Advertising

Tuesday, May 6, 2008

Satu Harapan Dan Satu Tujuan

Tegangnya diskusi di Parlimen kini kian perlahan ekoran teguran dari pelbagai pihak. Siaran Langsung juga diteruskan setelah desakan ramai pihak yang mahu menyaksikan dengan mata kepala sendiri pemimpin yang dihantar untuk memperjuangkan kehendak rakyat.

Beberapa kekecohan yang ditunjukkan didalam diskusi Parlimen menunjukkan true color pemimpin yang tak ubah seperti perkataan Jawa 'saur manuk' (percakapan sahut-sahutan antarburung).

Kini apa yang dapat dilihat hanya diskusi, sembang-sembang, perbincangan banyak pihak, campurtangan bermacam pihak, pertanyaan segala permasalahan negara, jawapan dan janji ditaburkan.. Mungkinkah semua ini akan menjadi titik tolak kerjasama semua pihak bagi merealisasikan dan merungkaikan segala yang terbuku dihati rakyat selama ini? Siapa tahu? Kita tunggu dan lihat saja la...

Salam!

skullsplitter

No comments: