Advertising

Wednesday, January 21, 2009

Filem kita 'Mandom'?

Taken from flickr

Pernah dengar perkataan 'mandom'? Ntah la, aku sendiri belum pernah jumpa didalam mana-mana kamus dewan bahasa perkataan ini, tapi kefahaman aku lebih kepada suram, muram & lesu. Itu yang aku fahami. Berbalik pada cerita sebenar, adakah filem dinegara kita semakin 'mandom'?

Melihat pada perkembangan filem di Malaysia, secara jujur boleh kita katakan yang kita semakin maju dari segi teknologi perfileman walaupun 'agak' ketinggalan lebih dari 10 tahun kebelakang dari negara lain. Tapi apa yang saya rasakan disini itu bukan alasan untuk kita terus tunduk pada fakta itu. Secara logiknya, Indonesia, Thailand dan Filipina sendiri lebih banyak ketinggalan dari sudut ini, tapi mengapa hasil filem mereka lebih hebat dari kita?

Mungkin tidak layak untuk aku mengeluarkan kritikan kepada industri filem kita kerana boleh dikatakan hanya setahun jagung bergelumang didalam industri yang tidak pernah 'mati' ini. Tetapi mungkin sekadar sedikit pandangan dari mata kaca yang melihat bagaimana industri kita bergerak dan digerakkan.

Pandangan kecil aku industri filem kita boleh maju setaraf dengan yang lain cuma perlukan sedikit perubahan dan research yang lebih mendalam dalam menghasilkan sebuah filem. Teknologi bukan sesuatu yang boleh dibangga jika kualiti isi cerita tidak langsung menghasilkan impak pada penonton. Ramai mengatakan bahasa menjadi punca utama filem kita tidak diterima dinegara lain tapi bukankah itu hanya alasan? Mengapa filem Thailand, India etc boleh menembusi pasaran dunia? Sebagai contoh, filem Slumdog Millionaire hasil kerja dari India mampu memenangi
Golden Globe Awards untuk Best Motion Picture - Drama, Best Director - Motion Picture (Danny Boyle), Best Screenplay (Simon Beaufoy) dan Best Original Score (A. R. Rahman), dan lima Broadcast Film Critics Association Awards. Dimana silapnya kita?

Ada yang mengatakan filem kita dikawal oleh adat dinegara ini yang menyekat kebebasan berkarya dimana hasil karya yang dibuat tidak sehebat mana bila tiada adegan yang mampu menarik penonton dari negara lain untuk menyukai hasil kerja kita. Ini juga satu alasan yang aku rasakan harus dibuang jauh. Filem Bollywood juga mengetengahkan adat mereka didalam berkarya malah lebih extreme dari filem kita. Tapi bagaimana filem mereka mampu menembusi pasaran luar? Adat seharusnya dijadikan satu perkara yang unik dalam memperkenalkan budaya yang ada dinegara kita, bukan dijadikan alasan utk tidak bebas berkarya.

Budget. Ini juga dikatakan satu masalah buat penggiat filem kita dari menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Ini juga aku labelkan sebagai alasan yang tak boleh diterima. Kerana pada aku Quality is Better than Quantity. Budget bukanlah satu masalah bagi menghasilkan filem yang menarik dan berkualiti, hasil alam yang dikurniakan ini sudah mampu menceritakan apa saja isi cerita yang kita mahu utarakan, cuma kreativiti, research, keinginan yang mendalam dan kesungguhan dalam menghasilkan filem itu yang lebih penting. Ini kerana tanpa semua ini, pemikiran kita tidak sentiasa berkembang untuk menghasilkan yang terbaik.

Bukan tiada langsung hasil kerja kita diiktiraf diperingkat antarabangsa, seperti filem-filem Yasmin Ahmad yang telah byk memenangi anugerah diperingkat antarabangsa dan beberapa lagi penggiat filem secara underground tetapi setakat ini sahajakah? Bila lagi Penerbit, Pengarah & Pelakon kita nak berjalan diatas karpet merah sebagai calon untuk anugerah di pentas Academy Award, Golden Globe etc? Kita perlukan perubahan.

Mungkin ramai yang berpandangan bahawa ini hanya satu kritikan yang tak harus diendahkan, tapi percaya setiap kritikan jadikanlah ia sebagai tangga untuk membina satu pembaharuan dalam memartabatkan industri filem kita dimata dunia. Kita mampu untuk menyaingi mereka, cuma sedikit usaha yang lebih, kita mungkin setaraf dengan mereka satu hari nanti. InsyaAllah.

Hanya pandangan dari sudut hati aku yang inginkan sesuatu yang segar dari penggiat filem kita dan mungkin dari diri aku sendiri satu hari nanti. Mungkin. Siapa yang tahu. =)

Just my 2 cents.


Salam
skullsplitter

1 comment:

CAHAYA said...

Haha. Best btol topik ni. No wonder encik Eddy YM soh baca. Hehe. :) Ops!

Tempoh hari, Cahaya terbaca dalam PancaIndera ttg filem2 yang bakal ditayang dalam awal tahun ini. Boleh dikatakan, nak nanges pun ada. Bukan pasal best sangat. Tapi 'best'lah sangat. Cerita² lawak untuk kanak2 ade la. Dan tiba masanya kita berhenti untuk produce cerita2 seperti itu.

Tapi kalau nak jugak, sama la taraf dgn cerita The Beginning, Zack and Miri Make A Porno, Knocked Up dan beberapa cerita Hollywood yang lebih kurang sama dengan apa yg di'preview' oleh PancaIndera aritu. Bezanya cuma satu, mereka menggunakan lawak kotor lucah yang sememangnya YUCKS!

Dalam akhbar yang sama, sebok cerita pasal 'Anu itu'. Suka je kan nak filem2 propa. Pastu blom tentu bleh lepas tayang. Pastu lagi sekali buat propa, merayu2 dalam sotkabar soh keluarkan cerita dia. Bleh tak?

Pasal bajet tu satu hal lah. Kita nak cakap filem kita pakai juta2, billion2. Tapi hasil, sama je pakai beta. Boleh? Orang kadang2 tak heran pun dengan ape efek2, jalan cerita yang tak muving tu, rasa nak nangis je sebab bayar rm6++ menonton kat wayang.

Tapi, takdelah Cahaya suruh buat filem 'berat' je. At least, bagi lah tercabar sket orang lain dengan storyline yang luar dari biasa. Jemu kan biasa? Tapi, jangan plak tak logik, or pastu mimpi. Ntah ape2ntah. Orang tak bayar untuk tahu mimpi orang la. Cukup dengan mimpi sendiri.

Kalau Indonesia, taktik lebih kepada penceritaan dan gambar yang cantik! Filem dia ada cerita, yang kita tak terfikir pun nak buat. Kan? Pastu ada plak hero dan heroin yang bercinta dan promosi mereka masa filem tu belum keluar, tersangatlah GRAND. So, sold out!

Kalau Filipina, nanges je dari awal sampai akhir. Kisah kesusahan orang lain, penderitaan, memang menarik kot. Penindasan tu buat cerita tu best. Then, bangkit semula. Still, sold out.

Kalau Thailand, hantu hantu hantu. Citer lain, boleh la. Tapi kalau hantu je, memang seram. Seriau.

Still, Malaysia boleh lagi dasyat. Tapi memerlukan 'fikir' sikit lagi je. Kaji taktik2 negara lain. Macam Bollywood tu, Hollywood tu. Uish. Best!