahui, maha cepat perhitungan, tidak ada satu apapun yang terlepas, tidak dianiaya walau seorang pun, kesemua amalan dan perbuatan akan diperlihatkan, walaupun amal tersebut sebesar zarah, tetap akan diperlihatkan. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka pekerjaan mereka , "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat nya pula" (Al-Zalzalah:6-8).

Mahkamah pertama iaitu antara iman dan syirik, dalam mahkamah ini tidak ada pengampunan dari Allah, yakni barang siapa yang didapati beriman dia akan lepas. Tetapi barang siapa yang mati dalam keadaan tidak beriman atau kafir maka selepas keluar dari mahkamah pertama, segala amal baiknya sewaktu didunia tidak bernilai dan menjadi seperti debu yang beterbangan dan tidak berguna langsung, dia akan menjadi penghuni neraka kekal selama-lamanya.

Mahkamah kedua adalah pembicaraan antara hak-hak sesama manusia, dalam mahkamah ini tuntut menuntut hak akan terjadi, anak akan dakwa ayah, isteri akan dakwa suami, jiran akan dakwa jiran begitulah seterusnya. Hak yang dituntut adalah hak yang gagal ditunaikan semasa didunia dahulu, pada waktu ini anak dan isteri akan menjadi musuh bagi seorang bapa, jika didunia dia gagal menunaikan hak-hak mereka. Sewaktu didunia si ayah tidak mendidik anak dan isterinya dengan agama, si ayah tidak mencegah anak dan isterinya yang tidak solat, puasa dan macam-macam. Hak inilah yang akan dituntut, si anak akan berkata bahawa ayahnya telah mengabaikan tanggung jawab dengan tidak memberi nasihat dan pendidikan, jika dia tinggal solat ayahnya hanya diam saja selamba. Disini ayahnya akan terperangkap. Berbagai-bagai peristiwa akan terjadi disini, berbagai peristiwa yang berlaku diceritakan dalam al-quran dan hadist nabi secara detail. Pada waktu ini manusia yang tidak beramal akan menyesal, banyak hak-hak manusia disekeliling yang gagal ditunaikan, maka disini pembicaraan akan menjadi sangat sulit dan complicated. Ada yang lepas dan ada yang tidak lepas. Yang paling teruk sekali adalah orang yang muflis, dimana dia mati dengan membawa amal yang banyak, tetapi disebabkan akhlaknya yang buruk yang suka menindas dan menyakiti sesama manusia, maka orang ramai akan menuntut darinya, hak yang dituntut akan dibayar dengan nilai pahala mengikut perkadaran. Sehingga akhirnya, pahalanya habis licin, tetapi masih ada lagi orang yang datang menuntut, maka tidak dapat dibayar, dengan sebab itu dosa si penuntut akan dipindahkan kepadanya. Dan akhirnya dia menjadilah orang yang bankrup dari pahala dan menanggung banyak dosa dari pemberian orang lain.

Mahkamah ketiga adalah mahkamah yang membicarakan tentang kesalahan, dosa diantara manusia(islam) dengan Allah. Disini semua perkara tentang hak Allah akan ditanya, tanggungjawab dalam ibadah dan sebagainya yang berkaitan antara manusia dan Allah. Dalam mahkamah ini Allah swt akan membukakan pintu pengampunan dan rahmat seluas-luasnya. Terlalu banyak dosa-dosa manusia yang berjaya mendapat keampunan dengan kerahimannya dan sifatnya yang maha pengampun. Allah swt akan mencari-cari sebab-sebab dari amal baik dari hambanya dahulu supaya dia mengampunkannya. Allah swt sangat suka mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya, Maha mulia Allah, maha penyayang, dan maha kasih sayang. Terlalu ramai yang lepas dalam mahkamah ini, dengan sifat Allah yang maha rahim, tetapi ada yang tidak lepas dan terpaksa juga masuk neraka kerana tidak ditemui satupun yang boleh dijadikan sebab supaya Allah mengampunkannya. Ini adalah golongan manusia yang sangat-sangat malang sekali. Samalah seperti 1000 orang peminta sedekah dengan seorang dermawan, 999 orang mendapat sedekah darinya, sedang seorang lagi tidak dapat... memang sangat malang sekali yang seorang itu. Meskipun terdapat ramai manusia yang lepas dalam pembicaraan ini tetapi semasa dibicarakan ia merupakan situasi yang sungguh-sungguh mencemaskan.

Wahai teman-teman, buatlah persiapan amal sebelum mati, Nabi saw memberitahu bahawa

"Orang yang paling bijaksana adalah orang yang selalu ingat mati dan membuat persiapan untuk menghadapi kematian... Muka-muka (orang-orang yang beriman) dihari itu berseri-seri. Mereka dapat melihat tuhan mereka. Dan muka-muka (orang-orang yang ingkar, kafir) dihari itu muram. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya mala-petaka yang amat dahsyat." (Al-Qiyamaah:22-25)

"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran , maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami."

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran 3:104)

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah:261)]

Insyaallah..


Salam
skullsplitter

Wednesday, August 19, 2009

Hak!

Malukah kamu untuk tunjukkan sesuatu bukan milik kamu?

Malukah kamu untuk pamerkan sesuatu bukan hasil titik peluh kamu?

Malukah kamu meminta-minta pada orang lain untuk kepentingan sendiri?

Malukah kamu pada Allah?

Aku malu.

Kamu?

Dia?

Erm.. Lumrah hidup didunia, saling menindas. Mereka tidak kirakan malu itu, tidak malu pada Allah. Mereka menidakkan rasa bersalah itu, malahan mereka lagi berbangga. Mereka bangga mereka perolehi hasil dari menindas bukan titik peluh sendiri. Sehina-hina pandangan dunia sekarang pada peminta sedekah itu, aku rasakan lebih hina mereka yang memakan hasil orang lain untuk kepentingan gaya sendiri. Sungguh hina dan jijik.

Teringat kata seorang sahabat dari dunia perfileman didalam skripnya :

"Patutlah badan kau tak pernah kurus, bertambah membesar seperti busung. Nak tahu kenapa?"

"Kenapa ya? Risau aku"

"Sebab kau makan duit haram! Kau tindas orang untuk terus hidup"

Fikirkanlah.


Salam
skullsplitter
**Perlu ke aku halalkan orang yang curi hasil titik peluh aku? Erm..

Friday, August 14, 2009

Outside and Inside


taken from flickr

Simple words,

Ugly outside, beautiful inside it's better than beautiful outside, ugly inside.

or ugly outside and inside? beautiful outside and inside?

Which one is you? Ponder!



Salam
skullsplitter

Al Fatihah


Hilangnya seorang pendakwah seni negara..

Salam Takziah buat keluarga Ustaz Asri (Vokalis Kumpulan Rabbani) yang telah kembali kerahmatullah pada pukul 1030pagi di Hospital Pantai akibat serangan jantung ketika sedang memberi ucapan di program Syahadah di Angkasapuri, RTM.

Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat dan terlepas dari seksaan kubur dan api neraka. Mari kita saling mengingati bahawasanya, ajal dan maut terletak ditanganNya yang maha Esa.

Kita yang masih bernafas ini, teruskanlah perjuangan agama tanpa sebarang keraguan. Amin.

Al Fatihah.


Salam,
skullsplitter

Wednesday, August 12, 2009

Rakusnya Dunia!

Mudah bagi yang berkata,
Tidak bagi yang merasa.
Rasa itu sampai mati.

Mereka kata sudah ada gantinya..
Tapi mana?
Manusia, penuh dgn tekaan.

Masa berlalu mungkin sembuhkan luka,
Tspi parut tetap ada,
Atau parutnya mampu dilenyapkan?

Mana mungkin yang zahir sama dgn batinnya,
luaran hidup, dalamnya mati.

Apa guna diterangkan,
Hati kotor tidak telus pada kebenaran,
Bisa dicuci, dihalang diri.

Biarlah pergi, biarlah sendiri,
Untuk apa terus menyakiti,
Mereka yg gelap, biarkan kita terus bersinar,
Tidak pada sebelum tapi pada selepasnya.

Dunia, rakus.
Abadi selamanya, Dia.


Salam,
skullsplitter

Monday, August 3, 2009

Pentas Pilih Kasih Week 10 & Final



Achtung! Attention! Perhatian!

New update for Pentas Pilih Kasih week 10 and Final week.


Due to the Festival Film Live on Saturday, 8th August 2009, we'll change our LIVE show to Sunday, 9th August 2009. LIVE at TV2.

And as per planning, our Final show also will be on Sunday, 16th August 2009.

Don't forget to watch!


Salam
skullsplitter

Saturday, August 1, 2009

They Lied!

When they said life must go on, and we can live with it.. Actually, they lied.

They lied, they took everything from me,
They really happy with it,
It's easy for them,
Just burying the truth,
Come out with the sad story,
Everyone go to their side,
Coz they are GREAT! That is what was they think!

Whatever it is,
They still lied, no matter what they tried to hide
Sing and shout, the truth wins out, He knows they lied

How can we live with it? Tell me. I need it.


Salam,
skullsplitter