Advertising

Wednesday, May 28, 2008

Menikam Seluruh Susuk Tubuh Ini!

Salah satu buku yang aku beli bertajuk KARBALA karya Faisal Tehrani. Belum pun sempat menilik & menyelak halaman pertama, aku terpegun dengan kata-kata dikulit belakang buku ini dari penulis berbunyi,

'Tuhan, aku sungguh malu, betapa banyak dosa aku. Nabi, umat macam apakah aku ini; cucunda kesayanganmu hancur diseligi sedang aku masih solawat tanpa meratap dan menangis akan korban di Karbala ini. Nabi o Nabi, layakkah aku meraih syafaatmu di akhirat nanti andai apa jadinya di Karbala pun tak aku peduli.'

Agak sinis bunyinya pada aku, seperti panah yang datang menikam tanpa disedari tepat mengenai seluruh susuk tubuh bernyawa ini, tapi kebenaran yang disampaikan itu harus kita renungi bersama kerana setiap penyampaian mahupun yang tidak benar harus diteliti dari akar umbinya. Insyaallah.


Salam,
skullsplitter

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

adakah kita kena menangis di saat meraikan syahidnya Saidina Hussein ?

buka http://addusuqy.blogspot.com

Syahid tittle tinggi dan sahabat 4 semua syhid kecuali seorang..

Anda mahu menangis? atau gembira ?

buka blog di atas utk renungkan sejenak faisal tehrani betul ke tidak dalam tangisannya ?

salam perjuangan....

Skullsplitter said...

Terima Kasih sudi berkongsi pendapat dan ilmu.. Alhamdulillah.