Advertising

Monday, February 28, 2011

Ermm..

Assalamualaikum

Politics Mode :

Apa jadi ye dengan Wakil Rakyat di Malaysia now? 15 small elections. 11 from that meninggal dunia samada kemalangan or sakit. Al -Fatihah buat mereka. Memang mengikut pandangan kita, mahupun umat Islam ataupun agama lain, itu adalah ajal, panggilan Ilahi, akan tetapi tidakkah ini sedikit sebanyak menjadi tanda tanya kepada kita apa sebenarnya yang terjadi kepada negara kita ini? Ini merupakan sejarah besar buat negara dimana seperti terkena sumpahan pulak. Sehingga ramai ahli politik yang baru menceburi bidang ini takut terkena badi serupa. Kenyataan ini terdapat dibeberapa medium penulisan selain menjadi topik perbincangan di kedai-kedai kopi.

Itu tidak lagi dikira bekas-bekas wakil rakyat yang meninggal dunia samada penyakit kronik ataupun dibunuh. Kematian mereka ini seperti tanda atau amaran buat kita Umat Nabi Muhammad S.A.W bahawa dunia kian berkocak dan isu ini merupakan masalah buat negara kita dimana pemimpin-pemimpin kita menghembuskan nafas terakhir dahulu sebelum kita.

Jika dibandingkan dengan negara luar, tidak kurang hebatnya apa yang terjadi di negara Mesir @ Egypt. Pemimpin digulingkan. Seperti juga yang terbaru di Libya. Rusuhan berlaku memaksa presiden nya meletak jawatan.

Saya tidaklah musykil tentang hal ini bila memikirkan ini semua adalah takdir yang ditentukan, apa yang telah tertulis. Cuma sekadar jika ini kita jadikan teladan dan peringatan bahawa kita hanya sementara didunia ini, entahkan esok atau lusa, tiada siapa tahu. Persediaan yang perlu untuk dibawa pulang.

p/s : Saya menyokong saranan Menteri Kesihatan agar semua wakil rakyat yang bakal bertanding agar membuat pemeriksaan kesihatan sebelum layak bertanding. ;)


skullsplitter

1 comment:

Hazard Ali said...

Hurm.

FEBRUARI 28, tolak APRIL 29 = DUA BULAN!!!

Come on bro.. u used to do better. ;)