Advertising

Saturday, June 28, 2008

Surgamu

Ungu - Surgamu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Reff :

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Back To Reff :

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu




Salam
skullsplitter

Thursday, June 26, 2008

Kekuasaan Yang Esa



Kekuasaan Allah menjadikan kanak-kanak yang membaca Al-Quran ketika berumur 4 bulan dan hafiz Al-Quran ketika umurnya setahun setengah. Mengislamkan ibubapanya yang beragama Kristian dan ramai lagi umat manusia yang mendengar khutbah & ceramahnya. Allahhuakbar!

Salam
skullsplitter

Tuesday, June 24, 2008

Selangor selepas 100 hari, Wow!

Hari ini dan semalam merupakan Hari Kongres Masjid Kebangsaan dianjurkan Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Bagus ada perhimpunan seperti ini. Aku terfikir pulak pada bantahan konsert di Selangor, ramai pula artis yang bersuara nyatakan ketidakpuasan hati mereka. Termasuk Roslan Aziz, baca la sendiri apa dia cakap. Sapa tk kenal dia? Haha. Pedas!

Opss.. yang penting, pendedahan di berita TV3 hari ini dimana sebuah masjid yang seharusnya dimulakan pembinaannya tahun ini yang juga dirasmikan pecah tanahnya pada Februari lalu oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Dr Khir Toyo disebuah kawasan perumahan umat Islam dibatalkan pembinaan setelah tidak mendapat kelulusan dari kerajaan baru yang kononnya 'kerajaan rakyat'. Hari Kongres Masjid Kebangsaan pulak tu! Sebab apa? Proposed by BN sebelum ni? Adoi.. Kandang babi yang diluluskan BN sebelum ni boleh teruskan, takkan masjid tak boleh? Kuil ada 1000 dengan kapasiti penduduk beragama Hindu 700,000 orang, masjid hanya ada 318 untuk kapasiti rakyat beragama Islam 4,000,000 orang? Adil sungguh Khalid ni.

Aduh Khalid. Aduh Khalid. Mana keADILan parti tu? Hah?

Salam,
skullsplitter

Happy Birthday!

Happy birthday to my dear little brother! He's 10 now!

“Life is not about what you cannot do because of circumstances out of your control. Success comes when you recognize what you can do with what God has given you.” - Janet Perez Eckles



Monday, June 23, 2008

Blog Menarik

Pada pandangan saya, blog-blog dibawah agak menarik untuk dibaca.

Buat sahabat-sahabat yang masih belum memahami status harga minyak negara kita dan beberapa pendedahan tentang negara kita sekarang mungkin boleh melawat blog Saudara Azri untuk penerangan yang ringkas tapi begitu padat.
Klik Disini.

Buat yang masih ragu-ragu dengan DSAI (Anwar), boleh lawati blog yang boleh terangkan dan dedahkan segala kegiatan DSAI dalam memanipulasi pemikiran kita untuk kepentingan dirinya bukan seperti yang diwar-warkan, untuk rakyat.
Klik Disini.

Untuk rakyat Melaka dan beberapa artikel menarik mungkin blog Saudara Zamspotte ini boleh sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua.
Klik Disini.

Buat saudara-saudara kita yang perlukan inspirasi hidup yang masih kita belum fahami sebenar-benarnya, mungkin ini sedikit membantu untuk kita mendapat ilham yang sememangnya datang dariNya dan disampaikan penulis kepada yang membaca.
Klik Disini

'Tetapi bukannya saya katakan disini semuanya baik dan tidak perlu kita berfikir lagi tetapi terus menyokong setiap artikel disana. Dan ianya bukan hanya untuk dijadikan bahan perbincangan akan tetapi bacalah ia fahami, fikirkan dan nilailah ia dengan sebaik mungkin. Kerana kita dikurniakan akal, penglihatan, pendengaran dan rasa untuk kita gunakan sebaik mungkin. Insyaallah.' - skullsplitter

-Credit to gerakananakmuda.blogspot.com, anginperubahan.blogspot.com, siputsedey.blogspot.com, anwaribrahimdotcom.blogspot.com & sahabat-sahabat lain yang bersama didalam perjuangan kita yang hampir sebenarnya tetapi dijarakkan oleh kita sendiri.

Salam
skullsplitter


Sunday, June 22, 2008

Lain Dulu Lain Sekarang?



Kembali ke zaman Tanah Melayu dahulu dimana pendidikan terbatas, pendidikan dibahagikan kepada orang melayu disekolah melayu, orang cina disekolah inggeris & orang india dimana-mana sahaja.

Org tua, cikgu pernah kata, dulu orang melayu dikampung, orang cina dibandar, orang india di estate. Ini betul-betul percaturan kaum! Tapi aku rasa mereka pandai.

Dan aku hairan, sedangkan dulu agak kritikal dengan perkara ini 'KAUM' tapi masih lagi mampu bersatu dan merdeka. Aku rasa aku merdeka. Tapi dr konteks yang lain sbb aku bukan hamba.


Zaman moden ni pulak, pendidikan tak terbatas, semua layak ada disekolah mana-mana, dikolej mana-mana, diuniversiti mana-manalah! Senang cerita semua ada peluang masing-masing. Cuma atas diri je. Nak atau tak nak. Ni dah masuk cerita lain pulak.

Yang aku nak cakap. Bila diberi 'kebebasan' seperti ini, makin bodoh pulak semua orang ni! Kes rasuahlah, BABI la, tanah gerejalah, kau bukan Islam dan aku Islamlah, lompat partilah. Semuanya timbul gara-gara kebodohan tahap kritikal semua yang bertegang leher ini walaupun tak dijerut dengan tali pancing! Adoi.. Ape la masalah ni??

Salam
skullsplitter

Saturday, June 21, 2008

Lompat Sikatak Lompat

SAPP - Saya Akan Pindah Parti

Dalam previous post saya sebelum ini pernah saya menulis tentang sembang saya bersama ahli parlimen kawasan saya tentang ahli parlimen BN di Sabah yang akan lompat parti & penulisan pandangan dari mata hati saya tentang kenyataan DSAI untuk membentuk kerajaan baru dibawah pimpinan beliau.

Hari ini ternyata ura-ura itu semakin hampir kepada kebenarannya seperti apa yang kita baca dan dengari, 'beberapa' Ahli Parlimen dari parti SAPP -Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) - bertindak untuk menyokong usul dari Presidennya Datuk Yong Teck Lee yang mengiystiharkan 'parti' itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang.

Menggunakan perkataan 'parti' itu agak mengelirukan saya bilamana Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri (SAPP) akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi. Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Sejauh mana kebenarannya tiada siapa yang tahu. Mungkin RM 100 juta yang diwar-warkan sebelum ini yang bakal ditawar Pakatan untuk lompat ke parti mereka bukan sekadar spekulasi? Jika benar wujudnya ancaman wang ini, tidak dapat saya terima akan apa saja kenyataan SAPP bahawa Pak Lah sudah tidak lagi relevan, ianya hanya dinding bagi mengaburi salah laku disebaliknya.

Dengar cerita beberapa pemimpin MCA di Penang pun dah gatal kaki untuk melangkah ke Pakatan. Ermm.. 'Bila hati & jiwa tiada pendirian yang tetap, hanya dikaburi kemewahan, inilah jadinya'

Salam
skullsplitter

Friday, June 20, 2008

Kaput lagi!

To all who have my number,

I have problem again with my phone. Sorry if i didn't return your call or SMS.

Anyway i can received your text or SMS. Just give me couple days to settle the problem and i'll return your call or SMS shortly! Thanks!

Salam
skullsplitter

Wednesday, June 18, 2008

Marah betul bang?

Apalah yang difikirkan brother ni kan?
Besar betul tong minyak tu..

Salam
skullsplitter

Another Earth?

Penyelidik Eropah mengumumkan semalam bahawa mereka menemui tiga 'bumi besar' (super-earth) mengelilingi sebuah bintang yang berdekatan. Selain itu, dua lagi sistem suria ditemui mempunyai planet yang kecil. 2 orang penyelidik ini telah mengesahkan bahawa tiga bumi besar berkenaan mengelilingi matahari yang lebih kecil daripada matahari dalam sistem suria kita. Sistem suria berkenaan terletak 42 tahun cahaya dari bumi.

Planet menyerupai bumi itu ialah masing-masing 4.2 kali, 6.7 kali dan 9.4 kali lebih berat daripada bumi.

Mayor dan rakan kerjanya yang menemui planet berkenaan menggunakan teleskop High Accuracy Radial velocity Planet Searcher atau HARPS, di Observatori La Silla di Chile.

Prof. Dr. Michel G. E. Mayor

Lepas ni ramai la pi lari ke planet bumi yang lain, sebab bumi ni harga minyak mahal! Haha..

Salam
skullsplitter

Monday, June 16, 2008

General Jay Hood & US Military or Quran?

I got this message from my friends say that:

'Bush has recently appointed General Hood as Ambassador to Pakistan . He is the one who flushed ' Quran-e-Pak' in a toilet of Guantanamo Bay Jail and said 'I will eliminate this book from world'. Please share this message to as many people as you can so that people get to know about it and they pressurize the Govt.'

And I read this from Ministry of Foreign Affairs Pakistan official website (In question & answer session) & New York Times:

MOFAP: General Jay Hood is not in Pakistan . The Ministry of Foreign Affairs is fully cognizant of the public sentiments and sensitivities regarding the reported transfer of General Hood to Islamabad . We hope to address this matter of public interest in the best possible manner.

NYT: The military has quietly canceled the assignment of General Hood.

But whatever it is, a report in Newsweek asserting that a military inquiry was expected to find that a Koran had been flushed down a toilet at the detention center and then the military inquiry concluded that a soldier had inadvertently (WTF?) splashed urine on a Koran, i will call it in bahasa 'KURANG AJAR & KURANG ASAM'. They still insult Islam and Quran!

Salam
skullsplitter

Happy Father's Day!

I know its was too late, but I want to wish and write something on the fathers day to my dad.

Song for you (Sung to "Twinkle, Twinkle, Little Star)

Daddy, daddy let me say
I love you in every way
I love you for all you do
I love you for being you
Daddy, Daddy let me say
Have a happy Father's Day!

Poem for you Dad

You may have thought I didn't see,
Or that I hadn't heard,
Life lessons that you taught to me,
But I got every word.
Perhaps you thought I missed it all,
And that we'd grow apart,
But Dad, I picked up everything,
It's written on my heart.
Without you, Dad, I wouldn't be
The man I am today;
You built a strong foundation
No one can take away.
I've grown up with your values,
And I'm very glad I did;
So here's to you, dear father,
From your forever grateful kid.

I Love You Dad!

Salam,
skullsplitter

Sunday, June 15, 2008

Minyak


M - Minyak


I - Itu

N - Nikmat

Y - Yang

A - Allah

K - Kurniakan


Salam
skullsplitter

Arkib Negara

Episode 1
Harga minyak naik RM 0.78 sen bagi petrol dan RM 1.00 bagi diesel. Kerajaan umumkan pembayaran rebat RM 625.00 bagi pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan pikap serta jip sehingga 2,500cc dan RM 150.00 bagi pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc

Episode 2
Kerajaan memutuskan untuk membayar gaji kakitangan awam secara dua ansuran, iaitu separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh kedua pada hujung bulan atau 50:50.

Episode 3
Cuepacs mahu pembayaran gaji kakitangan awam secara dua ansuran yang akan dilaksanakan mulai Ogos depan, diubah mengikut mekanisme 30:70 bagi mengelakkan pekerja kehabisan wang pada setiap awal bulan.

Episode 4
Semua 686 pejabat pos di seluruh negara akan dibuka Sabtu ini bagi membolehkan pemilik kenderaan persendirian membuat tuntutan bayaran rebat subsidi minyak yang diumumkan kerajaan, minggu lalu.

Episode 5
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau dan Datuk Seri Najib Razak sudah bermuafakat serta bersetuju mengenai masa terbaik untuk melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya itu.

Episode 6
Astro All Asia Networks Plc (Astro) tidak akan mengenakan denda RM10 bagi kelewatan pembayaran bil mulai 1 Julai ini. Astro mengkaji penggunaan satelit berlainan saiz dan reka bentuk bagi mengurangkan gangguan siaran ketika hujan kerana jalur Ku (Kurtz-under) yang diguna pakai Astro kurang sesuai dengan cuaca negara ini.

Ermm.. Bagus la ASTRO pun cuba membantu rakyat..

Salam
skullsplitter

Saturday, June 14, 2008

Pak Lah give up?

KOTA BHARU 13 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sepakat menentukan masa yang terbaik bagi peralihan kuasa.

"Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri" Utusan Malaysia 14 Jun 2008 / 9 Jamadil Akhir 1429


Adakah Pak lah semakin tertekan dengan desakan pelbagai pihak? Ini suatu petanda tidak baik kepada Parti Pembangkang kerana mereka masih mahu Pak Lah berada di puncak tertinggi kepimpinan negara kerana mereka tahu mereka akan hilang satu-satunya kelemahan didalam pentadbiran negara dan UMNO. Itu kata mereka yang tidak menyukai Pak Lah yang dianggap lemah. Saya hidup dizaman kegemilangan Tun, hanya seketika dizaman Pak Lah, setiap pemimpin ada baiknya dan kelemahannya. Pak Lah dilihat sebagai punca segala-galanya bila berakhirnya PRU12 yang lepas. Disini bermula pergolakan yang bermula dengan BN, kemudian menular kedalam UMNO, sehingga menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan kepimpinan ini. Disini pembangkang tanpa menoleh lagi terus mengorak langkah yang difikirkan masa terbaik untuk menjatuhkan kerajaan. Dari dulu kita orang melayu dijajah dari segi minda & pemikiran orang barat. Kini tidak lagi, telah berubah kepada jajahan minda & pemikiran oleh bangsa sendiri. Bertelagah sesama sendiri. Masing-masing timbul dengan idelogi tersendiri, kononnya demi mempertahankan hak rakyat dan menjamin kesejahteraan rakyat. Apa selama Tun, selama Pak Lah memerintah kita diserang barat? Kita merempat? Kita dibunuh beramai-ramai? Ermm.. Fikirkan.

Salam
skullsplitter

Wednesday, June 11, 2008

Adab Perdebatan

Dalam pergaulan seharian kita sering berhadapan dengan pelbagai perbincangan dan perdebatan. Tetapi Islam sendiri telah menggariskan berberapa panduan dalam perdebatan bagi mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang Agama, Politik, Ilmu Pengetahuan & lain-lain tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak akan menyebabkan rosaknya Agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan. Inilah punca lahirnya golongan berpecah belah dinegara kita kini. Ini tergambar apabila para sahabat berdebat antara satu sama lain dan Rasulullah SAW tiba disitu dan bersabda:

'Wahai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperoleh kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada hari kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, Kujamin tiga buah rumah didalam syurga: Ditaman-tamannya, di tengahnya, dan yang dibahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah melarang penyembahan berhala ialah perdebatan.'
(Riwayat Al-Thabrani)

Salam
skullsplitter

Tuesday, June 10, 2008

Duri Dalam Daging Yang Sebenarnya!

Masa ini, kita hanya terfikir atau terbaca Tun Mahathir Mohamad merupakan 'Duri Dalam Daging' didalam Parti UMNO itu sendiri, disebaliknya tidakkah pernah terlintas dihati dan terfikir dibenak minda bahawa terdapat seorang lagi yang menjadi 'Duri Dalam Daging' dalam masyarakat Islam dinegara kita?

Kita ini manusia yang mudah terleka, mudah dialih pandangan dengan sekelip mata. 'Gajah didepan mata, Semut di pergunungan juga kita pandang' Negara kita sekarang telah di perhati dan diteliti untuk dikuasai. Tapi apa yang kita lakukan? Nak jadi seperti Palestin? Seperti Iraq? 'Duri Dalam Daging' masyarakat Melayu & Islam dinegara kita ini sekarang sedang bergembira dengan kekayaan, kemasyhuran dinegara kejam dan tidak berperikemanusiaan, US (Untuk Semua) katanya! Cis!

Pendedahan dari seorang sahabat ini patutnya membuka mata semua masyarakat kita, terutama yang beragama Islam dimana sedikit demi sedikit kita ditindas. Cis! Lihatlah pendedahan ini untuk sama-sama kita berfikir sejenak masa depan bukan untuk kita, tapi keturunan kita. Insyaallah semoga Allah memberkati & memberi petunjuk untuk kita kejalan yang benar dan diredhainya. Dan Semoga Allah memberi hidayah kepada derhaka Islam dan Bangsa ini agar tidak terus menerus meletakkan Islam dibawah panji Yahudi. Insyaallah.

Sila baca pendedahan tentang DSAI bersama kroni-kroni US & Yahudi dari pelbagai negara.

Klik Disini

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan Rasulullah berkata: Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Cintalah sesama saudara Islam ini, mengapa perlu membahayakannya dan membencinya' - skullsplitter

Salam
skullsplitter

Monday, June 9, 2008

Kreativiti Manusia

Bila harga minyak melambung tinggi, masing-masing mengeluarkan pandangan, kemarahan dan isu. Tidak kurang juga yang menyampaikan mesej berbentuk perlian kepada isu ini. Masih ada yang kreatif dikala ini. Lihat dibawah:

Kreativiti manusia, ilham daripadaNya.

Bahasa Jiwa Bangsa

Di negara-negara Timur Asia, bahasa adalah satu penghormatan buat mereka. Mereka berbangga dengan bahasa yang ada pada mereka hinggakan tidak diperdulikan bahasa asing dinegara mereka. Inilah jadinya..

'Do not put the shit of your dog'

???

'Hair Less Milk'

'Eliminate horniness essence'

'Don't throw something dirty on the floor'
'Don't shit on the floor'

Apa-apa jela.. 'Bahasa Jiwa Bangsa'

Salam
skullsplitter

Sukar ke sengaja?

Sukar untuk lelapkan pasangan pancaindera untuk melihat ini semenjak diganggu 'hantu' bulat yang dikejar 22 orang makhluk ciptaanNya.

Esok berdengkur dimeja bulat office. Isk.

Sungguh ajaib pancaindera ini bila 'hantu' ini tiba, mudah pula ia layu bila membaca serta mendengar ceramah & tazkirah. Isk.

Tak adil la. Mentaliti.

Iskisk.. Jangan mengeluh.

Eh.. Dah 255am, ada game.

Salam,
skullsplitter

US Navy atau Nazi

Dalam kesibukan melayan kenaikan harga minyak dan beras di Malaysia saya tertarik dengan gambar yang ditunjukkan dibawah, bangunan US Navy yang terletak di World Wide Locator
Bureau of Naval Personnel, PERS 312F, 5720 Integrity Drive, Millington, TN 38055-3120. Ianya berbentuk swastika (Nazi). Lihat dibawah:

Dari pandangan sisi

Dari pandangan atas

Mesti arkitek dari Germany nih.. Iskisk.. Micheal Ballack betul.

Sunday, June 8, 2008

Ronaldo to Real?

Episode 1 - 21 May 08

After win the European Champions League with Manchester United, Cristiano Ronaldo gave Reds fans even more reason to celebrate when he quashed rumours that he could join Real Madrid this summer by pledging his future to United. When asked by a TV reporter whether he would be leaving the club with which he has already achieved so much in his short career, Ronaldo gave the emphatic reply all Reds fans wanted to hear.

“No, no, no. I’m going to stay,” he said.


Episode 2 - 27 May 08

The dispute between Manchester United and Real Madrid over Cristiano Ronaldo was becoming increasingly bitter last night as the Premier League and European Cup winners threatened to report the Spanish club to Fifa. United insisted that the 23-year-old Footballer of the Year was "not for sale" and said: "No one should be in any doubt that Manchester United will do everything in its power to keep its best players. The facts are: the player is on a long-term contract and his registration is held by Manchester United."

Episode 3 - 6 Jun 08

'I want to play for Real Madrid, but only if it is true they are eager to pay me and Manchester United what they have been saying they will,' Cristiano Ronaldo announced on Thursday through Brazilian website Terra. 'However, it does not depend on me.' Apparently he has barred Ferguson access to Portugal's Euro 2008 camp to speak with him. This comes from fear that Ferguson will derail his dream move to Hull.

S***!!!

Salam
skullsplitter

Saturday, June 7, 2008

Who's going to win EURO '08?

Euro '08 Austria-Switzerland

Like the World Cup, the European tournament takes place every four years. The tournament features 16 teams, each having survived an extensive qualifying schedule, placed into four groups. Each team is guaranteed three games with two teams advancing from each group. In the first round, there will be two games each day until June 14 and then four days with three games every day. The quarterfinals begin a week from Thursday, the semifinals start two weeks from Wednesday and the final is Sunday, June 29 in Vienna, Austria.

Base on my prediction, I'll choose this 4 teams at the semi finals.
1. Netherlands
2. Portugal
3. Germany
4. Spain

Why not France? - France have 100% top players in his team but the problem with this team is they don't have team spirit at the international games like EURO.

Why not Italy? -
Italy are mentally stronger than they were during their 2006 World Cup triumph but since they loss their captain, Cannavaro and the latest injury is Christian Panucci i don't think Italy strong enough to beat Netherlands & France. Christian Panucci limped out of training on Friday after suffering what looked to be a right knee injury. But since they were World Cup Champion, miracle can happen. We don't know.

How about you? Which team going to win this cup? Any idea.. Just write it!

Salam
skullsplitter

EURO 2008

Group A

Czech Republic
- Top players Milan Baros, Marek Jankulovski & Petr Cech
Turkey
- Top players Hamit Altintop, Mehmet Aurelio, Belozoglu Emre & Nihat Kahveci
Switzerland
- Top players Phillipe Sanderos, Johan Djourou, Hakan Yakin & Alexander Frei
Portugal
- Top players Ricardo, Deco, Cristiano Ronaldo, Simao, Pepe & Ricardo Quaresma

Group B

Poland
- Top players Lucasz Fabianski, Ebi Smolarek & Jacek Krzynowek
Austria
- Top players Rene Aufhauser, Andreas Ivanschitz & Roland Linz
Croatia
- Top players Vedran Corluka, Nico Kovac, Niko Kranjcar & Ivan Klasnic
Germany
- Top players Jens Lehmann, Philip Lahm, Torsten Frings, Michael Ballack, Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose & Lukas Podolski

Group C

Italy
- Top players Gianluigi Buffon, Christian Panucci, Gianluca Zambrotta, Andrea Pirlo, Ivan Gennaro Gattuso, Alessandro Del Piero & Luca Toni
Netherlands
- Top players Edwin Van Der Sar, Giovanni Van Bronckhorst, Arjen Robben, Wesley Sneijder, Ruud Van Nistelrooy, Ryan Babel, Dirk Kuyt, Robin Van Persie & Klaas-Jan Huntelaar
Romania
- Top players Cristian Chivu, Gabriel Sebastian Tamas, Adrian Mutu & Ciprian Marica
France
- Top players Gregory Coupet, Eric Abidal, Patrice Evra, William Gallas, Lassana Diarra, Claude Makelele, Florent Malouda, Frank Ribery, Patrick Viera, Karim Benzema, Nicolas Anelka & Thierry Henry

