Advertising

Sunday, August 31, 2008

This Sunday

Every time I go to bed, I consider that I won’t wake up. When I wake up I'll be especially grateful for the day I have ahead of me. Instead of seeing the day as a burden that I have to “get through” I will see it as an opportunity to do something meaningful and beneficial.

Thanks Allah for this opportunity for me to learn. As my pray everyday, I have it all in this morning! Thanks again for this. You show me everything. Honestly, It's hurt me inside but at the same time, I feel grateful for this opportunity!

Thanks Allah,

Allāhu Akbar
, الله أكب


Salam
skullsplitter
*Ermm.. You complete me..

Selamat Hari Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang ke 51!
'Perpaduan Teras Kejayaan'

Merdeka dari jajahan. Sudah.

Merdeka dari peperangan. Sudah.

Merdeka dari kesusahan. Mungkin.

Merdeka rohani dan sahsiah. Mungkin.

Merdekakah kita dari kemungkaran?

Mungkin Iman masih samar dari pandangan. Semoga Dia merahmati kita. InsyaAllah

p/s : Merdeka! Hanya dari mulut tidak pada hati.

Salam
skullsplitter
*Merdeka! Merdeka! Erm.. You complete me!

Strength

Strength is a pre-existing capacity for a particular way of behaving, thinking or feeling that is authentic and energising to the user, and enables optimal functioning, development and performance. Everybody in the world try to find their strength. They just don't realize that everybody have their own strength, deep inside their heart and they don't know how to use it.

For me, I find my strength in my faith. It is only Allah that allows me to get through the tough times in my life. I became so much stronger, when I realized my strength comes from Him, And that the supply available in endless, all I need to do is accept it. He is with me every step of the way. I believe that.

My family, her, her family and friends also are great source of strength in my life, Thanks!

You are my strength

You are my strength
Strength like no other
Strength like no other
Reaches to me

You are my hope
Hope like no other
Hope like no other
Reaches to me

Pre-chorus:
In the fullness of your Grace
In the power of your Name
You lift me up
You life me up

Unfailing love
Stronger than mountains
Deeper than oceans
Reaches to me

Pre-chorus 2x

Chorus:
Your love, Oh Allah
Reaches to the Heavens
Your faithfulness,
Reaches to the sky

It is Allah Who created you in a state of (helpless) weakness, then gave (you) strength after weakness, then, after strength, gave (you weakness and a hoary head: He creates as He wills, and it is He Who has all knowledge and power.
( سورة الروم , Ar-Room, Chapter #30, Verse #54)


How about you?

Salam
skullsplitter
*Pss.. You are my strength too, Kasih!

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

- Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
- Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
- Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
- Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial
- Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
- Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
- Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
- Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan
- Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
- Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.
- Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Kecuali bil elektrik RM20
- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan
- Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna
- Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan
- Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.Orang Kurang Upaya (OKU)
- Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
- Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
- Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan
- Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
- Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru
- Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
- Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
- Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
- Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan
- Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan
- Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
- Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
- Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
- Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
- Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan
- K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
- Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
- Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan
- Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.
- Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
- Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.
- Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
- Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
- Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani
- Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
- Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.
- Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
- Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

......................................................................

'Kerajaan Prihatin'. Itu tema yang aku dengar. Harap keprihatinan ini mampu memberi sedikit sebanyak impak yang positif kepada rakyat. InsyaAllah.

"Saya fikir jika mereka (kerajaan) boleh lakukan, ia sangat bagus. Sudah tentu ada keperluan untuk pengangkutan awam yang baik." - Tun Dr Mahathir Mohamad

"Walaupun pengecualian cukai diberikan kepada pesakit, saya percaya ahli serta pengusaha perubatan tradisional bakal memperoleh manfaat dari segi penjanaan lebih banyak pendapatan berikutan lebih ramai individu mendapatkan rawatan selepas dikecualikan cukai," - Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupuntur Malaysia, Ng Po Kok.

"Memang nilai RM20 itu boleh dianggap kecil, tetapi mereka yang bakal mendapat manfaatnya perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya tidak payah lagi fikirkan pasal membayar bil elektrik setiap bulan. " - Ketua Eksekutif Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman

"Peningkatan kecil itu seolah-olah tidak menggambarkan pendirian serta komitmen sebenar negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) yang mahu supaya semua ahlinya menaikkan duti eksais sehingga 65 peratus." - Ahli Jawatankuasa Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Shaari Ahmad Junid

p/s : Erk.. Cukup la tu 3sen naik, berape byk nk naik da.. iskisk.

Salam
skullsplitter
*Kasih! Huhu~

Thursday, August 28, 2008

The Winner Is..

Permatang Pauh, P44

Akhirnya kemenangan berpihak pada DSAI dengan 31,195 undian mengatasi Arif Shah 15,524 undian dan Hanafi Hamat 92 undian.

Majoriti yang agak besar sebanyak 15,671 undian.

Diharap DSAI dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada warga PP yang menyokong beliau. Jangan jadi seperti 'Melabur bersama, Untungnya Hanya Untuk Seorang'

Seperti peringatan didalam previous post saya, jangan berjuang dengan harapan dan sokongan orang lain hanya untuk kepentingan diri dan impian sendiri. Buatlah dengan ikhlas.

p/s : Dah masuk Parlimen, jangan besar kepala. Erm.. Sejarah besar buat negara!


Salam
skullsplitter

Sukanya Aku!

Yahoo! Akhirnya.

Berkesempatan juga aku ber'tenet.'

Setelah bertungkus lumus mencari coverage untuk broadband ni.
Betul kata org. Usaha tangga kejayaan. Aku percaya itu.

Tapi ada satu lagi masalah. Takda plug plak kat sini.
Battery dah hampir flat. Hampeh!

Tk apa. Peluang ni dah memadai. Syukur.

Yang penting aku kat sini banyak makan! Selera. Alhamdulillah.
Aku suka keindahan alam ciptaanNya. Indah sungguh!

Salam
skullsplitter
*Shhh.. Kasih tido. Bile nk blk.. Isk.


Tuesday, August 26, 2008

PP44

26 August 2008, Permatang Pauh.

Who's going to win?

We don't have a clue about that.

Whatever. Enough said!

Just do your work Penangites.

Reminder to all candidates,
- do not try to give PP's community short term goodies
- do not think that voters are dumb
- pay attention to the PP's economy and education

Not just for your own good and target to achieve! Think about others!

This could be the most important day in an entire generation in Malaysia.

So, think properly Penangites.


Salam
skullsplitter
* Worried about Kasih. Bile nk smp nih..

Maybe?

Taken from flickr.com

What happen to me?

I don't know!

Maybe i need to say sorry.

Maybe to everybody.

Erm. I don't know.

Maybe i need to take a break.

Maybe.

Maybe I don't know where to go.

Lost. No! I won't give up!

Thanks to HIM, always with me.

Taken from flickr.com

Sorry! Can I say that? Or I don't eligible to say that.

I Love Him, her (my Kasih), them (Mama, Mak, Abah, Ayah, all my & her big family!) and all of you (Bloggers, Friends, All of you in the world!) - Sorry to all of you!

I'll be away for a few days. Maybe a week. Work.

Apa aku merepek da! Tido.

Salam
skullsplitter
eh..eh.. shhh.. Watch your step. Kasih sleep.

Monday, August 25, 2008

Chance

Chance, everybody will have at least one chance in their life. Depends on us to take it or just let it go. But sometimes it's hard to have a chance for you to do your best. And I've never quite believed that one chance is all I get and everyone who takes a chance, who walks the line between the known and unknown, who is unafraid of failure, will succeed.

Chance

It seems I've been waiting forever
Looking for you so long
Love in my life was a gamble
I've been playing my cards all wrong

I tried to show you my open heart
Show you what true love could be
While we talked of a brand new start

Will I never see the moment I've held so tight
Of waking in the night and finding you there
Will I never get to show you the way I feel
And know that you feel it too
Am I never gonna get my chance with you
Mustn't talk of tomorrow


"Or (lest) it should say when it (actually) sees the penalty: 'If only I had another Chance, I should certainly be among those who do good!'
( سورة الزمر , Az-Zumar, Chapter #39, Verse #58)

..........................................................

I love this song 'Hanya Ingin Kau Tahu' by Republik! It's not just a love song as we heard and see, It's more than that. Ponder!



I never give up!

Salam
skullsplitter
*shhh.. 'Kasih' want to sleep

Saturday, August 23, 2008

Raising Our Flag Up Side Down??


Kelantanese Blogger Sheih a.k.a Kickdefella had on August, 3rd launched a campaign to fly Jalur Gemilang up side down as a symbol of the people's frustration and as a signal of a nation in distress.

Read here for more details : Kickdefella - Raising My Flag Up Side Down

........................................................................

What the **** are you thinking bro? Why we have to do that? Flag represent our country, why punish the nation for the fault of our politicians? Our distress is because of our politicians not our country. We have to respect our dignity. Please don't disrespect our flag.

My friend said 'Please ask this guy to apply for other citizenship and then he be able to flag-down the Malaysian flag - if he able to do so'

I Love My Country.

Salam
skullsplitter

Die Liebe zu Allah SWT = Love Of Allah SWT

Die Liebe der Geliebten
Müssen bedingungslos zurückgegeben.

Wenn Sie behaupten, Liebe
Noch gegen den Geliebten,
dann deine Liebe ist nur ein Vorwand.
Sie lieben die Feinde Ihrer Beloved
und trotzdem versuchen Liebe in Hin-und Rückflug.

Sie bekämpfen die geliebten Ihrer Geliebten.

Is This Love "oder den folgenden von shaytaan?

Wahre Hingabe ist nichts
aber insgesamt Vorlage
von Körper und Seele
to One Love.

Wir haben gesehen, Anspruch auf den Menschen vorzulegen,
noch ihre Loyalitäten sind vielfältig.

Sie setzen ihr Vertrauen, und ihre Hoffnung gibt,
und ihre Liebe ist ohne Konsequenz.

.......................................................................

The love of the Beloved
must be unconditionally returned.

If you claim love
yet oppose the Beloved,
then your love is but a pretence.
You love the enemies of your Beloved
and still seek love in return.

You fight the beloved of your Beloved.

Is this Love or the following of shaytaan?

True devotion is nothing
but total submission
of body and soul
to One Love.

We have seen humans claim to submit,
yet their loyalties are many.

They put their trust here, and their hope there,
and their love is without consequence.


Grüße
skullsplitter

* Shh..
'Kasih' wollen schlafen

Dah terhantuk, baru nak tergadah!

Lawatan mengejut Perdana Menteri yang tidak diiringi pegawai daripada dua syarikat perkhidmatan rel KTM Komuter (KTM Bhd (KTMB) dan LRT Putra (Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mengejutkan penumpang dan beberapa pegawai yang bertugas dikedua-dua syarikat perkhidmatan rel itu pada pukul 815 pagi semalam.

"Saya lihat tadi keadaan tren digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka terpaksa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, nampaknya macam tak ada sistem. Saya tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat kepuasan dan ini kena diperbaiki," katanya.

..............................................

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata pihaknya sudah membuat persediaan mengatasi masalah itu dan Syarikat Prasarana Nasional Bhd (SPNB) sudah menempah 22 set tren baru dua tahun lalu yang dijangka dapat memulakan operasi tahun depan.

KTMB juga berkata, proses membaik pulih gerabak yang dilakukannya menjejaskan jadual operasi kerana tren yang digunakan kadangkala mudah rosak, tetapi menegaskan akan berusaha meningkatkan kapasitinya sebagai 10 peratus dalam tempoh terdekat.

..............................................

Hah! Menggelabah semua!
Pak Lah harus buat kejutan sebegini lebih kerap. Mungkin cara ini mampu mengatasi kekurangan dan kesulitan yang rakyat rasai kerana pihak bertanggungjawab selalunya sambil lewa dengan perkara seperti ini, nanti yang disalahkan tetap kerajaan. Jadi, adakan selalu ya Pak Lah.


Salam
skullsplitter

Jiwa-Jiwa

Hati memberontak, jiwa terima,
Seakan suatu yang tak perlu disangkal,
Aku cuba lenyapkan,
Jiwa gelora, masih sama,

Aku cuba padamkan,
Gurisan masih terasa,
Belum hilang dari pandangan jiwa,
Masih meledak kemahuan untuk jawapan,

Hanya aku yang mencuba,
Atau sekadar rasa,
Atau derainya kaca-kaca jiwa,
Aku belum biasa,

Fahamkah jiwa bahawa hakikatnya,
Tulus huluran tanpa sambutan,
Umpama bergelap tanpa cahaya,
Sedarlah jiwa,

Mungkin ini jiwa kosong cuba diisi,
Jalan ditemui, tanda belum terbukti,
Atau hakikat tersalah erti,
Maka berdiri sendiri mengharap menanti.



Salam
skullsplitter
*This poem strictly create by the owner of the blog
(Copyright © 2008 skullsplitter. All rights reserved)

Thursday, August 21, 2008

Aku

Aku. B****! Simple word untuk jasad yang aku pikul ni bersama akal yang dikurnia.
Tak mahu berfikir! Tak mahu bertanya! Itu yang buat aku b****!

Aku. Guriskan jiwa-jiwa mereka.
Kenapa? Apa jadi pada aku ni?
Sengal?

Apa pernah aku cuba?
Tak. Itu jawapan pasti.

Bila dah jadi. Inilah aku. Tak gunakan kurniaan yang diberi.

Tak pernah bersyukur!

Hilang segalanya? Itulah rutin aku!
Mencari atau pelajari, tetap sama. Sebab?

Tak mahu berfikir. Itulah aku.

Maaf pada yang semua.


Salam
skullsplitter

Tuesday, August 19, 2008

Be Patient!

Taken from flickr.com

An impatient behavior is not going to help us in any walks of life. Sooner or later, all the impatient people among us will have to realize that impatience just does not work. It makes us sad and disappointed and instills a feeling of dissatisfaction within us and prevents us from enjoying the moment-to-moment experience of life. Further it adds to our suffering by projecting our negative image to those whom we come in contact with.

No matter how tough it appears to be patient in various situations we encounter in life, we must understand this truth that being impatient will not take us anywhere and in the ultimate analysis we will be at loss. Therefore, it will be immensely beneficial for us if we get rid of this negative quality of our character as soon as possible.

I’m one of the most impatient people I know! If i decide I want something, then i want it right away and will do everything i can to get it. I can just never wait, much to the annoyance of everyone else! However, I’m learning to be slower, and more patient.

Bill Mcglashen - "Patience is something you admire in the driver behind you, but not in one ahead."

And if you do catch them out, catch them out no worse than they catch you out: But if you show patience, that is indeed the best (course) for those who are Patient.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #126)

*To myself! Please be more patient!

Salam
skullsplitter


Monday, August 18, 2008

D & D

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadapnya kerana bimbang sumpahnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Katanya sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

“Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Mohd Saiful Bukhari) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.

.........................................................................

Hari ni aku bergurau senda dengan dua perkataan, Degil & Dalih.

Cuba manjakan diri dengan D & D ni. Tak mampu.

Cuba selesakan diri dengan D & D ni. Tak basah dek hujan.

Pening. Serabut. Apa masalah ko ni? Hishh!

Malu? Aib? La.. Tau malu rupanya. Aku nk mimpikan Cohen dan Wolfowitz.
Mungkin cetusan ilham tu muncul.
Boleh aku lunch dengan tenang esok.

Islam itu mudah En. AI. Tak sukar. Mr. G pun boleh sebut ayat suci Al Quran.
Apsal nk sukarkan?

InsyaAllah. Dia maha Adil.

Beradu.

Salam,
skullsplitter

*Shh.. 'Kasih' nk tido.

Seeking Forgiveness

The servant is always in the blessings of Allah, which necessitate thankfulness, and in sinfulness, which requires seeking forgiveness. Both of these matters are required and essential for the servant at all times, as the servant does not cease to alternate between Allah's (various) favors and blessings, and does not cease to be in need of repentance and seeking forgiveness.

'I beg Forgiveness of Allah SWT, my Lord
From all the sins which I have committed,
Consciously and unconsciously,
Hidden and evident. I repent and ask forgiveness for all my sins
Of which I am aware or not aware.

Allah SWT!
You are the Knower of all things unknown
And the Veiler of disgrace,
The Forgiver of sins. There is no power or strength besides
Allah, the Exalted, The Supreme.'


Narrated on the authority of A'mash with the same chain of transmitters, but there is no mention of these words:"He draws near Me by the space of a hand, I draw near him by the space (covered) by two hands."

"When the victory of Allah has come and the conquest, and you see the people entering into the religion of Allah in multitudes, then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance." [An-Nasr (110):1-3]

InsyaAllah.

Salam

skullsplitter

Saturday, August 16, 2008

PMI 2, 2008

Mereka kata pesta. Mereka juga kata konsert. Mereka juga kata best. Mereka kata hebat. Mereka juga kata rugi tak pegi.

Erm.. Apa pun mereka kata, aku tetap aku. Merenung akan tiket ini sambil terngiang-ngiang dikepala aku, 'nak pegi ke tak', 'nak pegi ke tak', 'nak pegi ke tak'... Berulang kali! Huh. Penatnya untuk memberi jawapan ini tak sama penat ketika zaman belajar dulu, lebih susah! Sebenarnya tidak begitu susah, aku yang menyusahkan diri.

'Pesta Malam Indonesia 2' sekali lagi menggegar! Sesiapa yang belum pernah melihat bagaimana rupa seorang Indonesian, sila lah kemari, berbagai bentuk, rupa dan perangai anda boleh lihat disini. Haha, buat yang tidak berkesempatan, maaflah, mungkin bukan rezeki. Lain kalilah, lagipun.. Penting ke? Mungkin ada yang lebih baik dan penting untuk anda dirumah dan dimana sahaja. Jadi janganlah menyesali ye. Tak ada sedikit hasil pun menyesali benda ni.

Apa-apapun, aku dengan misi tersendiri, "Ingin melihat gelagat masyarakat kita dan masyarakat jiran bergabung tenaga dalam Pesta ini" sudi untuk menjengah sebentar ketapak pembikinan pesta. Selepas itu, ada misi lebih penting buat aku...

Bersedia menahan bebelan kerana pergi ke Pesta ini tanpa rasa bersalah!! Huhu~

Salam
skullsplitter

Akhirnya..

Saiful Bukhari telah melunaskan janjinya kepada semua untuk mengangkat sumpah pada hari ini. Beliau yang kali pertama muncul dihadapan media selepas menghilangkan diri selepas membuat aduan tentang salah laku DSAI kepadanya muncul bersama ahli keluarga dan peguamnya.

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mengangkat sumpah hari ini. Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa sekali sahaja oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara. Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi. Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.


“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”


......................................................................

Bagaimana dengan DSAI? Masih menganggap isu ini isu biasa? Beberapa kali cabaran dikemukakan untuk beliau mengangkat sumpah, tapi sehingga kini masih belum ada tanda-tanda beliau akan berbuat demikian. 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'. Dimana keberanian DSAI yang lantang bersuara? Mengapa masih bermain teka-teki dengan rakyat? Inikah sebabnya DSAI begitu terdesak untuk memegang jawatan sebelum kewibawaannya dipertikaikan? Silakan DSAI tampil mengangkat sumpah sekiranya anda dipihak yang benar. Rakyat juga ingin tahu. Berapa ramai lagi yang harus tertipu?

Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran. InsyaAllah.

Salam
skullsplitter

Thursday, August 14, 2008

OCBC VS AI at Permatang Pauh


Umno Seberang Jaya assemblyman Datuk Arif Shah Omar Shah a.k.a OCBC (Orang Cina Bukan Cina) is the Barisan Nasional (BN) leadership’s choice to take on PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh parliamentary by-election on Aug 26. Most of chinese people's at Seberang Jaya call him OCBC because he can speak Mandarin, Hokkien and Tamil very well. Incidentally, Arif Shah was the Umno Permatang Pauh youth chief in the 90s when Anwar was the division chief and the party’s state chairman.

Good luck and all the best Arif Shah (The underdog)!
Remember everybody, Malay (BN) VS Malay (PKR), and the winner is... DAP! ops!
Which one is better for Permatang Pauh, someone with the vision to obliterate poverty after nothing happen in 3 subdivision by opposition or someone with the vision to be a Prime Minister before 16 September?

Think!

Salam
skullsplitter

Bar Council Hates Islam & Malays?

Episode 1 - 9th August 2008
The Bar Council is holding a half-day public forum to address the legal issues and the impact of recent highly-publicised cases of conversions to Islam. The forum, to be held from 8.30am to 1pm at the Bar Council Secretariat in Kuala Lumpur, is titled “Conversion to Islam: Art 121(1A) of the Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited”. It is part of efforts by the council’s Family Law Committee to draw attention to the various elements of family law involving Islam that require reform.

Episode 2 - 9th August 2008
A large group of people demonstrating against the Bar Council's forum on conversion to Islam forced the forum to end early after police told organisers to wrap it up over safety concerns. The group of about 300 people from various non-governmental organisations, including two Opposition MPs, gathered at about 8.20am outside the Bar Council building on Jalan Lebuh Pasar Besar here to protest the forum which they said would undermine Islam. The group threatened many times to storm into the building if the forum was not stopped.

Episode 3 - 11th August 2008
They can give opinions but they should do it intelligently, not by being rude like what they had done,” - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

"Any discussions on the matter should involve those with the knowledge and authority because Islam stands on its own strength," Dato' Seri Abdul Hadi Awang

......................................................................

Bar Council need to call it off as it touched on "a very sensitive issue" among the Malays and Muslims. Thay should be aware that Article 121(1a) of the Constitution, which pertained to religion and the Malay race, should not be discussed openly as doing so could provoke the Malays.

The Bar Council is a very important institution. It commands one of the highest respect of all the institutions. Don’t let the people have a wrong perception of it or let its dignity erode by those inside or outside of it. Bar Council should not play with the fire. The forum just make everything become worst. Why they have to do this? Why they need to play with the religion thingy?

Before this Bar Council already have forum about 'Hak-hak orang Melayu' and demonstration on the 9th Disember 2007. And two of the lawyers (Sivarasa Rasiah - Vice President of PKR and Latheefa Koya - Ahli Majlis Tertinggi PKR) from Bar Council join the demonstration. It's just a forum or strategy to abolish Power of Islam and Malay's in Malaysia by PKR?

Word of the day is 'ponder'.


Salam
skullsplitter

Wednesday, August 13, 2008

Terima Kasih

Aku bersyukur, masih ada peluang untuk aku menghela nafas,
Untuk aku pelajari, untuk aku diuji, untuk aku hadapi,

Saat terlalai, terlupa dan terleka seketika, DIA masih sayang,
Masih ada sedikit ihsan, masih ada bersama aku,

Untuk mengingati dan terus mempelajari,
Detik 'nikmat' yang sentiasa diberi,

Sedikit pun tidak pernah lari dari sisi,

Kerana sentiasa memerhati,
Setiap langkah gerak geri,
Setiap detik melupai,
Aku pelajari kesabaran diri.

Terima kasih atas peluang ini,

Aku bersyukur atas peringatan ini.

InsyaAllah.


Salam,
skullsplitter

*Maaf yang hanya mampu terbit dari isihati ini.

Tuesday, August 12, 2008

Ntah la!

Aku tak benci pada diri, Aku tak benci pada dunia,

Aku hanya benci pada aplikasi diri, Aku hanya benci pada mainan dunia,

Aku cuba, bukan tak cuba, Aku rasa bukan tak rasa,

Aku kejutkan bukan tidak, Aku gerakkan bukan tidak,

Cuma mungkin aku lupa,

Bagaimana caranya, Bagaimana taganinya,

Bagaimana strateginya, Bagaimana datangnya,

Bagaimana sedarnya, Bagaimana lakukannya.


Mungkin aku alpa. Tak lihat kiri kanan. Tak hirau depan belakang.

Sedih.

*Tepuk sikit kepala! Cepat sedar!

Hadirkan kata dan tunjukkan usaha.

Ingat!


Salam
skullsplitter

A True Love Story

All of you must read this story about Rasulullah SAW and Khadijah, their True Love Story. And below is the great song from Native Deen ft Zain Bhikha about the love story between Rasulullah and Khadijah.

Native Deen ft Zain Bhikha - Zamiloonii


He stepped inside his home, and he overwhelmed with fear
An angel came with words from God, things were still unclear
Saying read - read, but he couldn't read, then amazing words he heard
A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred

There was only one who could comfort him
And help him see the light
To ease his fears, to reassure
It was khadijah, his wife...

Chorus
He said Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me...
I need you here with me...
By my side...

She was a woman of nobility, successful in all her trade
Many wealthy men had asked for her, she had turned them all away
But when she saw Muhammad, a shining moon, may peace be on his soul
He was a light for her -- so right for her -- her life will now be whole

But she had never seen him so distressed, as he was there that day
She would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away

Chorus

Bridge...
We look for stories of love, in places dark and cold
When we have a guiding light, for the whole world to behold
But were so selfish in our ways, and to the ones we hold so close
Our own pleasure and happiness is what we value most

But she sacrificed all her wealth and everything she had
And he honored her, and gave her faith,
when the times were bad, when times were bad...

Now years have passed, times had changed, since khadijah breathed her last.
Message of the one true God, was spreading far and vast
But then he came across a neaklace, that khajidah once had worn
His eyes began to swell with tears, his heart again began to mourn

Cause she was there for him, when times were rough, and his enimies were cruel
Was the first believer, so keen and eager, to comfort al-Rasool

Chorus

Mawlaya salli wa sallim da'iman abada
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
(O my Leader, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation)


Hope we'll find the greatest love like this. InsyaAllah.

Salam
skullsplitter

* Dedicate this song to my future wife. *Wink*

10% Kuota Bukan Bumiputera di UITM


'Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing' - August, 10 2008

Sejarah Permulaan UITM

Ogos 1950 - Rural Industrial Development (RIDA)
1956 - Dewan Latehan RIDA
14 Oktober 1967 - Maktab MARA
1968 - Institut Teknologi MARA
1999 - Satu perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, pelajar-pelajar dan bekas pelajar telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999. Pada ketika itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa ITM akan dipanggil Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikutan dengan pengumuman ini, beberapa bulan kemudian Akta ITM (paindaan 2000) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu pada 25 Februari 2000 dan diikuti pula oleh Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Nama UiTM ini berkuatkuasa pada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Menurut pindaan akta baru ini, terdapat seksyen yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara automatik dilantik menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA dan juga Pro-Canselor turut diletakkan di bawah baginda.

Setelah hampir setengah abad berlalu, institusi ini berjaya melalui pelbagai cabaran serta beberapa perubahan dan pertukaran nama namun matlamat penubuhannya masih kekal ke hari ini iaitu untuk mempertingkatkan dan menentujamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera.
.........................................................

Penubuhan Universiti Teknologi Mara ini bertujuan untuk mempertingkat
dan menentujamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera, saya ulang semula BUMIPUTERA. Bukan bersifat perkauman disini, akan tetapi satu-satunya harta bangsa Melayu ini pula ingin ditarik? Mengapa? Paling terkilan dimana syor yang dikemukakan ini dipersetujui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang merupakan orang MELAYU! Mengapa ini terjadi kepada makhluk Allah yang diberi kesempurnaan akal ini? Menghancurkan bangsa sendiri? Harta yang secebis ni pun mahu ditakluki? Begitu mudah orang-orang politik ini berfikir. Tidak terfikir jaminan untuk anak bangsa sendiri, mengapa? Yalah, anak mereka mampu dihantar ke luar negara, jadi mengapa harus dihiraukan UITM ini. Mungkin begitu, tapi bagi mereka diluar bandar, UITM sebuah platform bagi bangsa melayu yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka diperingkat yang diiktiraf. Ini pun ingin ditarik dari kita? Fikirkanlah sedalam-dalamnya bagi menjamin kesejahteraan bangsa kita dibumi yang dipijak ini yang seharusnya milik Yang ESA dan bertapaknya kita dahulu disini kini sudah menjadi milik orang.


Salam
skullsplitter

Saturday, August 9, 2008

Happy!

Tah kenapa dengan aku hari ni. Aku rasa happy!

Aku sakit, tapi aku
happy!

Selera makan datang balik. Alhamdulillah. Aku
happy!

Aku tk boleh tido, tapi aku
happy!

Senyum sepanjang hari ni. Aku
happy!

Selesai satu masalah. Lagi aku
happy!

At last, aku realize, mungkin ketenangan yang buat aku
happy!

Aku harap, korang pun
happy!

Jadi, tenangkan diri...
Happy la korang.

InsyaAllah.

Salam
skullsplitter

aku dah membebel, 5.34am, patut la!

Gelanggang 2008

Melihat tahun 2008 ini, diserata dunia sibuk mengadakan dan memberi tumpuan pada pembukaan gelanggang masing-masing bagi temasya yang termasyur & hot lah kata orang. Negara-negara seluruh dunia berlumba-lumba membuka gelanggang mereka untuk temasya yang besar bermula dari awal tahun lagi.

January 2008 - Africa tuan rumah Women's World Cup of Golf 2005-2008
February 2008 - England tuan rumah 2008 Davis Cup
February 2008 - Sweden tuan rumah World Rally Championship: 57th Uddeholm Swedish Rally
March 2008 - Spain tuan rumah Moto GP F.I.M. Road Racing World Championship 2008
March 2008 - Portugal tuan rumah 2008 Algarve Cup (Women Football)
April 2008 - Chile tuan rumah Rugby Union: 2008 IRB Junior World Rugby Trophy
May 2008 - USA tuan rumah 2008 ICC World Cricket League Division Five
May 2008 - Italy tuan rumah ISSF World Cup (Menembak)
May 2008 - Canada tuan rumah 2008 IIHF World Championship (Ice Hockey)
May 2008 - Mexico tuan rumah 2008 World Polo Championship
June 2008 - Pakistan tuan rumah Asia Cup 2008 (Cricket)
June 2008 - Austria & Switzerland tuan rumah Euro 2008
July 2008 - France tuan rumah
FIFA World Cup (Beach Soccer)
August 2008 - China tuan rumah Olympic Games 2008

Malaysia? Bagaimana? Erm..Tahun ini kita hebat digelanggang lain. Serata dunia menceritakan tentang Malaysia. Nama kita gah dimata dunia. Dalam gelanggang manakah kita? Dari March ke August, kita hebat diperkatakan didalam temasya yang dinamakan
POLITIK!

Erm. Mungkin ini lebih hebat dari temasya yang lain. Gelanggang pergaduhan sesama pemimpin dan rakyat.
'Gelanggang Politik'. Atau orang putih kata lebih sedap, World Politic Championship!

Salam
skullsplitter

Syukur pada Nikmat dan Sukar

Bercerita tentang nikmat, setiap hari kita dikurniakan nikmat tak terhingga, nikmat yang sentiasa wujud dalam setiap detik yang kita lalui sepanjang perjalanan hidup ini. Ianya mengajar aku, kamu dan dia untuk mensyukuri segala nikmat diberi. Ramai berpendapat nikmat itu datang hanya untuk perkara yang baik. Bagaimana dengan kesukaran dan kepayahan? Bukankah itu nikmat?

Dari mata fikiran aku, nikmat itu aku gambarkan sesuatu yang diberi untuk kesenangan, kegembiraan, pengajaran dan ilmu bagi memberi ruang aku mengingati akan DIA yang memberi. Kesukaran dan kepayahan ingin sekali aku jadikan pengajaran dalam menempuh hidup yang penuh dugaan rekaan manusia ini. Mengapa aku berkata begitu? Kerana setiap perkara yang baik atau buruk sememangnya datang terus terdetik didalam hati kita yang boleh aku katakan ilham darinya. Kita dikurniakan akal untuk menerima dan membenarkan. Sekiranya baik maka baiklah jadinya, sekiranya jahat, buruklah jadinya. Jadi dugaan ini boleh dikatakan kesukaran rekaan manusia yang membenarkan kejahatan lebih dari kebaikan.

Sememangnya dugaan adalah kehendakNya bagi memberi sedikit pengajaran kepada hambaNya. Tetapi adakah kita mensyukuri pengajaran yang diberi atau sekadar mengeluh? Ini yang mendatangkan kesukaran yang lebih dasyat kerana kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yang dimilikinya. Bila akal terganggu, tiada ketenangan menerima qada dan qadar Nya, adakah kita mampu berfikir secara waras? Tidakkah ini memberi gambaran negatif dan lebih buruk? Bukankah ini rekaan kita sendiri? 'Yang kecil dibesarkan, Yang besar dikecilkan'.

Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Jadi, syukur keatas segala pemberiaan nikmat dan kesengsaraanNya adalah jalan terbaik bagi aku menempuh ranjau dunia ini. Agar aku sentiasa bersyukur, berterima kasih atas pemberian dan pengajaran darpadaNya. Alhamdulillah.

Salam
skullsplitter

Monday, August 4, 2008

Mission Accomplish!

I'm just done with this book! What a nice story from Faisal Tehrani.

Inside this book have a story about Melaka history start from 1511 till 1515 (This date was deleted by outside historian). 1515 is the honor date of 'Kerajaan Melaka'. Nyemah, Tun Nyemah Mulya lead Nusantara Armada with 100 war ships and his 60,000 warriors to Portugal with 2 mission.
1. To bury Alfonso de Albuquerquer at Lisbon
2. To takeover Portugal

And they did it! For decade to decade. 'Kesultanan Melayu' at Europe.

Thanks for the great story and info from Faisal Tehrani.


Salam
skullsplitter

Sunday, August 3, 2008

Feeling

The feelings of unhappiness

Depression
Feel really down, like being burried alive and can barely breathe. Feel like no one cares that you feel this way and you feel lonely. You keep saying in your head “I wish I was dead” or something along those lines. Wishing someone would care that you feel this way all the time, wishing you didn’t have to hide it from the world so people will like you. Every problem you have becomes so much bigger and you get the problems outa your head no more. You can’t live your life, all you feel like doing is dieing. Don’t cry, it will hurt yourself. That’s the difference between being sad and depressed. When your sad you cry, when your depressed you hurt so the pain will subside for a little while. What we have to do is just move on. Because it's the good thing you has learn in your life. Always back to the only ONE.

The feelings of happiness

Joy
Joy, like love and truth, is a gift of Spirit. Joy, love and truth enter your being when your heart is open. Joy is the feeling of exuberance and oneness that envelopes you once you have opened to feeling your pain, learning from it, and moving through it.
Joy cannot enter your heart when you are protected against your pain. When you protect against your pain, you close your heart to avoid the pain, and joy cannot enter a closed heart. Thus, joy is the result of doing your inner work to learn to keep your heart open.

The feelings of satisfaction

Comfort
Feelings of comfort come from one or more of our five senses. Whether it is a song we hear, the taste of a favorite food, the feeling of our favorite clothes, the sight of a loved one, or the smell of garden after a spring rain, comfort stirs our hearts and emotions into a sense of safety and security. We run to special moments in our lives when we encounter any of our 5 senses of comfort memories. This is our hearts safety net for difficult times.


Hadith: Narrated by Ibn Masoud Sahih


“There is no heart that is not covered by a cloud just like a cloud covers the moon when it is shining, and so it suddenly goes dark, but when it (the cloud) goes away, it shines again [heart].”


Feeling can be unhappiness, happiness and satisfaction, but everything is come from HIM, what we can do is ran away from the 'dark cloud' which is can close our heart to a better feel. Insya'Allah.


Salam
skullsplitter

Saturday, August 2, 2008

Indah (Beautiful, Lovely & Nice)

3 perkataan yang berbeza bagi aku walaupun sebenarnya maksudnya berada didalam skop makna yang sama. 'Beautiful, Lovely & Nice'. Aku huraikan 3 perkataan ini dalam skop pemikiran aku. Mungkin berbeza dengan yang lain, tetapi skop pemikiran aku berada ditahap pemikiran sebegini. Ini cuba aku kongsikan.

Beautiful
Perkataan ini melambang keindahan yang lebih agung dari yang lain. Aku letakkan keindahan ini yang pertama dalam hidup aku, Keindahan agama yang dianuti, Islam, keindahan segalanya dari Yang ESA dan keindahan cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Aku label ini yang pertama dalam hidup aku dimana 'Islam, Allah & Rasulullah is Beautiful'. Nothing can change it.

Lovely
Aku labelkan keindahan ini sebagai keindahan cinta sesama makhluk ciptaanNya. Label ini menuntut aku untuk sayangi sesama makhluk ciptaanNya yang aku yakini bahawa tuntutan dariNya. Aku letakkan label ini dlm skop pemikiran aku tentang kasih sayang, cinta dan rindu. Tuntutan dariNya yang seharusnya aku tunaikan didalam skop pemilihan yang benar dan tulus. Pemberiaan perasaan yang aku sangat hargai dan pemberian yang seharusnya aku jaga dan jadikan platform untuk aku kecap hidup yang terlalu indah dalam tuntutanNya. Aku namakan keindahan ini didalam diary hidup aku seharian yang penuh nista ini sebagai 'Everything (World) is so Lovely'.

Nice
Nice ini aku letakkan dalam label ke-3 untuk life aku. Perjalanan jauh dan panjang yang terlalu indah buat aku, kesakitan yang menyakiti tetapi sangat indah dan nikmat pada aku, kesukaran yang berpanjang tetapi sungguh indah dan bererti pada aku dan kebahagiaan yang kekal bahagia dalam diary life aku. 'Life is Nice'


*Dalam skop pemikiran aku, 'Indah ini satu perkataan yang penuh dengan kebahagiaan tanpa ada sedikit pun kekurangan kerana kekurangan itu sebenarnya keindahan yang sebenar-benarnya yang masih belum kita sedari'

Salam
skullsplitter

Friday, August 1, 2008

Kenal Diri?

Mengenali diri. Mengapa ramai merasakan mereka telah benar-benar mengenali diri? Adakah kita benar-benar kenal siapa diri kita? Adakah kita benar-benar mendalami sifat diri kita? Bilamana dikatakan kenal diri ini, terfikir dibenak pemikiran ini adakah kenal diri ini hanya sekadar mengenali perangai, tingkah laku, apa yang dimahui, nama, sifat dan perasaan yang ada pada diri ini. Jauh disudut hati, masih jauh agaknya perjalanan kita untuk mengenali diri.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa mudah untuk kenali diri, tapi bagaimana? Ada juga yang mengatakan fahami apa yang ada pada diri maka kita mengenali diri. Tapi bagaimana untuk fahami? Adakah hanya perlu fahami? Tidak perlukah kita ketahui dahulu baru kita fahami? Bagaimana pula dengan jasad yang bergerak ini, bagaimana ia bergerak? Adakah kita kenal diri kita jika ini tidak mampu difikirkan? Persoalan yang selalu bermain diminda bila disebut tentang kenali diri ini adalah mampukah kita kenali diri yang serba daif ini. Diri yang semakin jauh untuk mengutip sisa-sisa yang ditinggalkan dulu?

Sehingga satu ketika adakah mustahil untuk kita mengenali siapa kita sebenarnya bukan sekadar hanya pada nama dan tingkah laku. Bagaimana pula dengan Sabda Rasulullah SAW ini?

“Barangsiapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya.”

Siapa sebenarnya kita ini? Siapa yang kita harus kenali ini? Adakah sifat yang kita kenali dalam diri mampu membantu untuk kita mengenali sebenar-benar siapa diri ini?

Quote from Tao Te Ching

Knowing others is wisdom
Knowing the self is enlightenment.
Mastering others requires force
Mastering the self requires strength.

Insyaallah. Sama-sama kita fikirkan.

Salam
skullsplitter

Why Permatang Pauh?

'After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband, Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election as soon as possible.'

DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

My question is:

Why Permatang Pauh not Kulim-Bandar Baharu?

&

Why to to hurry? Because only 47 days left to achieve 19 September's target?

ermmm..

Salam
skullsplitter