Advertising

Tuesday, May 20, 2008

Pengunduran Terhormat

Hari ini, Mei 19, 2008 Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO. Satu tamparan hebat dalam arena politik dan kepimpinan negara. Seorang hamba yang selama ini mengerah keringat dan memerah otak untuk kemajuan UMNO, kesal dengan segala-galanya yang berlaku terhadap UMNO yang dipimpinnya selama ini.

Cahaya yang sentiasa menyinar didalam keris dan tengkolok UMNO kini hilang sekelip mata kerana cahaya itu tidak lagi rasakan sinarnya mampu terangi kemegahan UMNO selama ini.

Mungkin benar kenyataan DSAI bahawa beliau akan menerajui negara sebelum 19 Sep 08. Mengapa? Mudah sahaja, UMNO tiada lagi tulang belakang yang kuat untuk menampung dan menyokong jasadnya. Yang ada hanyalah roh yang tidak nampak dimata tapi hanya didengari dan disuarai dihati, jasad untuk bergerak, tiada lagi. Renungkanlah wahai semua rakyat dan PEMIMPIN! Buangkan ego yang sekian lama menular dalam makhluk bernama manusia iaitu KITA! Semoga tindakan Tun ini ada hikmahnya yang akan memberi kebaikan kepada UMNO dan sekalian makhluk Allah dinegara kita. Insyaallah.. Bersatulah kita menjadi umat manusia yang beriman dan taqwa kepada yang esa. Kerana mulanya sesuatu semuanya dari agama. Mari perjuangkan Agama, Bangsa & Tanahair untuk kesejahteraan bersama.

Salam
skullsplitter

4 comments:

zamspotte said...

Hayati lagu yang dicipta buAt Bangsa ini hasil nukilan sajak Tun...

Nora - Perjuangan Yang Belum Selesai

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

(Sajak)
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

(Sajak)"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

Anonymous said...

kenape perlu tun membuat tindakan begitu?tindakan yg dianggap memecah belahkan lg org melayu yg sudah berpecah belah?sepatutnya tun tak perlu bertindak sedemikian, pergi bersemuka dengan orang yang dilantiknya ( pak lah ) dan berbincang kewajaran kepimpinan pak lah, aku kecewa tindakan tun, aku kagum kebijaksanaan, kehebatan, dan betapa lantang dan tegasnya tun dalam kepimpinan tun serta betapa tun mempunyai karisma dalam menerajui kepimpinan malaysia selama 22 tahun, tapi adakah wajar tun keluar daripada UMNO?aku merasakan inilah satu - satunya tindakan tun aku rasakan tidak bijak, tapi itu hanyalah secebis pandangan aku sebagai seorang melayu dan baru berjinak dengan kancah politik, adakah tun marah dengan pak lah yang tidak menggunakan kuasa " pen merah dan pen biru" ? semoga melayu tidak dijajah dibumi sendiri insyaAllah
->paSSola^07

Skullsplitter said...

Setiap perkara dilakukan mesti ada sebab disebaliknya.. Tindakan Tun aku rasakan sebagai satu strategi untuk membangunkan semula UMNO atau mungkin sebaliknya.. Hanya dia yang tahu.. Kepimpinan patut jadikan ini sebagai satu teladan dan mengambil serius tentang kenyataan DSAI. Semoga kita tidak dijajah Yahudi.. Insyaallah..

jiwakacau said...

antara sedar dan tidak sedar nafsu amarah mengusai kita,dan ketika itu fikiran tidak berfungsi secara rasional...hati kecil saya berkata 'dah buang tebiat agaknya orang tua ini'...tapi berbalik pada sangka baik,akal fikiran merasionalkan kembali,'mungkin orang tua ini ada benda yang nak disampaikan'...kita jangan melihat pada perbuatan tetapi berfikir akan kenapa,mengapa dan untuk apa Tun buat begitu...(secara tersiratnya)... mari kita fikirkan bersama...