Advertising

Friday, May 2, 2008

Perginya Seorang Usahawan Melayu

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California. Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini. Isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi. Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu.

Kini Malaysia kehilangan seorang lagi usahawan Melayu yang disegani dan berjaya. Diharapkan rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL - FATIHAH.

Salam

skullsplitter

No comments: