Advertising

Monday, September 15, 2008

Ironinya politik PR!

Tepat jam 12 mlm, September 16, 2008, kerajaan baru akan terbentuk? Atau hanya angan dan impian seorang pemimpin yang hanya bercakap kosong?

Episode 1
Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, mendakwa 'temberang' Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pecah apabila beliau mengakui terpaksa menangguhkan hasrat mengambil alih kerajaan pada 16 September ini.

"Saya tidak terkejut, cuma saya hendak ketawa sekarang...bukan saya menidakkan peranan mereka atau saya berpihak kepada Barisan Nasional (BN) tetapi ini adalah fakta," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Episode 2
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan polis meluluskan permohonan permit satu perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor, malam ini.

Perhimpunan itu dikatakan bertujuan menyambut hari penubuhan Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Episode 3
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar, berkata pembentukan sesebuah kerajaan seharusnya menerusi proses pilihan raya dan bukan melalui 'pujukan' atau dengan wakil rakyat melompat parti.

Pakar sejarah dan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, pula meminta Anwar memikirkan masa depan rakyat dan negara serta tidak bermain politik dengan menonjolkan diri sebagai wira sehingga ke tahap keterlaluan.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, melihat tindakan Anwar sebagai tergesa-gesa dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

........................................................

Mengapa saya katakan ironinya politik Pakatan Rakyat ini? Kerana cakap kosongnya. Lihat dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Bukan melihat seperti katak dibawah tempurung.

Cakap kosong ini memakan diri. Semuanya kini mempertikaikan. Dimana kewibawaan pemimpin PR ini? Adakan perayaan 16 sep untuk Hari Malaysia bagi menutup pekung yang telah terbuka? Mengaburi penyokong mereka? Janji hanya tinggal janji.

Perang psikologi ini dah semakin lapuk selepas apa yang terjadi. Dari campurtangan US, kembali kepada kes liwat, kini penangguhan penubuhan kerajaan baru pula. Sampai bila rakyat mahu tertipu? Fikirkanlah apa yang patut untuk kita. Bukan angan dan impian sahaja, tapi realitinya.

Salam
skullsplitter
*Kasih.. I'll wait. Dun worry. =)

7 comments:

love-n-hate said...

hmm... lagi sekali... love-n-hate tak reti nak komen politik... so, ini pandangan salah seorang rakyat jelata... dari jauh... :)

diorang cakap dah cukup... nak bentuk kerajaan... dan2 17sept plak... ntah lah! kita tunggu je la...

Lagi satu... di malaysia... people vote for party dan bukan untuk orang... mane aci lompat parti dan paksa kita pilih dia plak... if that so... pilih la lagi sekali... undi lagi sekali... kalau ada berani la kan???

**akhir kata, sorry, i tak reti politik... ni pandangan rakyat jelata...dr kejauhan..

Skullsplitter said...

Nurin: Tkpe. Setiap daripada kita tetap ada pandangan masing2.. Sebagai rakyat. Saya juga.

Kerajaan angan-angan tuh tk mungkin berlaku. Kekecohan dan perang psikologi je.

Pasal lompat parti. Ini mmg satu tindakan yang bodoh sekiranya berlaku. Mmg rakyat vote for party. Not individu.

**Kita sama. Sekadar luahan dan pandangan seorang manusia dan rakyat biase.

love-n-hate said...

hmm.. elok la tak jadi... sakit je kepala... lepas baca post ni... tidur terus mimpi bangun² je dah bukan negara sendiri... huhuhu... takut!

Skullsplitter said...

hehe, tkpe. abis kuat pun negara US takeover cam ape yang terjadi pada Iraq. Itu dari segi rampasan kuasa. Kalau secara senyap, pinjaman kepada IMF kemudian tk mampu bayar? Jadilah kita macam Indonesia. Alaa.. Ape la sgt.. bukan ke kite yg nkkan perubahan. erm.. kite semekan pandai.. erm.. =) huhu~


skullsplitter

love-n-hate said...

yeah! kalau tak berubah... kata tak maju... kalau berubah sampai macam tu... biarlah kalau org kata tak maju... dr menumpang di tanah sendiri... huhuhu

Skullsplitter said...

erm. mungkin ada yang kata itu pendapat sahaja.

Tapi bila dikaji dan dilihat secara meluas, mengapa perlu berjuang untuk mengejar jawatan PM itu? Tidak bolehkah berjuang kepada perkara yang sebenar-benarnya? DSAI di Parlimen sekarang. Mengapa tidak bersuara disitu kiranya dia mmg tahu kelemahan kerajaan? Jika apa yang dia katakan nanti benar, tk mungkin ahli parlimen tidak bersetujukan? Jadi, perjuangan ini bermacam-macam. Mengapa perlu jadi PM baru nk berjuang? Bukankah ini ada kepentingan?

skullsplitter

love-n-hate said...

gila nak menggunakan kuasa... bukannya gila nak majukan negara pun....

**fikir² lerr..