Advertising

Saturday, May 31, 2008

PKR lagi!

Selepas Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda PKR mengisytiharkan untuk menyertai Umno kelmarin, 7 lagi bekas pemimpin kanan PKR, mengumumkan mengikut jejak langkah bekas Ketua Angkatan Muda parti itu menyertai UMNO. Antaranya Bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, bekas Exco PKR, Khairul Anuar Ramli, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli; Setiausaha Angkatan Muda PKR, SD Mohd Johari Yasin; Ketua Angkatan Muda PKR Perlis, Ahmad Daud Che Abdul Ghani; dan dua Exco PKR Pusat, Azwandin Hamzah serta Abdul Ghani Haron. - Sumber Berita Harian

Kesungguhan menyertai UMNO ini dinyatakan sebagai hilangnya keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang kononnya mahu membela nasib rakyat. Kepincangan pucuk pimpinan ini dapat dilihat selepas tamatnya Pilihanraya ke 12 yang lepas. Ini dapat dilihat dari pucuk pimpinan tertinggi yang tidak lagi relevan dengan hanya mementingkan fokus utama untuk mentadbir negara sekaligus DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru sedangkan rakyat yang mahukan perubahan menyokong PKR kini hanya menyesali tindakan mereka itu kerana tiada apa yang mereka mahukan berubah. Ini juga dikuatkan lagi dengan janji-janji dari manifesto PKR yang masih belum ditunaikan. Apa yang ditunaikan pun hanyalah umpama 'indah khabar dari rupa'. Melihat pada keadaan ini 3000 ahli dari 5000 ahli PKR di Terengganu telah keluar dari parti dan 1500 ahli di Perlis juga telah mengesahkan keluar dari parti itu.

Jika DSAI kini dilihat sebagai 'pemusnah bangsa' di tanahair sendiri, PKR mungkin akan berkubur tidak lama lagi sekiranya ini berterusan kerana bangsa Melayu pula kini merasa tertindas berbeza dengan sebelumnya, Melayu di Malaysia diberi keistimewaan. Kini keistimewaan itu kian berkurangan kerana egonya mereka yang menentang tanpa memikirkan nasib bangsa.

'Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair'

Salam,
skullsplitter

Thursday, May 29, 2008

Hadiah Yang Tidak Disangka!

Episod 1
Beberapa hari lepas birthday Mama aku. Aku terlambat untuk wish! Ah.. Sibuk sangat aku ni dengan kerja sehingga birthday mama pun aku lupa nak wish.

Episod 2
Serabut kepala aku dengan rambut yang semakin panjang ni, dengan usaha aku ke salon aku berjaya pendekkan rambut aku sesuai dengan aku walaupun Mr J cakap macam arbok!

Episod Akhir
Walaupun aku dah sampai kekampung halaman ni, masih belum sempat aku berbual dengan Mama, malam selepas diskusi sempat aku sapa mama,

'Sorry mama, tak beli hadiah la untuk mama'

Mama jawab:

'Dah cukup bagi mama ko boleh blk kg camni dan ko potong rambut ko yang macam perempuan tu. Itu hadiah paling besar pernah ko bagi pada mama'



Ahhh.. Pedihnya!

Salam
skullsplitter

Baik, Kelakar dan Buruk

Alhamdulillah.. Selamat sampai ke kampung halaman untuk bercuti merehatkan minda dan lari dari kesibukan kota metropolitan yang semakin hari semakin sesak dengan besi bergerak dan batang tubuh manusia yang kian bertambah..

....

Sebentar tadi dikampung diadakan jamuan meraikan kemenangan BN dikawasan ini. Gembira aku bila melihat kehadiran mantan wakil rakyat disini, ADUN dan Ahli Parlimen kawasan ini memriahkan majlis ucapan tahniah dan terima kasih wakil kepada yang menyokong mereka. Tapi bukan ini yang menjadi tumpuan utama. Tetapi melihat sahaja mereka disini, timbul berbagai persoalan dibenak kepala untuk diajukan kepada wakil rakyat ini.

Lari dari soalan yang ditanya, aku fokuskan disini sikap pemimpin pilihan rakyat ini. Ada baiknya, ada kelakarnya dan ada buruknya. 3 soalan diajukan oleh aku kepada ketiga-tiga mereka ini, bermula dengan ADUN kawasan dimana soalan yang ditanya:

1. 'Apa rancangan YB untuk anak muda disini selepas kekalahan teruk BN dinegeri ini sebab besarnya kurang undi dari anak muda, cuma YB & Dato (Ahli Parlimen) bernasib baik.' - Tersentak sebentar YB ni.. Berfikir seketika baru dijawabnya. (Walaupun jawapan yang diterima masih samar-samar). Melihat aku seperti confuse, mantan ADUN menjelaskan dengan lebih detail tapi aku masih belum faham bila mereka tidak menjawab soalan aku dengan tepat tapi memutar belitkan kepada cerita lain. Disini aku membuat kesimpulan sendiri, mereka ingin nampak mereka hebat tetapi apa mereka sampaikan sebenarnya tidak menjawab soalan. - INI AKU NAMAKAN BURUKNYA DLM CERITA INI KERANA TIDAK TAHU TETAPI NK BUAT-BUAT TAHU.

2. 'Pandangan Dato (Kepada Ahli Parlimen) tentang DSAI dlm kenyataannya akan menubuhkan kerajaan pada 16 September 08 ini. Adakah ini ada kaitan dengan BN Sabah?' - Mantan ADUN jugak yang menjawab, Dimana ini semua hanyalah cerita tanpa bukti, hanya cerita yang direka & akan tetapi seperti yang didengari setiap Ahli Parlimen yang dioffer untuk lompat parti akan dibayar 10 juta setiap seorang, tapi sebenarnya susah untuk Ahli Parlimen lompat parti ni, sebab mana maruah mereka? Contohnya kita pernah offer beberapa org kuat parti pembangkang untuk menyertai kita, tapi susah.. sampai sekarang mereka masih belum mahu sertai kita. - INI AKU NAMAKAN YANG KELAKAR KERANA KITA PERSOALKAN MARUAH DLM LOMPAT PARTI, TETAPI KITA SENDIRI OFFER PEMBANGKANG LOMPAT PARTI. APA CERITA?

3. 'Adakah KJ penyebab besar BN kalah dan Pak Lah tak disukai?' - Aku menjawab dulu sebelum mereka, pandangan saya bukan KJ yang salah, orang disekeliling dia yang banyak guna nama dia, Dato macamana? Habis je soalan tu, YB dan Dato perlahan-lahan beredar dari meja itu tanpa menjawab soalan aku, yang menjawab hanyalah mantan ADUN. Inilah orang lama nak dibandingkan dengan orang baru. - INI AKU NAMAKAN BAIKNYA, KERANA APA? KERANA AKU TAHU MEREKA TAK TAHU UNTUK JAWAB SOALAN ITU LALU MEREKA BEREDAR PERLAHAN-LAHAN DARI TERUS DIAJU SOALAN. BAGUS! TAK TAHU TAK PERLU BUAT-BUAT TAHU.

Salam
skullsplitter

Wednesday, May 28, 2008

Menikam Seluruh Susuk Tubuh Ini!

Salah satu buku yang aku beli bertajuk KARBALA karya Faisal Tehrani. Belum pun sempat menilik & menyelak halaman pertama, aku terpegun dengan kata-kata dikulit belakang buku ini dari penulis berbunyi,

'Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku. Nabi, umat macam apakah aku ini; cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini. Nabi o Nabi, layakkah aku meraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun tak aku peduli.'

Agak sinis bunyinya pada aku, seperti panah yang datang menikam tanpa disedari tepat mengenai seluruh susuk tubuh bernyawa ini, tapi kebenaran yang disampaikan itu harus kita renungi bersama kerana setiap penyampaian mahupun yang tidak benar harus diteliti dari akar umbinya. Insyaallah.


Salam,
skullsplitter

Hari Ini!

Beberapa Naskah Buku Yang Berjaya Disambar..

Hari ini aku luangkan sedikit masa untuk bersama sahabat-sahabat yang agak jarang aku habiskan masa bersama disekitar KL & Selangor.. Berjalan-jalan sambil menikmati indahnya bumi ciptaan & kurniaan Allah SWT ini.

Bermula dengan lunch (Bgn lambat sebab tidur lambat kerana bertarung PS2 dengan saudara K) , kekedai gunting rambut (Berjaya jugak aku menggunting rambut yang semakin panjang) terus ke KL cuba mencari apa yang patut (Lihat diatas beberapa naskah buku yang berjaya aku sambar di Pustaka Mukmin Jalan TAR) kePuduraya menjemput seorang sahabat terus ke KLCC berlagak orang kaya sebentar sambil minum di Starbuck and terus ke downtown Cheras and balik lepak di Alim Corner (Mamak la.. Apa lagi..) and now mengadap laptop.

