Advertising

Wednesday, June 18, 2008

Another Earth?

Penyelidik Eropah mengumumkan semalam bahawa mereka menemui tiga 'bumi besar' (super-earth) mengelilingi sebuah bintang yang berdekatan. Selain itu, dua lagi sistem suria ditemui mempunyai planet yang kecil. 2 orang penyelidik ini telah mengesahkan bahawa tiga bumi besar berkenaan mengelilingi matahari yang lebih kecil daripada matahari dalam sistem suria kita. Sistem suria berkenaan terletak 42 tahun cahaya dari bumi.

Planet menyerupai bumi itu ialah masing-masing 4.2 kali, 6.7 kali dan 9.4 kali lebih berat daripada bumi.

Mayor dan rakan kerjanya yang menemui planet berkenaan menggunakan teleskop High Accuracy Radial velocity Planet Searcher atau HARPS, di Observatori La Silla di Chile.

Prof. Dr. Michel G. E. Mayor

Lepas ni ramai la pi lari ke planet bumi yang lain, sebab bumi ni harga minyak mahal! Haha..

Salam
skullsplitter

No comments: