Advertising

Thursday, May 29, 2008

Baik, Kelakar dan Buruk

Alhamdulillah.. Selamat sampai ke kampung halaman untuk bercuti merehatkan minda dan lari dari kesibukan kota metropolitan yang semakin hari semakin sesak dengan besi bergerak dan batang tubuh manusia yang kian bertambah..

....

Sebentar tadi dikampung diadakan jamuan meraikan kemenangan BN dikawasan ini. Gembira aku bila melihat kehadiran mantan wakil rakyat disini, ADUN dan Ahli Parlimen kawasan ini memriahkan majlis ucapan tahniah dan terima kasih wakil kepada yang menyokong mereka. Tapi bukan ini yang menjadi tumpuan utama. Tetapi melihat sahaja mereka disini, timbul berbagai persoalan dibenak kepala untuk diajukan kepada wakil rakyat ini.

Lari dari soalan yang ditanya, aku fokuskan disini sikap pemimpin pilihan rakyat ini. Ada baiknya, ada kelakarnya dan ada buruknya. 3 soalan diajukan oleh aku kepada ketiga-tiga mereka ini, bermula dengan ADUN kawasan dimana soalan yang ditanya:

1. 'Apa rancangan YB untuk anak muda disini selepas kekalahan teruk BN dinegeri ini sebab besarnya kurang undi dari anak muda, cuma YB & Dato (Ahli Parlimen) bernasib baik.' - Tersentak sebentar YB ni.. Berfikir seketika baru dijawabnya. (Walaupun jawapan yang diterima masih samar-samar). Melihat aku seperti confuse, mantan ADUN menjelaskan dengan lebih detail tapi aku masih belum faham bila mereka tidak menjawab soalan aku dengan tepat tapi memutar belitkan kepada cerita lain. Disini aku membuat kesimpulan sendiri, mereka ingin nampak mereka hebat tetapi apa mereka sampaikan sebenarnya tidak menjawab soalan. - INI AKU NAMAKAN BURUKNYA DLM CERITA INI KERANA TIDAK TAHU TETAPI NK BUAT-BUAT TAHU.

2. 'Pandangan Dato (Kepada Ahli Parlimen) tentang DSAI dlm kenyataannya akan menubuhkan kerajaan pada 16 September 08 ini. Adakah ini ada kaitan dengan BN Sabah?' - Mantan ADUN jugak yang menjawab, Dimana ini semua hanyalah cerita tanpa bukti, hanya cerita yang direka & akan tetapi seperti yang didengari setiap Ahli Parlimen yang dioffer untuk lompat parti akan dibayar 10 juta setiap seorang, tapi sebenarnya susah untuk Ahli Parlimen lompat parti ni, sebab mana maruah mereka? Contohnya kita pernah offer beberapa org kuat parti pembangkang untuk menyertai kita, tapi susah.. sampai sekarang mereka masih belum mahu sertai kita. - INI AKU NAMAKAN YANG KELAKAR KERANA KITA PERSOALKAN MARUAH DLM LOMPAT PARTI, TETAPI KITA SENDIRI OFFER PEMBANGKANG LOMPAT PARTI. APA CERITA?

3. 'Adakah KJ penyebab besar BN kalah dan Pak Lah tak disukai?' - Aku menjawab dulu sebelum mereka, pandangan saya bukan KJ yang salah, orang disekeliling dia yang banyak guna nama dia, Dato macamana? Habis je soalan tu, YB dan Dato perlahan-lahan beredar dari meja itu tanpa menjawab soalan aku, yang menjawab hanyalah mantan ADUN. Inilah orang lama nak dibandingkan dengan orang baru. - INI AKU NAMAKAN BAIKNYA, KERANA APA? KERANA AKU TAHU MEREKA TAK TAHU UNTUK JAWAB SOALAN ITU LALU MEREKA BEREDAR PERLAHAN-LAHAN DARI TERUS DIAJU SOALAN. BAGUS! TAK TAHU TAK PERLU BUAT-BUAT TAHU.

Salam
skullsplitter

1 comment:

Anonymous said...

Err.. err.. kesian pakcik pakcik tersebut. huhuu...