Advertising

Wednesday, February 4, 2009

Panas.. Panas..


Beberapa bulan nih, tersenyum girang sambil duduk diatas kerusi empuk memikirkan beberapa tahun lagi yang ada untuk berkuasa keatas jajahan.

Hari ni, kerusi yang dahulunya dirasakan empuk dan selesa kembali panas dek terbakar perbuatan pakatan sendiri. Datuk Seri tak dok diam hari ni ya.. Sabar je la.

Terbukanya kisah rasuah seks di negeri perak baru-baru ini, telah sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi dikalangan rakyat tentang kepimpinan yang mereka pilih pada pilihanraya lepas. Keyakinan sedikit sebanyak dah lusuh dek penangan pemimpin yang terlibat dengan perkara terkutuk seperti itu. Tapi bak kata semua, Nabi pun ampunkan umatnya, apalah sangat kita untuk tidak memaafkan perbuatan tu kan? Kembali reda.

Timbul pula baru-baru ini isu berpaling tadah Nasarudin Hashim, ADUN (BN) Bota kepada PKR. Kononnya apa yang dilakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Erm.. siapa pula ya yang dikatakan merajuk tidak diberi jawatan ketua bahagian sehingga sanggup berpaling tadah. Oh! Mungkin disana diberikan jawatan, pangkat dan harta. Bagaimana mahu berkhidmatkan.. kalau tiada jawatan? Apa yang nak terpacul dimulut aku sekarang adalah.. BULLSHIT!

Beberapa hari lalu, berita kehilangan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) yang dikatakan diculik dan ditempatkan di rumah Dato' Seri Najib Tun Razak di Pekan Pahang dibawah kawalan ketat ATM. Terdengar juga kehadiran BPR dirumah Najib. Ada yang mengatakan ini strategi Najib dengan mengugut dua ADUN ini untuk menyertai BN. Tapi bagi aku, dimana logiknya perkara ini? Culik? Bodoh juga BN kalau arahkan penculikan ini. Tak mungkin paksaan wujud disini dan Dato' Seri jadikan rumahnya sebagai tempat menyorokan dua ADUN ini. Tak ke bodoh namanya tuh? Apa yang aku dapat simpulkan dekat sini, ini adalah kerelaan kedua-dua ADUN itu sendiri untuk berjumpa dengan Najib bagi menyatakan hasrat menyertai BN. Ini dah terbukti bila kedua-duanya keluar dari parti Pakatan beberapa hari lalu.

Hari ini pula.. Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini. Mungkin ini satu petunjuk buat pengundi bahawa pemimpin didalam sendiri sudah muak dengan kepimpinan yang telah banyak menabur janji tapi tiada satu pun ditunaikan lagi.

Aku berasal dari Perak, lahir disana, aku sayang akan negeri aku. Aku hormati keputusan semua untuk memilih kerajaan baru di Perak pada pilihanraya yang lepas, tapi selepas beberapa bulan, aku dah mula rindukan pentadbiran lama. Dimana hak aku sebagai rakyat di negeri Perak?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ni berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN. Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Kita tunggu dan lihat.


Salam
skullsplitter

No comments: