Advertising

Saturday, February 2, 2008

Kejamnya Dunia


Coretan dan nukilan jejari ini khas buat adik sharlinie...


Sedih hati mendengar perkhabaran ini,
Angkara siapa? Berdosakah adikku ini?
Mengapa begitu kejam dunia?
Mengapa begitu kejam manusia?
Perlukah adik kita yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?
Hati siapa mampu menahan kesedihan saat mendengar perkhabaran kehilangan Adik Nurin Jazlin yang kembali ke rahmatullah atas kekejaman manusia, kini satu lagi tanda tanya yang sama kembali berulang..
Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui apa terjadi padamu adik,
Apa yang boleh kami harapkan dan doakan agar adik sharlinie ditemui dan kembali kepada keluarganya semula.
'Pulangkanlah kembali adik kami ini Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dunia ini, berilah petunjuk kepada kami semoga adik sharlinie ditemui semula, semoga apa yang terjadi dijadikan ikhtibar kepada masyarakat dunia ini' - Amin -

2 comments:

Sang Pencinta said...

Kes adik sharlinie semakin hari semakin sukar untuk diterima masyarakat. Selepa beberapa minggu kehilangannya tiada sebarang petunjuk menyatakan adik sharlinie masih hidup.

Dalam keratan akhbar baru-baru ini pihak polis yang masih bekerjasama dgn bantuan Interpol menyatakan keyakinan mereka bahawa sharlinie masih berada didlm negara ini dan dipercayai masih hidup.

Tetapi belum ada tanda atau bukti yang kukuh untuk mempercayai semua ini. Marilah kita berdoa akan keselamatan adik sharlinie dan semoga dia akan pulang ke pangkuan keluarganya. Amin.

Honeya Diaz said...

Sedih bila melihat kisah sharlinie..
namun masih ada sesetengah pihak yg mengambil kesempatan atas kesedihan org lain.. perlu ke?
perlu dinyatakan..?
terlalu byk..

harap satu hari Allah S.W.T akan tunjukkan kebennarannya.. amin..