Group D

Spain
- Top players Iker Casillas, Carles Puyol, Sergio Ramos, Alvaro Arbeloa, Andres Iniesta, Cesc Fabregas, Xavi, David Silva, Fernando Torres & David Villa
Russia
- Top players Alexei Berezutsky, Andrei Arshavin, Dmitri Sychez & Alexander Kerzhakov
Greece
- Top players Antonis Nikopolidis, Giannis Goumas, Angelos Basinas, Stelios Giannakopoulos, Giorgos Karagounis, Theofanis Gekas & Angelos Charisteas
Sweden
- Top players Andreas Isaksson, Andreas Grangvist, Olof Mellberg, Niclas Alexandersson, Kim Kallstrom, Tobias Linderoth, Freddie Ljungberg, Anders Svensson, Zlatan Ibrahimovic, Marcus Allback & Henrik Larsson

Salam,
skullsplitter

Thursday, June 5, 2008

Hero Belum Sampai atau Hero Bersembunyi?

'Apasal la jam ni? Malam-malam macam ni pun jam lagi ke? dah teruk la KL ni.. Eh! Apasal semua orang menhala ke pump station ni? Time ni la baru semua orang nak isi minyak pula? Ke ade sale minyak hari ni? Eh.. Kalau ada sale aku pun nak join. Kot-kot boleh full tank kereta aku ni.'

Jawapan sangat mudah bagi persoalan ini. Seperti yang berlaku pada malam sebelum 26 February 2006. Sudah lupa? Apa lagi. Orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak pada waktu itu kerana tepat jam 12 malam minyak akan dinaikkan harga 30 sen menjadi RM1.92 per liter. Itu terjadinya ketika itu. Malam tadi hal yang sama, fenomena yang sama berlaku diseluruh Malaysia, Pak Lah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter. Ini bermakna harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Kenyataan ini diselangi dengan janji Pak Lah untuk memberi sedikit bantuan berbentuk wang yang akan disalurkan untuk semua yang mempunyai kenderaan persendirian yang mana ia boleh dilihat disini. Waktu ini semuanya menyumpah, semuanya marah atas kenaikan ini.

Dimana wira-wiraku, hero-heroku PKR, PAS dan DAP? Bukankah harga minyak akan diturunkan? Mana janji itu wahai pemimpin
PKR, wahai pemimpin PAS? Jika tidak kepada semua negeri.. Bagaimana di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang? Erm.. Jangan cakap tak serupa bikin ya!

Eh.. Berpusu-pusu orang ramai ke Shell. Bagaimana dengan Petronas? Marahkah mereka dengan syarikat minyak negara ini? Kecepek! Tepuk dahi sikit! 'Ini Petronas tengah renovation la ane!'

Adoi! Gaji kene naik nih!

Salam
skullsplitter

Greatest Day!

I'll mention all the names here because all of you is a very great friends! Thanks!

Episode 1
Karok kat Ceria Box ngan kawan-kawan, Jawa,Yus,Zaki,Kicap,Azim,Fatin and Stone Cold. Bersepah air liur semua dilantai bilik.

Episode 2
Lepak Alim, kawan-kawan lain menunggu, Kutet, Ida, Etty Kecik, Etty Besar Skit je, Kimi, Kojek, Alia, Keyra and Farid.

Dah siap makan lagi kat atas meja, chicken chop lak tuh! Kicap memperdengarkan suaranya yang merdu memulakan bait-bait lagu 'Hepy Besday', makin lama makin kuat lak, semua pandang lak.. Aduh..

Episode 3
Ida paskan 'besday card' sambil yang lain makan-makan. Antara ayat-ayat yang agak bes:

1. 'Eddy penyebab minyak naik' - Kutet yang kacak lagi berhati mulia

2. 'Eddy situa' - Kojack

3. 'A friend is sumone who comes in when the rest of the world goes out and its you Eddy!' - Ida

Another thing yang bes! Kojack belikan aku kad besday dalam bahasa cina! Haha.. Tak faham aku nak baca.

But anyway thanks a lot to everyone who involve in my besday celebration. I'll call it a celebration because its to big and grand for me, Love all of you! Thanks again everyone!

Salam
skullsplitter

Tuesday, June 3, 2008

Telur, Telur, Telur, Sakit & Busuk!

D : 'Apsal susah nak jumpe ko ni?'

E : 'La.. Nikan dah jumpe.. Ok la tu.. Masa aku dah byk diisi dengan keje'

D : 'Ah.. Camni la kawan. Nk lepak2 pun susah.. Kalah Menteri.'

E : 'Nak buat cemane. Cari rezeki. Ko sorang ke? Mane yang lain?'

D : 'Tu... Kat belakang ko'

Kecepek! Beberapa biji telur hinggap kat kepala aku 'Hepy Besday to You! Hepy Besday to You! Hepy Besday to You!'

Eh.. Aah la.. Besday aku hari ni 3 June! Arghh cemane aku sendiri boleh lupe? 3 ke 4 hari lepas aku ingat. Hari ni pulak terlupe! Arghhh! Busuknya telur ni!

Thanks to everybody who's coming tonight to celebrate my besday especially to D the organizer and the devil! Kedai mamak pun ko hantam jekan. Iskisk..

Salam
skullsplitter

Fenomena Dunia dan Manusia

Hari ni sedang aku berjalan kekereta dari Annexxe Nasi Kandar Central Market, aku dan 2 sahabat terhenti sebentar melihat kerumunan manusia dalam bentuk bulatan keatas seorang tua, 'Jual ubat agaknya' detik hati aku. Dengan ketinggian yang kurang dari yang lain aku mengambil inisiatif untuk berdiri atas tembok disekitar kawasan itu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku.

Dalam keramaian manusia itu terlihat ditengah-tengahnya seorang tua bersama kemenyan yang dibakar dan karung berwarna hitam ditangannya seperti sedang membuat magic kepada manusia-manusia yang hadir disitu. 'F, apa orang tua tu buat?' F menjawab 'Tarik duit...'

Masyaallah, itu yang menjadi tumpuan manusia yang berkumpul disitu? Sempat aku mendengar orang tua itu berkata 'Duit ni boleh pakai, tak percaya pegi beli barang kat kedai tu.. kalau tak boleh, datang sini balik pijak saya beramai-ramai' Sambil menghulurkan beberapa sampul untuk diisi dengan wang tarik tadi kepada manusia-manusia yang hadir disitu. Wah! sungguh angkuh orang tua ini, kata aku dalam hati. Ingin melawan kuasa dan kekuatan Allah nampaknya.

Sedih sebenarnya melihat gelagat orang tua ini yang sepatutnya masanya diisi dengan amal ibadat sementara hayatnya ini. Semoga Allah menyedarkan dan memberi petunjuk kepada orang tua itu dan mereka-mereka yang hadir melihat. Insyaallah. Jauhilah perkara-perkara syirik kerana Allah mengampuni dosa umatnya melainkan syirik seperti sabda Rasulullah berbunyi:

Dari Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
'Selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya aku datang dengan keampunan seluas bumi pula' (Riwayat Al-Tirmizi)

Salam
skullsplitter

Sunday, June 1, 2008

Hero Bangsa & Negara

Kepulangan Tun dari Japan dinantikan oleh hampir 300 penyokong beliau di Subang Airport
Dengan berpuluh-puluh banner hadir bersama

Muka-muka familiar selalu hadir dimajlis Tun
Umno Jerlun pun hadir? Ermm.. Sokongan yang padu!

Tun memberi sepatah dua kata buat semua yang hadir menyambutnya
Hero Bangsa dan Negara

Photo Ihsan dari minaq_jinggo (more photo on this site)

Bekas Presiden Umno, Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 thn, Blogger pertama Malaysia mencapai hit 1 million ++ dalam masa sebulan, Tun diangkat sebagai pemimpin paling berjaya di Malaysia dan diantara pemimpin negara yang terhebat ketika pemerintahannya. Dilihat sebagai pejuang bangsa yang tegas dalam setiap katanya.

Pernah Pak Lah disambut sebegini? Ermm..

Salam
skullsplitter