Advertising

Thursday, September 4, 2008

Aku lupa.. Mana harusnya..

Malu pada setiap inci susuk tubuh ini.

Aku meminta lebih dari seharusnya aku terima.
Ada yang berkata lebih baik kayanya ilmu dari harta.

Yang pasti, aku tiada keduanya. Ada akal, tiada gunanya.
Tidak tahu mana mulanya.

Harta? Jauh sekali. Ini sahaja mampunya aku.

Tapi makhluk seperti aku juga tidak kenal erti syukur?
Entah. Aku buntu dengan bayang sendiri.
Bayang yang mengekori setiap hari, sudahnya.. masih samar.

Setiap detik, mulanya hidup aku yang baru.
Tapi, tiada ubahnya. Langsung kembali seperti azali.

Kembali pada rayu & pinta menagih sesuatu untuk kepuasan diri.
Tapi, sikit pun tidak wujud rasa puas. Entah mana hilangnya rasa itu.

Tapi aku yakin ada sedikit ruang Dia sediakan buat aku.
Mungkin belum dikosongkan ruang itu untuk aku.
Detik ini, Dia tetapkan aku baiki diri.

Lari dari menagih pada yang lain. Hanya pada Dia.
Aku terima itu. Puaskan diri hanya apa yang ada.
Hulurkan, tanpa harapan dibalikkan semula.

Aku cuba.
Pada Dia aku harapkan. Hakiki. Satu tiada dua.
Kembali pada fitrah. Itu harusnya.


Salam
skullsplitter

6 comments:

Anonymous said...

Salam...

Manusia... tak lari dari lupa... kesilapan... tapi, itu masih bukan alasan...

Alhamdulillah... setiap kita... setiap nafas pada hari ini... masih ada peluang... untuk kita baiki... utk kita jadi lebih baik... walaupun... kadang² selalu sebaliknya... harap² masih ada masa lagi...

Peliknya... kita selalu rasa... selalu berharap... yang kita diberi peluang... tapi, bagaimana yer kalau peluang tu terhenti? kita putus asa ke? kita menangis ke?

Apa² pun... back to basic... back to square one... setiap sesuatu itu ada permulaannya... mudah²an...

insyaAllah...

Skullsplitter said...

Nurin: Bila terjadi sebaliknya itu, selalu kita keluhkan, bagaimana jika sesuatu yang tidak kita ingini terjadi itu kita jadikan sebagai satu rahmat yang memberi pengajaran pada kita? Mungkin itu lebih baik.

Peluang tidak pernah terhenti, sentiasa ada dan tidak pernah berkurang. Cuma kita tidak pernah hargai peluang itu.

InsyaAllah. Ya.. Thats true. You said back to basic.. but for me.. why not if we just back to zero minded? Maybe it will help. Ermm.
Just my 2cents.

*=) @}-,--

skullsplitter

Anonymous said...

Keluhan tak semestinya menyesal... tak semestinya perkara yang tidak baik... Keluhan boleh jadi sebagai peringatan... panduan... untuk kita tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali...

Wajarkan kesalahan yang sama dilakukan berulang-ulang? Kita tak ambil iktibar ke? Sampai bila pulak?

Back to zero mind... Kita masih mencari... bukan tak boleh... possible... insyaAllah... semoga kita semua ke arah itu... hanya pada yang SATU...

Peluang memang tidak terhenti... mungkin tak ada... People always take something/someone for granted... kenapa?? Sebab dia fikir yang dia masih ada peluang... dan dia rasa peluang utk dia akan sentiasa terbuka... tapi, setiap manusia ada tahap kesabaran... ada limit!

**Harap² kita semakin dewasa, semakin tua, semakin emo, semakin sabar... dan WISER!

Skullsplitter said...

Nurin: Keluhan bukan satu tabiat yg baik. Keluhan itu saya rasakan tidak mendatangkan apa2 kebaikan. Mmg setiap perbuatan, baik atau buruknya, satu pengajaran untuk kita pelajari.. Tetapi keluhan ini satu tabiat yang membawa kepada rasa tidak syukur kepadaNya.

Peluang ini selalu ada untuk kita, cuma bagaimana caranya untuk kita meraih peluang itu, seiring dengan bagaimana kita hargai peluang itu dan bagaimana kita corakkan peluang itu agar mekar atau sebaliknya. Bagi mereka yang dianggap sebagai peluang, perlu juga berlaku proses yang sama, hargai mereka yang menjadikan anda peluang untuk mereka. Baik atau buruknya sangkaan mereka pada anda, itu sesuatu yang anda harus terima bila anda percaya peluang itu sentiasa ada.

Kemarahan ada limitnya.. Itu pandangan manusia sekarang. Bagaimana cnth terulung kita yang mengajar erti sabar dlm kehidupan seharian? Rasulullah sendiri tidak pernah mengajar kesabaran itu ada batasnya. Kesabaran itu kunci segala ketenangan.

Kesalahan berulang. Kehendak siapa kesalahan itu berulang? Tiada siapa mahu sesuatu yang buruk terjadi. Tapi mampukah kita menolak kehendakNya? Kalau saya.. Saya mampu katakan Boleh.
1. Spt diatas, sabar.
2. Terima sesuatu itu sebagai perkara yang baik belaka. kerana ia dtgnya drpdaNya
3. Amal makruf Nahi mungkar
4. Ketenangan

Just my 2cents.

skullsplitter

PANGASIUS said...

kalau nak back to basic mesti ada cara dia, kalau nak zero mind pun mesti ada cara dia. persoalannya apakah caranya itu?

Skullsplitter said...

pangasius: Itulah dia. Masih belum jumpa. Tapi aku tak putus asa. Selagi belum jumpa hakikat tu, aku terus mencari. InsyaAllah.

* Doa-doakanlah aku. Esok ada kat bangsar? Kalau ada kesempatan, aku sampai sana.