Advertising

Saturday, February 2, 2008

Cinta? Perlukah dihargai?













Bukan berpuitis untuk menunjukkan kehebatan,
Bukan menulis sekadar luahkan perasaan,
Bukan coretan jadikan ukuran,
Tapi segalanya sekadar untuk tatapan.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya

Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kerana adanya cinta, adalah bahagia. Renungkanlah...

1 comment:

Honeya Diaz said...

kerana cinta kita bahagia..
kerana cinta kita rasa ingin bahagia,
kerana cinta kita mungkin bahagia,
kerana cinta juga lah setiap manusia berhak merasa bahagia..

Love your post dear..

Keep on posting..

I'm sorry if i eva done wrong to you..

Take a good care of yourself..

~Honeydy~