Advertising

Thursday, May 15, 2008

Salahkan Dia! Aku Tak Salah..

D: 'Jangan kutuk belakang aa'

E: 'Haha.. Ada yang terasa tu nanti.. Suka kutuk orang lain.. Sebenarnya salah sendiri'

D: 'Tu la politik kerja kat sini'

E: 'Mana-mana pun sama.. Nak lari dari kesalahan.. Salahkan org lain.. Cakap belakang lak tu..'

Manusia cenderung membabitkan orang lain dalam kesalahan yang dilakukannya terutama untuk menyelamatkan dirinya dari penghinaan dan hukuman manusia. Ini merupakan perbuatan yang amat keji terutama jika orang yang dibabitkannya tidak bersalah sama sekali. Manusia seperti ini seakan lupa bahawa adanya kehidupan akhirat yang akan menghitung perbuatan mereka nanti keraka mereka alpha dengan tidak mahu diri dipersenda atas kesalahan sendiri.

Abu al-Qasim al-Hakim pernah ditanya, 'Apakah dosa yang dapat mencabut atau menghancurkan iman seseorang?' Beliau menjawab, 'Ya, ada 3 dosa yang boleh mencabut iman seseorang hamba, Pertama - Tidak bersyukur atas nikmat Allah, Kedua - Tidak berasa bimbang hilangnya iman, Ketiga - Menganiyai orang Islam.'

Saiyiddina Umar R.A berkata, 'Cukuplah bagi seseorang (dianggap) tersesat sekirannya melakukan 3 perkara, 'Mencela perbuatan orang lain padahal ia turut melakukannya, Ia nampak kesalahan orang lain tetapi tidak nampak diri sendiri dan ia mengganggu sahabatnya dengan perbuatan yang tidak penting bagi dirinya'

Sedarlah semua!

Salam
skullsplitter

3 comments:

booG said...

Tima kasih kerana mengingatkan.

Bila nak jemaah sekali?

Skullsplitter said...

Insyaallah bila tiba masa kelapangan..

jiwakacau said...

lumrah dunia,bak pepatah melayu 'kuman seberang laut kita nampak, tapi gajah depan mata...ehm,haram tak cakap apa'...pepatah lain pula 'ibarat baling batu,sembunyi tangan'...semua tu merujuk pada perilaku dan tabiat orang kita la... sama la kita fikir-fikirkan...semoga Allah memberi ilham pada kita...