Advertising

Thursday, October 23, 2008

'Main-main!'

'Tuan speaker jangan main-main, ini isu serius!'

'Saya tidak main-main, saya serius.'

'Tuan speaker main-main!'

'Tidak. Saya tidak main-main. Saya katakan saya serius. Dengan kuasa yang ada pada saya, saya gantung Bukit Gelugor 2 hari dari hadir ke persidangan. Saya tidak main-main.'

'Saya tidak mahu keluar. Hep!'
.....................................................................................

'They always take me for granted. Now,not anymore.' - Pandikar Amin

....................................................................................

Ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, ketegangan berlaku apabila Karpal mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (4) semasa mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, telah menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk majlis makan malam Majlis Peguam Malaysia pada April lalu.

Pengerusi DAP itu meminta Speaker mengarahkan menteri berkenaan untuk menarik balik kenyataannya.

Pandikar Amin yang cuba bersikap sabar dan adil kepada kedua-dua belah pihak, sebaliknya menjelaskan bahawa Mohamed Nazri tidak menghina OKU.

Apabila mendapati Speaker tidak mahu mengambil tindakan terhadap Mohamad Nazri yang seperti yang dikehendaki, Karpal lalu berkata “Tuan Speaker" main-main dan tidak serius.

Sejurus selepas itu, Pandikar Amin membuat keputusan menggantung kehadiran Karpal selama dua hari daripada menghadiri persidangan Dewan.

.....................................................................................

Aku cakap. Padan muka. Terima Kasih.

Salam
skullsplitter

2 comments:

Jojoe said...

Aku rasa dari zaman aku kecik gi si karpal tu yang tak penah stop main main pun.. haih...

Skullsplitter said...

erm.. tuh la. dah kenape la orang tua tuh. aku pun dh tk faham dengan die. iskisk.

skullsplitter