Advertising

Saturday, May 31, 2008

PKR lagi!

Selepas Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda PKR mengisytiharkan untuk menyertai Umno kelmarin, 7 lagi bekas pemimpin kanan PKR, mengumumkan mengikut jejak langkah bekas Ketua Angkatan Muda parti itu menyertai UMNO. Antaranya Bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, bekas Exco PKR, Khairul Anuar Ramli, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli; Setiausaha Angkatan Muda PKR, SD Mohd Johari Yasin; Ketua Angkatan Muda PKR Perlis, Ahmad Daud Che Abdul Ghani; dan dua Exco PKR Pusat, Azwandin Hamzah serta Abdul Ghani Haron. - Sumber Berita Harian

Kesungguhan menyertai UMNO ini dinyatakan sebagai hilangnya keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang kononnya mahu membela nasib rakyat. Kepincangan pucuk pimpinan ini dapat dilihat selepas tamatnya Pilihanraya ke 12 yang lepas. Ini dapat dilihat dari pucuk pimpinan tertinggi yang tidak lagi relevan dengan hanya mementingkan fokus utama untuk mentadbir negara sekaligus DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru sedangkan rakyat yang mahukan perubahan menyokong PKR kini hanya menyesali tindakan mereka itu kerana tiada apa yang mereka mahukan berubah. Ini juga dikuatkan lagi dengan janji-janji dari manifesto PKR yang masih belum ditunaikan. Apa yang ditunaikan pun hanyalah umpama 'indah khabar dari rupa'. Melihat pada keadaan ini 3000 ahli dari 5000 ahli PKR di Terengganu telah keluar dari parti dan 1500 ahli di Perlis juga telah mengesahkan keluar dari parti itu.

Jika DSAI kini dilihat sebagai 'pemusnah bangsa' di tanahair sendiri, PKR mungkin akan berkubur tidak lama lagi sekiranya ini berterusan kerana bangsa Melayu pula kini merasa tertindas berbeza dengan sebelumnya, Melayu di Malaysia diberi keistimewaan. Kini keistimewaan itu kian berkurangan kerana egonya mereka yang menentang tanpa memikirkan nasib bangsa.

'Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair'

Salam,
skullsplitter

No comments: