Advertising

Thursday, March 28, 2013

Si Kitul

Assalamualaikum,

Hari ini aku cuba merubah sedikit pandangan aku tentang Pemikiran Melayu Islam di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak bersetuju bila melihat gambar yang aku letakkan sebagai pemula bicara aku dalam entry kali ni. Sekali pandang mungkin ramai sudah tahu bagaimana berakhirnya coretan aku kali ini. Tapi please la, jgn sempitkan lagi pemikiran kita yang secara tidak sedar hakikatnya kini adalah pemikiran 'Jajahan Yahudi' dari pelbagai aspek. Akui atau tidak, itu HAKIKAT. Kita bukan burung yang mampu terbang kesana kemari mencari makanan tanpa menghiraukan kibaran hijau, biru disana sini dan terganggu dengan semua itu, tapi hakikatnya sbg manusia kita terganggu dengan kibaran hijau biru yang semakin hari terpacak megah disana sini sehingga pohon-pohon getah yang selama ini menjadi buruan sang pencinta Ringgit tidak lagi se-popular kibaran hijau biru. Persetan dengan getah, yang pasti bila MAU BUBAR? Mgkn selepas ini tidak perlu aku memegang senjata lingkaran hijau untuk berperang dgn desingan yang memeritkan lubang telinga lagi. Apa mau risau? Semua FREE maa.. Nak kejar Ringgit lagi untuk apa? Anak-anak aku belajar percuma, kereta sudah menjadi murah, minyak juga murah dan tentunya barangan makanan murah, bil air tidak perlu dibayar, kesana kemari tanpa wang tol lagi, segalanya mudah buat aku. Jadi cukup sekadar aku berlegar disungai-sungai memastikan pucuk paku dan siput sedut atau mgkn ikan untuk disuap kepada anak bini aku. Tiada apa untuk dirisaukan.. YE KE? Haha, si kitul PERCAYA dgn ini semua, mengapa tidak kitakan?

Biarkan mereka bermaharajalela, kerana hasilnya pada kita, itu kata mereka. Ini yang cuba aku ceritakan dari sudut pandangan kasar mata hati yg tidak ketahuan melihat lawak-lawak jenaka yang kian rancak di pelbagai platform Media Baru katanya. Mungkin lebih baik kita jadikan 4 atau 5 tahun sekali pada Mac atau April sebagai HARI JENAKA SELURUH MALAYSIA. Keterlaluankah aku? Suka hati aku la, blog aku, ada aku ganggu hidup kamu? Tidakkan? Jika kamu merasakan diri kamu adalah si kitul, aku tk bertanggungjawab, itu hak kamu untuk merasakan sebegitu, ini hak aku untuk menulis apa saja. Jgn terganggu ye? Mohon maaf jika kamu terasa. :)
 
Kamu boleh melihat sejauh mana KEMALASAN Melayu Islam kini, segalanya perlu yang mudah, segalanya perlu disuap dan segalanya adalah MENGHARAP. Org mengantuk disorongkan bantal. Makin nyenyak tidur sehingga Subuhnya bertukar menjadi Zuhur. Aku tidak katakan kamu ditindas. Aku tidak katakan kamu dihina. Aku tidak katakan kamu diusir. Aku tidak katakan kamu dipermainkan. Tetapi, sedarkah kamu, semua ini tidak mustahil? Perancangan strategik ini adalah berdasarkan kajian menyeluruh dan dikuasai oleh mereka yg pakar. Pernah dengar nilai org kita hanya RM100? Tidak aku nafikan sememangnya begitu. Jgn marah. Ini HAKIKAT seperti mana aku katakan sebelum ini. Confirm ada yg katakan ini sentimen perkauman. Bullshit. Jika ini adalah sentimen bagaimana pula sensitiviti Kalimah Allah? Tidakkah mereka lebih teruk dari aku? Pernah dengar org kita sanggup duduk semeja dengan mereka makan Khinzir dari duduk dgn orang kita sendiri makan ayam? AKIDAH dimana? Pernah dengar Majlis Agama Islam akan dibubar menggantikan Majlis Agama-Agama Malaysia dibawah satu bumbung? Ini pun tak mampu pertahan? Pernah dengar Negara Republik? Apa kamu faham ttg itu? USD300m dana? Kem Sg Udang untuk Yahudi? Penat aku nk cerita. Kome kaji le sendiri ye..

Seorang kemaruk nak Pucuk Mangga (PM), seorang lagi kemaruk nak buah Mangga dan seorang lagi tukang jolok buah dan pucuk Mangga. Apa tukang jolok dapat? NOTHING. Pemikiran kamu dah dibatasi segalanya tentang MANGGA. Sememangnya tiada lagi untung menjadi buah-buah lain kerana kini segalanya tentang mangga. Itu kamu katakan PERJUANGAN? Tiada apa lagi buat kamu kalau ini kamu katakan PERJUANGAN. Hentikanlah kononnya kecerdikan dan kepandaian kamu ini memberi manfaat buat semua. Sesungguhnya kamu telah berada didalam kotak yang ditelah DI TUTUP RAPAT.

Aku harapkan PENYATUAN UMMAH bukan PEPECAHAN UMMAH.


skullsplitter

No comments: