Advertising

Saturday, August 16, 2008

Akhirnya..

Saiful Bukhari telah melunaskan janjinya kepada semua untuk mengangkat sumpah pada hari ini. Beliau yang kali pertama muncul dihadapan media selepas menghilangkan diri selepas membuat aduan tentang salah laku DSAI kepadanya muncul bersama ahli keluarga dan peguamnya.

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mengangkat sumpah hari ini. Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa sekali sahaja oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara. Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi. Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.


“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”


......................................................................

Bagaimana dengan DSAI? Masih menganggap isu ini isu biasa? Beberapa kali cabaran dikemukakan untuk beliau mengangkat sumpah, tapi sehingga kini masih belum ada tanda-tanda beliau akan berbuat demikian. 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'. Dimana keberanian DSAI yang lantang bersuara? Mengapa masih bermain teka-teki dengan rakyat? Inikah sebabnya DSAI begitu terdesak untuk memegang jawatan sebelum kewibawaannya dipertikaikan? Silakan DSAI tampil mengangkat sumpah sekiranya anda dipihak yang benar. Rakyat juga ingin tahu. Berapa ramai lagi yang harus tertipu?

Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran. InsyaAllah.

Salam
skullsplitter

2 comments:

crazie_manic said...

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang..dah tak mengenali yang mana halal and yang mana haram.....
Kalu dah berani angkat sumpah...Mungkin kah kebenaran akan muncul...

Kita hanya mampu menjadi pemerhati..Moga Allah menunjukan jawapan yang sebenar..

Amin

Skullsplitter said...

Syahira : Tu la dia. Rakyat pun masih belum sedar lagi, dimana yang sahih dan dimana yang salah. Masing-masing masih taksub dengan agenda yang dikemukakan. Tah kemanalah pegi nilai fikiran manusia kita ini.

skullsplitter