Advertising

Tuesday, June 10, 2008

Duri Dalam Daging Yang Sebenarnya!

Masa ini, kita hanya terfikir atau terbaca Tun Mahathir Mohamad merupakan 'Duri Dalam Daging' didalam Parti UMNO itu sendiri, disebaliknya tidakkah pernah terlintas dihati dan terfikir dibenak minda bahawa terdapat seorang lagi yang menjadi 'Duri Dalam Daging' dalam masyarakat Islam dinegara kita?

Kita ini manusia yang mudah terleka, mudah dialih pandangan dengan sekelip mata. 'Gajah didepan mata, Semut di pergunungan juga kita pandang' Negara kita sekarang telah di perhati dan diteliti untuk dikuasai. Tapi apa yang kita lakukan? Nak jadi seperti Palestin? Seperti Iraq? 'Duri Dalam Daging' masyarakat Melayu & Islam dinegara kita ini sekarang sedang bergembira dengan kekayaan, kemasyhuran dinegara kejam dan tidak berperikemanusiaan, US (Untuk Semua) katanya! Cis!

Pendedahan dari seorang sahabat ini patutnya membuka mata semua masyarakat kita, terutama yang beragama Islam dimana sedikit demi sedikit kita ditindas. Cis! Lihatlah pendedahan ini untuk sama-sama kita berfikir sejenak masa depan bukan untuk kita, tapi keturunan kita. Insyaallah semoga Allah memberkati & memberi petunjuk untuk kita kejalan yang benar dan diredhainya. Dan Semoga Allah memberi hidayah kepada derhaka Islam dan Bangsa ini agar tidak terus menerus meletakkan Islam dibawah panji Yahudi. Insyaallah.

Sila baca pendedahan tentang DSAI bersama kroni-kroni US & Yahudi dari pelbagai negara.

Klik Disini

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan Rasulullah berkata: Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Cintalah sesama saudara Islam ini, mengapa perlu membahayakannya dan membencinya' - skullsplitter

Salam
skullsplitter

No comments: