Advertising

Tuesday, June 3, 2008

Fenomena Dunia dan Manusia

Hari ni sedang aku berjalan kekereta dari Annexxe Nasi Kandar Central Market, aku dan 2 sahabat terhenti sebentar melihat kerumunan manusia dalam bentuk bulatan keatas seorang tua, 'Jual ubat agaknya' detik hati aku. Dengan ketinggian yang kurang dari yang lain aku mengambil inisiatif untuk berdiri atas tembok disekitar kawasan itu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku.

Dalam keramaian manusia itu terlihat ditengah-tengahnya seorang tua bersama kemenyan yang dibakar dan karung berwarna hitam ditangannya seperti sedang membuat magic kepada manusia-manusia yang hadir disitu. 'F, apa orang tua tu buat?' F menjawab 'Tarik duit...'

Masyaallah, itu yang menjadi tumpuan manusia yang berkumpul disitu? Sempat aku mendengar orang tua itu berkata 'Duit ni boleh pakai, tak percaya pegi beli barang kat kedai tu.. kalau tak boleh, datang sini balik pijak saya beramai-ramai' Sambil menghulurkan beberapa sampul untuk diisi dengan wang tarik tadi kepada manusia-manusia yang hadir disitu. Wah! sungguh angkuh orang tua ini, kata aku dalam hati. Ingin melawan kuasa dan kekuatan Allah nampaknya.

Sedih sebenarnya melihat gelagat orang tua ini yang sepatutnya masanya diisi dengan amal ibadat sementara hayatnya ini. Semoga Allah menyedarkan dan memberi petunjuk kepada orang tua itu dan mereka-mereka yang hadir melihat. Insyaallah. Jauhilah perkara-perkara syirik kerana Allah mengampuni dosa umatnya melainkan syirik seperti sabda Rasulullah berbunyi:

Dari Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
'Selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya aku datang dengan keampunan seluas bumi pula' (Riwayat Al-Tirmizi)

Salam
skullsplitter

2 comments:

PANGASIUS said...

patut hari tu kita mintak number pakcik tu, manalah tau dia boleh tarik minyak.hahahahaha kerana kesusahan orang kita boleh terjebak dengan benda-benda camni.

Skullsplitter said...

Kaya pakcik ni kalau boleh tarik minyak. Aku buka satu lagi syarikat minyak. Bukan Petronas, tapi Pengganas Petroleum. Hehe..