Advertising

Sunday, December 7, 2008

Bumi Bersuara

Episode 1

30 November 2008, dua beradik maut tertimbus apabila banglo setingkat di Ulu Yam Perdana, Kuala Kubu Bharu. Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, Nur Athirah Roslan, 16, dan adiknya, Nur Intan Shareena, 9, sedang tidur di bilik mereka di bahagian belakang rumah, ketika cerun setinggi 30 meter dan lebih 300 meter panjang menggelungsur lalu menimbus sebahagian besar rumah mereka.

Episode 2

4 Disember 2008, 11 kereta tertimbus & 300 kakitangan CIMB Group diarah meninggalkan bangunan dalam kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta bangunan Amanah Raya Berhad dan CIMB Commerce Square di Jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara, di sini, semalam.

Episode 3

Taman Bukit Mewah, Hulu Klang, awal pagi semalam, 14 rumah banglo mewah di lereng bukit taman berkenaan ranap, mengakibatkan seorang masih tertimbus, manakala 23 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

....................................................................................

'Bila bumi bersuara, tunjukkan kuasa Dia Yang Esa, mengapa masih lalai dan leka?
Biarkan hati & minda terbuka, hanya jiwa yang merdeka dari kaca mata dusta,
Tapi iman jauh tertinggal dalam hidup yang nyata.' - skullsplitter

Dari isikata lagu ini, fikirlah secara terbuka.

'Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang'



Al Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh mereka. Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar buat kita yang tinggal. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang.

Salam

skullsplitter

4 comments:

noor said...

The whole nite I kept pinching myself so that that was a just a dream bad dream...Astarofirrullahalazim...Alfatihah...

Skullsplitter said...

Hi noor! Thanks for visiting me. Ya.. It's like a bad dream to everybody. What we can do now, just pray for them and make this 'bencana' as a lesson to us. InsyaAllah.

**Welcome to my blog! Will put you into my blog list.

skullsplitter

zamspotte said...

innalillahiwainnailaihi raajiun...

Belajar dari pengalaman orang lain...

Skullsplitter said...

zam : Yup. Manusia tk pernah nak belajar. Tidak pernah jadikan ini sebagai pengajaran. Bukan sekali atau dua, telah byk petanda diturunkan, tapi kita masih alpa & leka. Kita masih belum sedar dari mimpi dunia.

skullsplitter