Cukup lengkap rutin aku untuk hari ni..

Esok aku balik kampung! Cuti beberapa hari dari kerja yang menimbun dan hiruk pikuk kenderaan dan manusia di KL ni.. Ah! Aku tenang...

Salam
skullsplitter

Thursday, May 22, 2008

Another Cup!!!



Report: Utd 1 (6) Chelsea 1 (5)

United are Champions of Europe for the third time after beating Chelsea in dramatic fashion... 6-5 on penalties.

Edwin van der Sar was ultimately the man who made the Reds' dream come true when he saved the Blues' seventh spot-kick taken by Nicolas Anelka. John Terry also missed in the shoot-out, when a goal with his kick would have won the cup for Chelsea.

Earlier, during normal time, Cristiano Ronaldo had put the Reds in front with a first-half header before Frank Lampard equalised in first-half injury time.

GOOD NEWS

Ronaldo : I'm Staying

On a night of European glory, Cristiano Ronaldo gave Reds fans even more reason to celebrate when he quashed rumours that he could join Real Madrid this summer by pledging his future to United.

When asked by a TV reporter whether he would be leaving the club with which he has already achieved so much in his short career, Ronaldo gave the emphatic reply all Reds fans wanted to hear.

“No, no, no. I’m going to stay,” he said.


Hahahaha..

Salam,
skullsplitter

Tuesday, May 20, 2008

Pengunduran Terhormat

Hari ini, Mei 19, 2008 Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO. Satu tamparan hebat dalam arena politik dan kepimpinan negara. Seorang hamba yang selama ini mengerah keringat dan memerah otak untuk kemajuan UMNO, kesal dengan segala-galanya yang berlaku terhadap UMNO yang dipimpinnya selama ini.

Cahaya yang sentiasa menyinar didalam keris dan tengkolok UMNO kini hilang sekelip mata kerana cahaya itu tidak lagi rasakan sinarnya mampu terangi kemegahan UMNO selama ini.

Mungkin benar kenyataan DSAI bahawa beliau akan menerajui negara sebelum 19 Sep 08. Mengapa? Mudah sahaja, UMNO tiada lagi tulang belakang yang kuat untuk menampung dan menyokong jasadnya. Yang ada hanyalah roh yang tidak nampak dimata tapi hanya didengari dan disuarai dihati, jasad untuk bergerak, tiada lagi. Renungkanlah wahai semua rakyat dan PEMIMPIN! Buangkan ego yang sekian lama menular dalam makhluk bernama manusia iaitu KITA! Semoga tindakan Tun ini ada hikmahnya yang akan memberi kebaikan kepada UMNO dan sekalian makhluk Allah dinegara kita. Insyaallah.. Bersatulah kita menjadi umat manusia yang beriman dan taqwa kepada yang esa. Kerana mulanya sesuatu semuanya dari agama. Mari perjuangkan Agama, Bangsa & Tanahair untuk kesejahteraan bersama.

Salam
skullsplitter

Thursday, May 15, 2008

Salahkan Dia! Aku Tak Salah..

D: 'Jangan kutuk belakang aa'

E: 'Haha.. Ada yang terasa tu nanti.. Suka kutuk orang lain.. Sebenarnya salah sendiri'

D: 'Tu la politik kerja kat sini'

E: 'Mana-mana pun sama.. Nak lari dari kesalahan.. Salahkan org lain.. Cakap belakang lak tu..'

Manusia cenderung membabitkan orang lain dalam kesalahan yang dilakukannya terutama untuk menyelamatkan dirinya dari penghinaan dan hukuman manusia. Ini merupakan perbuatan yang amat keji terutama jika orang yang dibabitkannya tidak bersalah sama sekali. Manusia seperti ini seakan lupa bahawa adanya kehidupan akhirat yang akan menghitung perbuatan mereka nanti keraka mereka alpha dengan tidak mahu diri dipersenda atas kesalahan sendiri.

Abu al-Qasim al-Hakim pernah ditanya, 'Apakah dosa yang dapat mencabut atau menghancurkan iman seseorang?' Beliau menjawab, 'Ya, ada 3 dosa yang boleh mencabut iman seseorang hamba, Pertama - Tidak bersyukur atas nikmat Allah, Kedua - Tidak berasa bimbang hilangnya iman, Ketiga - Menganiyai orang Islam.'

