Advertising

Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah Ramadhan 1

Assalamualaikum.

Sedikit ilmu untuk dikongsi. Sebuah cerita tentang alam yang mana kita semua akan sampai disatu masa nanti, yaitu di padang mahsyar. Padang mahsyar adalah satu tempat dimana semua manusia yang pernah hidup dimuka bumi dari nabi Adam sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dikumpulkan. Pengetahuan kita kepada alam yang akan kita lalui nanti amat perlu kita ketahui secara detail, diantara yang patut kita tahu tentang peristiwa dipadang mahsyar ialah tentang Mahkamah Ilahi, disinilah segala perhitungan akan dijalankan bagi setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi, yang mempunyai ciri berakal dan baligh. Bagi manusia yang mati sebelum baligh, cacat akal sejak kecil, gila sejak kecil akan selamat dari mahkamah ini, dan juga beberapa golongan orang beriman yang mempunyai ciri-ciri amalan tertentu tidak akan dibicarakan dan masuk syurga tanpa hisab (perhitungan).

Terdapat tiga mahkamah dipadang mahsyar, iaitu:

1. Mahkamah antara iman dan syirik.
2. Mahkamah pembicaraan hak antara sesama manusia
3. Mahkamah pembicaraan hak antara manusia dengan Allah

Hakim bagi mahkamah ini adalah Allah SWT sendiri. Dia adalah hakim yang maha adil, maha mengetahui, maha cepat perhitungan, tidak ada satu apapun yang terlepas, tidak dianiaya walau seorang pun, kesemua amalan dan perbuatan akan diperlihatkan, walaupun amal tersebut sebesar zarah, tetap akan diperlihatkan. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka pekerjaan mereka , "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat nya pula" (Al-Zalzalah:6-8).

Mahkamah pertama iaitu antara iman dan syirik, dalam mahkamah ini tidak ada pengampunan dari Allah, yakni barang siapa yang didapati beriman dia akan lepas. Tetapi barang siapa yang mati dalam keadaan tidak beriman atau kafir maka selepas keluar dari mahkamah pertama, segala amal baiknya sewaktu didunia tidak bernilai dan menjadi seperti debu yang beterbangan dan tidak berguna langsung, dia akan menjadi penghuni neraka kekal selama-lamanya.

Mahkamah kedua adalah pembicaraan antara hak-hak sesama manusia, dalam mahkamah ini tuntut menuntut hak akan terjadi, anak akan dakwa ayah, isteri akan dakwa suami, jiran akan dakwa jiran begitulah seterusnya. Hak yang dituntut adalah hak yang gagal ditunaikan semasa didunia dahulu, pada waktu ini anak dan isteri akan menjadi musuh bagi seorang bapa, jika didunia dia gagal menunaikan hak-hak mereka. Sewaktu didunia si ayah tidak mendidik anak dan isterinya dengan agama, si ayah tidak mencegah anak dan isterinya yang tidak solat, puasa dan macam-macam. Hak inilah yang akan dituntut, si anak akan berkata bahawa ayahnya telah mengabaikan tanggung jawab dengan tidak memberi nasihat dan pendidikan, jika dia tinggal solat ayahnya hanya diam saja selamba. Disini ayahnya akan terperangkap. Berbagai-bagai peristiwa akan terjadi disini, berbagai peristiwa yang berlaku diceritakan dalam al-quran dan hadist nabi secara detail. Pada waktu ini manusia yang tidak beramal akan menyesal, banyak hak-hak manusia disekeliling yang gagal ditunaikan, maka disini pembicaraan akan menjadi sangat sulit dan complicated. Ada yang lepas dan ada yang tidak lepas. Yang paling teruk sekali adalah orang yang muflis, dimana dia mati dengan membawa amal yang banyak, tetapi disebabkan akhlaknya yang buruk yang suka menindas dan menyakiti sesama manusia, maka orang ramai akan menuntut darinya, hak yang dituntut akan dibayar dengan nilai pahala mengikut perkadaran. Sehingga akhirnya, pahalanya habis licin, tetapi masih ada lagi orang yang datang menuntut, maka tidak dapat dibayar, dengan sebab itu dosa si penuntut akan dipindahkan kepadanya. Dan akhirnya dia menjadilah orang yang bankrup dari pahala dan menanggung banyak dosa dari pemberian orang lain.

Mahkamah ketiga adalah mahkamah yang membicarakan tentang kesalahan, dosa diantara manusia(islam) dengan Allah. Disini semua perkara tentang hak Allah akan ditanya, tanggungjawab dalam ibadah dan sebagainya yang berkaitan antara manusia dan Allah. Dalam mahkamah ini Allah swt akan membukakan pintu pengampunan dan rahmat seluas-luasnya. Terlalu banyak dosa-dosa manusia yang berjaya mendapat keampunan dengan kerahimannya dan sifatnya yang maha pengampun. Allah swt akan mencari-cari sebab-sebab dari amal baik dari hambanya dahulu supaya dia mengampunkannya. Allah swt sangat suka mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya, Maha mulia Allah, maha penyayang, dan maha kasih sayang. Terlalu ramai yang lepas dalam mahkamah ini, dengan sifat Allah yang maha rahim, tetapi ada yang tidak lepas dan terpaksa juga masuk neraka kerana tidak ditemui satupun yang boleh dijadikan sebab supaya Allah mengampunkannya. Ini adalah golongan manusia yang sangat-sangat malang sekali. Samalah seperti 1000 orang peminta sedekah dengan seorang dermawan, 999 orang mendapat sedekah darinya, sedang seorang lagi tidak dapat... memang sangat malang sekali yang seorang itu. Meskipun terdapat ramai manusia yang lepas dalam pembicaraan ini tetapi semasa dibicarakan ia merupakan situasi yang sungguh-sungguh mencemaskan.

Wahai teman-teman, buatlah persiapan amal sebelum mati, Nabi saw memberitahu bahawa

"Orang yang paling bijaksana adalah orang yang selalu ingat mati dan membuat persiapan untuk menghadapi kematian... Muka-muka (orang-orang yang beriman) dihari itu berseri-seri. Mereka dapat melihat tuhan mereka. Dan muka-muka (orang-orang yang ingkar, kafir) dihari itu muram. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya mala-petaka yang amat dahsyat." (Al-Qiyamaah:22-25)

"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran , maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami."

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran 3:104)

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah:261)]

Insyaallah..


Salam
skullsplitter

2 comments:

Honeydy Love said...

assalammualaikum.. this is a good post...:)
semoga Allah menenangkan hatimu dari segala kekusutan di bulan ramadhan ini. Amin.

Skullsplitter said...

insyaAllah.