Advertising

Thursday, May 29, 2008

Hadiah Yang Tidak Disangka!

Episod 1
Beberapa hari lepas birthday Mama aku. Aku terlambat untuk wish! Ah.. Sibuk sangat aku ni dengan kerja sehingga birthday mama pun aku lupa nak wish.

Episod 2
Serabut kepala aku dengan rambut yang semakin panjang ni, dengan usaha aku ke salon aku berjaya pendekkan rambut aku sesuai dengan aku walaupun Mr J cakap macam arbok!

Episod Akhir
Walaupun aku dah sampai kekampung halaman ni, masih belum sempat aku berbual dengan Mama, malam selepas diskusi sempat aku sapa mama,

'Sorry mama, tak beli hadiah la untuk mama'

Mama jawab:

'Dah cukup bagi mama ko boleh blk kg camni dan ko potong rambut ko yang macam perempuan tu. Itu hadiah paling besar pernah ko bagi pada mama'



Ahhh.. Pedihnya!

Salam
skullsplitter

6 comments:

Anonymous said...

Aduh..
Aku pun bakal pulang ke kampung minggu depan..
Mintak-mintak Mama aku tak berbunyi apa-apa tentang rambut aku pulak. Huhuu...

Anonymous said...

Buat adik tersayang ....
Betapa kagumnya dan bangganya setiap kali terbaca karyamu yang di coretkan di dalam blog ini ...
Tidak along sangka sebesar ini bakat yang ada dalam dirimu ...
Betapa luasnya pemikiran dan pandanganmu tentang politik dan isu semasa dunia . Lantang bersuara serta berani memberi pendapat walaupun usia masih muda ...
Along bersyukur kehadrat illahi kerana di kurniakan adik-adik yang mula mencapai kejayaan di dalam hidup masing-masing .
Anyah...
Di dalam hidup kita sekeluarga tiada apa yang lebih bermakna lagi selain daripada kita dapat berkumpul bersama-sama . Saat-saat itulah yang di nanti-nantikan oleh mama dan abah setiap hari .Hargailah saat-saat ini kerana kita tidak tahu apakan jadi di masa hadapan .
(lepas ini rajin-rajinlah balik kg tau )
Adikku ...
Apa yang kau miliki hari ini adalah usaha penat jerih mu ... hargailah ia, sayangilah ia , jgn mudah berputus asa di dalam mengharungi kehidupan di luar sana ,
Kami sentiasa mendoakan kejayaanmu dan kesejahteraanmu ...
Semoga Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat .
(Baru nampak Comel Dan Handsome bila potong rambut )
HAPPY BIRTHDAY .....
HAPPY BIRTHDAY .....
HAPPY BIRTHDAY .....

Panglima Perang Cyber said...

padat dan bijak....datang lawat blog saya bg komen...


salam.

Skullsplitter said...

jojoe - comfirm lu kene juga nanti, tapi kena ingat ibu lebih penting dari rambut.. Haha..

Along - Thanks for your support!

PPC - Thanks, hanya insan yang lemah dan daif baru nk mengenal dunia. Salam perkenalan buat sahabat baru.

Anonymous said...

Ko potong bagi layer.

Mesti ayu

Skullsplitter said...

Haha.. Insyallah akan di pertimbangkan.