Saiyiddina Umar R.A berkata, 'Cukuplah bagi seseorang (dianggap) tersesat sekirannya melakukan 3 perkara, 'Mencela perbuatan orang lain padahal ia turut melakukannya, Ia nampak kesalahan orang lain tetapi tidak nampak diri sendiri dan ia mengganggu sahabatnya dengan perbuatan yang tidak penting bagi dirinya'

Sedarlah semua!

Salam
skullsplitter

Tentang Hati

...

'Hisap rokok' Rutin harian tak kira masa atau tempat, camtu la kat office.. 'Sap kok jom!'
10 ke 15 minit merokok sambil bersembang..

E: Beb, lu pergi concert Missy Elliot?

F: Tak, kan kite ade concert.. Awek gua pegi aa.. Ngan akak die..

E: Ye la tu.. Tah pegi ngan boifren mane tah..

Tak menjawab tapi hanya tujukan jari kehati beberapakali..
Aku dlm hati.. 'Ooo.. Yang penting hati..'

F: Aku percaya dia..

B: Cam tu la orang matang.. Bukan cam ko..

Ces! Aku lak yang kene..

...

Dlm kereta pun hisap rokok.. Bes! Sambil memandu.. Dengar lagu.. Sedut asap tu dlm-dlm..
Kalau tak mati cepat, mati tercekik asap.. Sesak nafas Den!

D: Hi! Lame tk call i..

E: Banyak keje..

D: Lupe i ek?

E: Tak aa.. Keje byk tak settle lagi..

D: Eh.. U dah tgk filem Hati Malaya?

E: Blum.. Kenape?

D: La.. Dah lame keluar tu.. U ni.. Bes la.. Cerite patriotik.. Tk berhati patriotik tul u ni..

E: Cam tk bes je.. Mmg aa tak berhati patriotik.. Sbb hati i hati manusia..

D: Aah.. Memang pun hati manusia.. Tapi.. Hati yang busuk.. terbalikan.. 'Busuk Hati'.. Haha..

Eh.. Kene lagi??


Salam,

skullsplitter

Tuesday, May 13, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah - 13 Mei

Pasukan FRU cuba menenangkan keadaan

- Bukan niat untuk mencetuskan kemarahan atau menimbulkan semula konflik pada tarikh ini, hanya sekadar memberi gambaran semula sejarah hitam negara kita untuk dijadikan panduan dan peringatan bagi kita elakkan hal seperti ini terjadi semula. Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair kita, semoga aman makmur sejahtera adanya, Insyaallah -


Kesesakan akibat rusuhan

Peristiwa hitam ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita agar sentiasa berada didalam pemikiran waras agar kita tidak melakukan tindakan membabi buta yang akan mencetuskan peristiwa hitam seperti ini. Didalam negara yang aman didalam lingkungan masyarakat berbilang bangsa ini tidak perlu adanya rasa dendam yang mendalam yang boleh menimbulkan kebencian sesama bangsa.

Akan tetapi peristiwa ini dilihat tiada lebihnya pada permusuhan dan dendam sesama kaum tetapi ianya dilihat sebagai kekecohan politik ketika itu. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini ialah negara perlukan semua masyarakatnya tidak kira rupa, warna kulit atau bangsa agar bersatu dibawah bumbung Malaysia untuk memberi kemajuan & kesejahteraan kepada nama Malaysia ini.

Bagi yang beragama Islam, ini adalah satu 'ujian Allah' yang perlu kita jadikan satu pengajaran dan moga peristiwa ini dapat dijadikan satu platform untuk kita lebihkan penghayatan untuk tingkatkan keimanan kita kepadaNya yang Maha Esa. Insyaallah..

Salam,
skullsplitter

Kerajaan Baru?

14 April 2008 yang lalu DS Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang mampu menubuhkan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang hingga 16 September 2008 (Hari Malaysia) setelah mendapat sokongan dari beberapa ahli parlimen BN yang bersedia untuk 'lompat parti'.

Kenyataan ini suatu kenyataan yang keras dari DS Anwar bahawa mereka mampu berbuat demikian cuma hanya menunggu masa yang sesuai kerana pergolakan dan huru-hara masih menghantui UMNO & BN dilihat sebagai bahaya dan tidak sesuai untuk perubahan kerajaan baru.

Adakah ini satu perang psikologi dari DS Anwar atau ianya benar-benar dimaksudkan? Kedua-duanya ada benarnya sekiranya dilihat dari pelbagai aspek.

Jika ini perang psikologi, ini merupakan taktik DS Anwar untuk memporak perandakan kerajaan sekarang kerana ternyata UMNO & BN cepat melatah dengan situasi yang tegang seperti ini.

Tapi jika ini benar-benar dimaksudkan, juga boleh dikatakan ianya impak yang besar dalam politik negara ini kerana seperti kita lihat komponen BN di Sabah kini sedikit goyang dengan kehadiran PKR disana. Tidak mustahil sekiranya ahli parlimen dari Sabah bersedia untuk lompat parti. Tidak kurangnya juga beberapa bekas pemimpin yang kalah pada pilihanraya baru-baru ini juga jika tidak kuat ikatannya dengan BN,tidak mustahil juga mereka boleh lompat parti.

'Tepuk Dada Tanyalah Selera' jika kemenangan dan kemasyhuran yang menjadi kepentingan sekarang, bukan lagi rasa cinta dan rasa bangga memperjuangkan parti sedia ada sekarang.

Hanya tunggu dan lihat..

Salam,

skullsplitter

Monday, May 12, 2008

Man Utd wins 10th Premier League title in 16 years


GLORY GLORY MAN UTD

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!

Just like the busby days and days gone by,
We’ll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the Mans that sing with pride.

United, Man united,
We’re the boys in red and we're on our way to Wemberly!

Wemberly, Wemberly,
We're the famous Man united and we're going to Wemberly,
Wemberly, Wemberly,
We're the famous Man united and we're going to Wemberly

In ’77 in the stockham team,
Back in December '83,
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera

United, Man united,
We’re the boys in red and we're on our way to Wemberly!

Wemberly, Wemberly,
We're the famous Man united and we're going to Wemberly,
Wemberly, Wemberly,
We're the famous Man united and we're going to Wemberly

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!

Congratulations Man Utd!

Salam,
skullsplitter

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu Mama!

Khas Buat Mama,

Mama,
Sesungguhnya,
Tiada lafaz lebih manis dari bibirmu,
Tiada kata lebih bermakna dari suara hatimu,
Tiada bahu lebih baik untuk redakan piluku,
Tiada tangan lebih lembut memangku kuselalu,
Tiada jari lebih halus membelai selainmu,
Tiada hidup lebih indah tanpa restumu,


Kerana tiada indah duniaku tanpa dirimu Mama,


Mama,
Maafkan aku dari mulanya aku dijadikan,
Maafkan aku dari saat kelahiranku,
Maafkan aku dari mulanya nakalku.
Maafkan aku dari saat kesusahanmu,
Maafkan aku dari mulanya sifatku,
Maafkan aku dari saat titisnya airmatamu,


Kerana tiada maaf lebih bermakna selain darimu Mama,
Kaulah darahku, Kaulah jantungku..



SELAMAT HARI IBU MAMA!


Salam,

skullsplitter

Kedaulatan Sultan Sedang Dicabuli! - II

Menjawab kemarahan seorang penulis bahawa saya tidak adil memberi komen, 'Barua UMNO' didalam penulisan saya, saya pamirkan contoh dibawah sebelum penerangan lebih lanjut..

'Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.

Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana. - Harakah Daily'

Contoh diatas salah satu cerita tentang Idris Jusoh yang diterbitkan directly ke Harakah Daily dan boleh juga dilihat didlm beberapa blog, paper online yang lain yang bercerita tentang ini spt syeikh-takiri.blogspot.com, www.sabahforum.com, www.topix.com, mariasamad.blogspot.com, putrawangsa.com, izzahulfah.blogspot.com, dppkt.wordpress.com dll, dan semuanya menentang tetapi untuk mendengar & membaca tentang isu Karpal Singh dan Koo Ham ditentang? Ya.. Di malaysianbar.org, Utusan Malaysia dll yang dikatakan pro kerajaan.. Tapi bagaimana keadilannya pula blog, paper yang lain? Lihat dibawah..


"Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?" soalnya.
PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.
"Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina. - Malaysiakini


Masih lagi di cover oleh pihak tertentu? Erm.. bilamana kerajaan seperti itu? Runtuh dunia mempertikaikan? Walhal yang menghina tidak pun menghiraukan 'Sultan Berpelembagaan', tetapi kenapa masih diberi kebebasan? Kerana dari Pakatan Rakyat? So, dimana keadilan? Salahkah saya menulis untuk menyeimbangi situasi ini? Ermm.. Mungkin salah kerana saya dilihat sebagai barua UMNO.. Ermm.. Terima Kasih untuk itu..

Al-Quran mengatakan, "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemashlahatannya." An-Nisa' 135

Salam,

skullsplitter

Wednesday, May 7, 2008

Valuable Time

...

Malam yang panjang bersama seorang Saudara Islam, Saudara FAH bersama journey hidupnya yang panjang dalam mencari agama yang diredhai. Alhamdulillah, sedikit sebanyak timbul rasa rendah diri saya yang dilahirkan beragama Islam tapi hakikatnya masih mencari-cari jalan sebenar yang diredhai, dan terasa kecil diri kepada hamba ini yang dilahirkan tanpa ada sedikit pun didikan Islam menerokai dan mencari ertikata sebenar Islam selama hayatnya ini...

Bersambung pula diskusi dibawah bumbung kelabu bermandikan cahaya lampu kalimantan bersama Mr J, Y, Z dan sahabat baru tentang perkara yang sama.. Persoalan demi persoalan cuba diutara sehingga hampir 8 ke 9 gelas dari kedai mamak itu tersusun diatas meja.. Serius betul berdiskusi!

Z : Aku mengantuk sebenarnya 5 minit early tadi.. Tapi sekarang seronok pula sembang pasal ni..

E : Takpe.. Slow-slow..

Malam yang aku rasakan sebagai satu malam yang indah bagi aku kerana diberi peluang untuk mendalami dan merasai nikmat dan indahnya muzakarah itu.. 'Islam itu Indah'.. The Valuable Time i have!

...

Pagi yang tak begitu indah bagi E! E terlepas subuh lagi.. E disedarkan oleh SMS dari N.

N : A'kum, Morning! I on my way to KL for bowling training.

E : Ws.. Oh ya? Where?

N : Ampang.

E : What time you going back?

N : Dunno.. Maybe after Asar.

E : So, u can have a lunch with me.. I want to give you something..

N : Ermm.. I dunno.. I come with my colleague.. I will let u know later la, can? How big the present?

E : Ok.. Dont worry.. I'll give you the gift with the paper bag.

...

1230 pm, E call her twice but no one answer the call.. E text her..

E : Don't worry, if u don't want to have lunch with me juz take the present and I'll go.. Ok?

N : Sorry, busy td.. Erm.. Tak boleh jumpa lama-lama la... Kejap boleh la..

E : Ok.. I on my way there.

N : Erm.. Why not you juz give the present to my sister, she's going back this week.. I'll take the present from her..

E : But now i already here? How?

N : Ohhh.. Ermm Ok la, Nvrmind.. Just come la.. (Sound like terpaksa)

E : Ermm Its ok la.. I'll give the present to your sister later.. I'm going back..

N : La.. Tadi cakap nak jumpa..

E : It's ok.. I don't want to spoil your training session.. (With a smiley at the end)

N didn't reply the SMS.. For E, this is the Valuable Time he had because for him, Allah always give him a chance.. It's just not the right time.. Syukur Alhamdulillah..

Salam,

skullsplitter

Tuesday, May 6, 2008

Satu Harapan Dan Satu Tujuan

Tegangnya diskusi di Parlimen kini kian perlahan ekoran teguran dari pelbagai pihak. Siaran Langsung juga diteruskan setelah desakan ramai pihak yang mahu menyaksikan dengan mata kepala sendiri pemimpin yang dihantar untuk memperjuangkan kehendak rakyat.

Beberapa kekecohan yang ditunjukkan didalam diskusi Parlimen menunjukkan true color pemimpin yang tak ubah seperti perkataan Jawa 'saur manuk' (percakapan sahut-sahutan antarburung).

Kini apa yang dapat dilihat hanya diskusi, sembang-sembang, perbincangan banyak pihak, campurtangan bermacam pihak, pertanyaan segala permasalahan negara, jawapan dan janji ditaburkan.. Mungkinkah semua ini akan menjadi titik tolak kerjasama semua pihak bagi merealisasikan dan merungkaikan segala yang terbuku dihati rakyat selama ini? Siapa tahu? Kita tunggu dan lihat saja la...

Salam!

skullsplitter

Monday, May 5, 2008

Kedaulatan Sultan Sedang Dicabuli!

















Sungguh biadap dan sungguh angkuh 2 pemimpin DAP ini!!

Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO memberi amaran kepada Karpal Singh supaya jangan mempertikaikan adat resam orang Melayu dan agama Islam.

''Kita akan pertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu ini," katanya.

Beliau juga membidas Koo Ham kerana turut membuat kenyataan berbau perkauman yang meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.

''Kenyataan itu berbau perkauman kerana 80 peratus daripada pegawai kerajaan Perak adalah orang Melayu," katanya. - Utusan Malaysia


Wah! Amat biadap sekiranya kedaulatan sultan tidak langsung diambil kira. Terus terang disini timbul kemarahan kepada saya orang MELAYU yang tidak pernah rasakan perbezaan kaum yang ada dinegara ini sebagai ancaman kerana Malaysia sungguh aman dan tenteram, tetapi bila kedudukan dan kuasa sultan dipertikaikan, ini sungguh melampaui batas! Ada pula si gila berambut putih mempertikaikan Islam dan adat resam orang Melayu, sangat melampau sigila ini dan si celaka yang bercakap ikut sedap mulut mencabar kewibawaan Sultan dan orang Melayu. Si gila rambut putih dan si celaka mulut tong sampah, Ingat bahawa kedaulatan Sultan adalah sesuatu yang tidak pernah dimain-mainkan, adat resam Melayu juga tidak pernah dipertikaikan, rakyat Melayu masih bersabar, rakyat Melayu masih menerima masyarakat majmuk dinegara ini, jangan kerana 'Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga' dan 'Beringat Sebelum Terkena'

Kurangkan Cili, Kurang Pedasnya, Kurangkan Garam, Kurang Masinnya,

Kurangkan bercakap, Kuranglah Silapnya.


Salam,

skullsplitter



Love Allah

Loving Allah is the ultimate aim. Having attained the state of true love for Allah, each stage that follows it is one of its fruits and a branch from its roots such as longing, intimacy and contentment. Each stage that precedes it such as repentance, perseverance and doing without.

Here is the story about a girl had an inspiration to LOVE ALLAH after tragedy. Read it and make it as a lesson to all of us. Insyaallah..

http://www.haqislam.org/stories/love-allah.htm

"And whatever good you have - it is from Allah; and then, when misfortune comes to you, you cry to Him for help."

(Qur'an, An-Nahl 16:53)

Abdullah ibn al-Mubarak recited:

You disobey Allah,
and yet you still claim to love Him.
By Allah, such behaviour is disgusting,
by any standard!
You would have obeyed Him had your love been true.
For the lover is always obedient to the Beloved!



Friday, May 2, 2008

Perlukah Dibatalkan Siaran Langsung?

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bertindak membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam semalam.

‘‘Saya rasa ini bahaya. Apabila hilang kepercayaan, mereka tidak akan lagi percaya kepada sistem, Parlimen, kerajaan, menteri-menteri malah institusi pembangkang itu sendiri.

‘‘Akhirnya mereka beralih kepada urusan kehidupan masing-masing kerana merasakan bahawa ahli politik bukanlah tempat untuk mereka mengadu dan menaruh harapan,” katanya.

Utusan Malaysia, Mei 2, 08

Bagi pandangan saya tidak perlu dihentikan siaran langsung ini, tak perlu dikaji semula, ini merupakan satu platform yang baik untuk masyarakat lebih dekat dengan kepimpinan yang ada dinegara kita. Tak perlu takut untuk ditonton sekiranya anda benar-benar ingin telus dan jujur untuk menjadi wakil kepada rakyat. Rakyat ingin mengenali siapa sebenarnya yang mereka pilih. Jadi didalam persidangan yang ditonton segenap lapisan masyarakat dinegara kita ini, sekurang-kurangnya 'true color' setiap pemimpin dapat dilihat secara LIVE. Rakyat tidak akan hilang kepercayaan pada Parlimen, tapi rakyat mungkin boleh hilang kepercayaan pada pemimpin yang tidak digemari mereka selepas melihat sikap dan perangai buruk dari pemimpin itu sendiri. Jadi mengapa perlu risau jika anda tidak begitu? 'Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya'

Salam

skullsplitter

Perginya Seorang Usahawan Melayu

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California. Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini. Isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi. Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu.

Kini Malaysia kehilangan seorang lagi usahawan Melayu yang disegani dan berjaya. Diharapkan rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL - FATIHAH.

Salam

skullsplitter

Sketsa Persidangan Dewan Rakyat Ke 12 - II

Menyaksikan secara LIVE pagi tadi Persidangan Parlimen di RTM cukup membuatkan saya rasa loya dan muak dengan tingkah laku pemimpin yang ada dinegara kita. Cukup membosankan ditambah pula dengan masalah teknikal semasa siaran langsung. Boleh dikatakan seperti Pasar Borong!

Dimana letaknya keagungan Dewan Rakyat, bila ianya dicabuli oleh bibir-bibir durjana yang menghujankan Dewan Rakyat itu dengan jeritan & caci maki. Dimana juga hilangnya maruah dan kehormatan sebagai seorang pemimpin yang terpilih bagi mewakili rakyat bilamana bergaduh seperti anjing dan kucing didalam Persidangan yang sepatutnya menjadi platform untuk mengetengahkan isu-isu & ajuan soalan bagi mendapat kata putus dari semua.

Boleh saya katakan disini semuanya yang terlibat GILA GLAMOR! Tahu ianya bersiaran langsung pantas semua ingin bersuara dan menunjukkan kehebatan. Walhal perkara yang diutarakan amat remeh! Ada juga yang memberi cadangan ISA dihapuskan, tapi tiada pula cadangan lebih baik diberikan. Seperti hanya bersuara bila tiba-tiba sahaja ada soalan terlintas dikepala tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Daripada tujuh soalan yang sepatutnya dijawab hari ini, hanya 3 sahaja dapat dijawab berikut kejadian pertengkaran BODOH! yang berlaku. Dibawah adalah beberapa perkara yang membantutkan persidangan di Dewan Rakyat.

1. Anggota veteran pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkali-kali membangkitkan soal tidak mengangkat tangan kanan semasa upacara angkat sumpah Isnin lalu, membangkitkan isu Ahli Parlimen tidak mematuhi prosedur mengangkat sumpah dan mengenai penentuan tempat duduk anggota Dewan Rakyat.

2. Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta penjelasan sejauh mana peranan dan pengaruh Yang Dipertua dalam menyusun pertanyaan lisan kerana seolah-olah tidak mengiktiraf Ketua Pembangkang dan mempersoalkan perbezaan jumlah soalan wakil BN dengan pembangkang yang dianggap tidak seimbang.

3. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyampuk sambil mengatakannya kenyataan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) itu isu remeh sehingga mencetuskan pertikaman lidah hampir setengah jam dengan disertai Ahli Parlimen kedua-dua pihak.

4. Pertikaman lidah lebih menjadi-jadi bila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata "Saya harap Bigfoot dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Itu bigfoot. Bigfoot sit down (duduk)," katanya. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membalas "Berdirilah kalau berani. If I'm bigfoot you are big monkey

5. Pertikaian agar dihapuskan ISA tetapi tiada pula cadangan yang lebih baik dari Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKT-Permatang Pauh) bila Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencelah berkata, beliau juga merupakan seorang bekas tahanan ISA dan amat jelas dengan akta tersebut, dan berkata lagi ''Sekiranya pihak pembangkang ingin membuat permintaan maka adakah wajar ia (permintaan) diikuti dengan cadangan. Kalau pembangkang meminta kerajaan hapuskan ISA... adakah pembangkang mempunyai cadangan untuk menyelamatkan negara ini," ujarnya.

6. Pertelagahan antara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bila Karpal meminta penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kedudukan Ibrahim yang digelarnya 'katak' bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya lalu. Ibrahim membalas dengan mempersoalkan tindakan Karpal yang tetap duduk ketika mencelah pada sesi soal jawab Dewan. Mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan, ahli perlu berdiri ketika berucap, mencelah atau bertanyakan soalan tambahan.

Beginikah pemimpin yang kita pilih? Inikah yang boleh dijadikan teladan? Ibrahim menghina Karpal yang lumpuh akibat kemalangan? Karpal melabelkan Bung Mokhtar Bigfoot? Bung Mokhtar melabelkan Karpal Big Monkey? Malu saya menyaksikan pertelagahan ini secara live. Ini yang dimaksudkan pemimpin berjiwa besar? Pemimpin yang disegani?

Inilah satu petunjuk dimana imej institusi Parlimen semakin merosot dan membosankan.Dan yang paling penting, ianya merugikan masa semua orang!

skullsplitter

New Blogger!

Welcome to our life Tun Dr Mahathir Mohamad!

Everybody, check this out! 1st posting by Tun..

www.chedet.com