Advertising

Saturday, August 23, 2008

Dah terhantuk, baru nak tergadah!

Lawatan mengejut Perdana Menteri yang tidak diiringi pegawai daripada dua syarikat perkhidmatan rel KTM Komuter (KTM Bhd (KTMB) dan LRT Putra (Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mengejutkan penumpang dan beberapa pegawai yang bertugas dikedua-dua syarikat perkhidmatan rel itu pada pukul 815 pagi semalam.

"Saya lihat tadi keadaan tren digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka terpaksa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, nampaknya macam tak ada sistem. Saya tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat kepuasan dan ini kena diperbaiki," katanya.

..............................................

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata pihaknya sudah membuat persediaan mengatasi masalah itu dan Syarikat Prasarana Nasional Bhd (SPNB) sudah menempah 22 set tren baru dua tahun lalu yang dijangka dapat memulakan operasi tahun depan.

KTMB juga berkata, proses membaik pulih gerabak yang dilakukannya menjejaskan jadual operasi kerana tren yang digunakan kadangkala mudah rosak, tetapi menegaskan akan berusaha meningkatkan kapasitinya sebagai 10 peratus dalam tempoh terdekat.

..............................................

Hah! Menggelabah semua!
Pak Lah harus buat kejutan sebegini lebih kerap. Mungkin cara ini mampu mengatasi kekurangan dan kesulitan yang rakyat rasai kerana pihak bertanggungjawab selalunya sambil lewa dengan perkara seperti ini, nanti yang disalahkan tetap kerajaan. Jadi, adakan selalu ya Pak Lah.


Salam
skullsplitter

No comments: