Advertising

Thursday, February 19, 2009

Aku Bermadah..

Taken from Google

Aku bermadah pada hati,
Adakah benar itu dia,
Tiada sedetik kata dirasa,
Lebar bukaan, seperti sekuntum senyuman.

Aku bermadah pada akal,
Adakah benar itu dia,
Tiada terlintas secebis ilham,
Sekadar terbit sebutir harapan.

Aku bermadah pada anggota,
Adakah benar itu dia,
Tiada tergerak walau seinci cuma,
Terpaku diam penuh rahsia.

Aku bermadah pada semua,
Adakah benar itu dia,
Seperti sedianya tetap sama,
Tiada sedikit tunjukkan rasa.

Asmaraloka. Tiada carian, tiada bahan.
Aku bermadah pada diri.
Aku masih jauh.
Jauh dari yang jab.
Seperti perencana, mari susunkan ia.
Agar ia tidak tafrith.

Salam
skullsplitter
This poem strictly create by the owner of the blog (Copyright © 2009 skullsplitter. All rights reserved)

12 comments:

Redbloodsnow said...

uiiii...pandai gak ko buat madah berhelah neh ek :)

nice²

Skullsplitter said...

Haha. Tkde mende pun. Sekadar luahan biase. Tk sehebat org lain. =)

skullsplitter

viruze-ping said...

abg bg la ckit karya utk dinner wawasan year book

Faisal Admar said...

Omg. This is great! Tak tahu pula pandai bermadah.

Good work.

Skullsplitter said...

Farah JB - Alah karya tk seberapa nih, cam segan nk letak dlm year book. Tapi actually dlm blog nih pun ade at least 10 kot pernah karang poem camni. Tgk2 la. Ade yg berminat, ambik la. =) Or you want me to sent it by email? =)

Skullsplitter said...

Faisal : Haha. Takde la pandai bermadah. Biase2 je. But teringat mase sekolah dulu kat Tarp, aku Presiden Persatuan Bahasa Melayu. Hahaha. Cam kelakar plak. Anyway thanks. =)

skullsplitter

ixora said...

madah pn madah jugak..jgn lupa keje sekolah kat blog Xora tuh...huhu...

fossil2510 said...

saya pun presiden bm gak dulu kat skolah..piz!!
tp saye byk merapu la. huhuhu~~

Skullsplitter said...

Xora : Erk. Ala. Xora bg keje skolah ke? Tk buay leh kene rotan ke? Hahah.

skullsplitter

Skullsplitter said...

Gin : Huhu. Berkilatnya fossil. =) Cntk nye jam awk. Sape pilih tuh? Iskisk. Terer betul org itu. Hahaha. Kita serupa, merapu lebih mase jd presiden. haha.

skullsplitter

zara said...

Deep.
and
Interesting.
..nice..

Skullsplitter said...

zara : u got it rite? =)

skullsplitter