Advertising

Wednesday, June 11, 2008

Adab Perdebatan

Dalam pergaulan seharian kita sering berhadapan dengan pelbagai perbincangan dan perdebatan. Tetapi Islam sendiri telah menggariskan berberapa panduan dalam perdebatan bagi mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang Agama, Politik, Ilmu Pengetahuan & lain-lain tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak akan menyebabkan rosaknya Agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan. Inilah punca lahirnya golongan berpecah belah dinegara kita kini. Ini tergambar apabila para sahabat berdebat antara satu sama lain dan Rasulullah SAW tiba disitu dan bersabda:

'Wahai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperoleh kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada hari kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, Kujamin tiga buah rumah didalam syurga: Ditaman-tamannya, di tengahnya, dan yang dibahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah melarang penyembahan berhala ialah perdebatan.'
(Riwayat Al-Thabrani)

Salam
skullsplitter

No comments: