Advertising

Sunday, June 15, 2008

Arkib Negara

Episode 1
Harga minyak naik RM 0.78 sen bagi petrol dan RM 1.00 bagi diesel. Kerajaan umumkan pembayaran rebat RM 625.00 bagi pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan pikap serta jip sehingga 2,500cc dan RM 150.00 bagi pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc

Episode 2
Kerajaan memutuskan untuk membayar gaji kakitangan awam secara dua ansuran, iaitu separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh kedua pada hujung bulan atau 50:50.

Episode 3
Cuepacs mahu pembayaran gaji kakitangan awam secara dua ansuran yang akan dilaksanakan mulai Ogos depan, diubah mengikut mekanisme 30:70 bagi mengelakkan pekerja kehabisan wang pada setiap awal bulan.

Episode 4
Semua 686 pejabat pos di seluruh negara akan dibuka Sabtu ini bagi membolehkan pemilik kenderaan persendirian membuat tuntutan bayaran rebat subsidi minyak yang diumumkan kerajaan, minggu lalu.

Episode 5
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau dan Datuk Seri Najib Razak sudah bermuafakat serta bersetuju mengenai masa terbaik untuk melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya itu.

Episode 6
Astro All Asia Networks Plc (Astro) tidak akan mengenakan denda RM10 bagi kelewatan pembayaran bil mulai 1 Julai ini. Astro mengkaji penggunaan satelit berlainan saiz dan reka bentuk bagi mengurangkan gangguan siaran ketika hujan kerana jalur Ku (Kurtz-under) yang diguna pakai Astro kurang sesuai dengan cuaca negara ini.

Ermm.. Bagus la ASTRO pun cuba membantu rakyat..

Salam
skullsplitter

No comments: