Advertising

Friday, March 29, 2013

Sekularisme & Pluralisme

 
Sekularisme & Pluralisme Agama, BAIK atau TIDAK (Didalam Negara Malaysia)?
 Menurut Wiki :
Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:
* Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
* Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
* Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
* Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.

Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Lihat juga Pengasingan gereja dan negara dan Laïcité.) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut kefahaman saya sebagai Manusia bukan Ulama, ini kefahaman saya tentang
Pluralism (Anak) & Sekularism (Bapak)

"Keterbukaan Agama yang menjadikan tiada satu pun Agama adalah Eksklusif untuk sesebuah negara atau Kesatuan dan ia adalah IDEOLOGI bukannya AGAMA"

Didalam konteks negara Malaysia yang berbilang Agama dan Bangsa, adakah relevan Pluralism dan Sekularism ini digunakan? Dan sekiranya ini berlaku, apa kesannya, membawa lebih kebaikan atau menjadikan agama Islam lebih kepada sekadar agama dan tiada lagi boleh dijadikan contoh ttg nilai-nilai yang baik yang Umat Islam agungkan? Fikir-fikirkan..

p/s : Dengar kata seorang pemimpin politik negara mengamalkan pluralism? Kalau benar, pemimpin ini haruskah diberi mandat memerintah? 


skullsplitter

No comments: