Advertising

Monday, September 15, 2008

Datuk Zaid Ibrahim in the house!

Episode 1
Saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan atau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa, tidak harus dilayan.

Sambil menganggap kenyataan itu sebagai tidak wajar, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan kuasa bagi memberhentikan Menteri hanya terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jawapan Datuk Zaid:
Saya tidak mencadangkan atau menyuruh Perdana Menteri memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saranannya supaya tempoh peralihan kuasa dipercepatkan.
"Saya kata, dalam sistem Kabinet, kalau kita tak setuju dengan Perdana Menteri, kita berhentilah," katanya.

Episode 2
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, semalam menyatakan kesediaan dipecat atau diarah meletak jawatan daripada Kabinet jika kerajaan terus melakukan tangkapan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap kes bukan membabitkan anasir komunis dan pengganas di negara ini.

Katanya, beliau tidak dapat menerima alasan penggunaan ISA yang diberikan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan membantah tangkapan dibuat mengikut ISA kerana undang-undang itu menimbulkan lebih banyak masalah dan tidak membawa keadilan.

Episode 3
Lim Guan Eng bersetuju Datuk Zaid meletak jawatan dari menteri dalam kenyataannya di TV3 selepas melawat Teresa Kok di Bukit Aman.

..........................................................................

Ini kisah Menteri yang sorang nih! Pandangan aku : Ikutkan sangat perasaan tuh! atau ada udang disebalik batu.

Bukan mempertikaikan kewibawaan seseorang dalam perkhidmatan keatas kerajaan persekutuan. Tapi aku lebih kepada isu dimana mengapa baru sekarang timbul semua ini? Dulu? Mengapa tiada yang bersuara? Tidak salah menyatakan pandangan. Tapi dalam keadaan sebegini mengapa perlu dikeruhkan lagi air sudah dikotori ini?

Dari segi pandangan tentang ISA. Ya, memang tidak salah mempertikaikan dan memberi alasan polis dan tentera masih mampu menjaga keamanan negara ini. Tetapi, dalam isu ini, Perkauman, polis dan tentera boleh memainkan peranan, tapi ditahap mana? Ini isu yang besar, dan telahpun diberi amaran. ISA satu-satunya badan yang saya rasa mampu menutup dan menyiasat tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Tidak lihatkah bagaimana sekiranya polis dan tentera yang mengambil alih kes sebegini. Balai polis pun diserang. Sekurang-kurangnya ISA ini badan yang mampu tangani semua ini. Fikirkanlah!

Salam
skullsplitter

11 comments:

jojoe said...

Yup yup,exactly macam yang aku pikir.
pelik kan pemimpin melayu. dari zaman dato onn, tak abih2 majuk n letak jawatan. tak pikir rakyat ke?

Bout the 916 (PKR take over putrajaya), aku masih nak tunggu sampai 17 september untuk komen apa2. hahaha...

love-n-hate said...

Hmm... tak tahu sangat pasal politik negara ni... tapi sama je dengan politik ofis atau keluarga...

Biasanya... kalau tetiba enter frame macam ni... ada 2 sebab la macam encik skulls cakap... 1, mungkin memang pasal overacting... 2, jeng jeng jeng... manalah tahu kan... :)

Yang ini suruh itu letak jawatan, yang itu suruh yang sinun plak letak jawatan... Ahahah... lawak btol... ape kata duduk diam² je sudaaa... sker sgt enter frame... ada org tanya?? Nak glemer la tu...

pasal 916 ni pun satu la... ada ke idak?? Ari ni dah 916 dah... takpe ade lagi lebih kurang 18jam....

**wait n see... hopefully, bila ku pulang... namamu masih Malaysia..

Skullsplitter said...

Jojoe: Erm. Merajuk tu satu kemestian. Untuk melihat sejauh mana kepentingan beliau. Itulah pemimpin 'Melayu'. Agak kasar, tetapi itu hakikat.

Kerajaan baru ni, tk mungkin wujud. Dengan isu liwat yang belum tamat, tk mungkin rakyat nak jual maruah negara ni. Itu pun kalau kita semua berfikir secara rasional.

skullsplitter

Skullsplitter said...

Nurin: Sebab tuh semestinya ada. Nak tarik perhatian pun mungkin atau pun dah mula menunjukkan belang dan tunjukkan kepura-puraan selama ini.

Sebenarnya, semua pemimpin kerajaan sekarang itu panas pu*****g. Dek kerana perang psikologi yang dilancarkan Anwar untuk membentuk kerajaan baru. Masing-masing takut untuk tinggalkan jawatan, itu ada yang berani menentang. Sekurang-kurangnya, selepas ini, bila Anwar naik, mungkin ada jawatan untuk mereka kerana menyokong Anwar. Erm. Entah.

skullsplitter

love-n-hate said...

tadi ada baca dalam malaysiakini... yang mereka dah ada jumlah... sejauh mana kebenaran... tunggu je la esok!

**dia cakap budi baik Zaid tu akan dibayar... mungkin Zaid teringin nak jadi ADUN kot...

**adoi... maaf, saya tak reti politik!

pemudakampung said...

Kenapa sekarang baru nak bersuara?
Kenapa sekarang baru nak meletak jawatan?
Kenapa sekarang??

adakah si polan ini terbabit di dalam racangan DSAI untuk mentadbir negara?
si polan saja bermain api,supaya beliau dapat keluar dari BN?

hm...
pasal 916?
apa tu? Peralihan kuasa?
Ingat emas 916 ka?
Berada di tangan tuan punya,
kemudian boleh di gadai ?

Ini Malaysia!!!
Perlembagaan,berdemokrasi...

duh~
iam out... argh!~~~~
all this nonsense make me sick!~
bwek~~~


salam,
pemudakampung

Skullsplitter said...

Nurin: Jumlah? Isk. Kalau ade pun. Mane boleh gulingkan kerajaan cam tu je. Kita ade polis dan tentera yang masih menyokong. Ape la dorang ni.

**Dato' Zaid tu mungkin menyatakan pandangan tulus dari hati. Tapi dlm keadaan sekarang ini, pandangan beliau itu akan dipandang sebagai pembelot bg BN. Erm. Entah..

Saya pun tk pandai politik.

skullsplitter

Skullsplitter said...

pemudakampung: Inilah yang dinamakan politik murahan. sanggup menjaja nama untuk populariti. ramai ke orang yang kenal Datuk Zaid ni sblm ni? Erm. skarang. dah ramai kenal. tk ke popular. Atau mungkin ada sesuatu yang disembunyi.

916. erm. simbolik bagi perang psikologi kalau tanya pada saya. itu pandangan. cuma war-warkan berita agar semua menggelabah. dh jadi dah pun. bertikam lidah sesama sendiri kerajaan yang ada skarang ni. itulah motif Anwar.

Jgn tensen. Ilek. politik je pun.

skullsplitter

love-n-hate said...

ari tu kata 916... semalam kata 917... lepas ni ape la plak kan??

**huhu... dah² le tu

Skullsplitter said...

Ntah la. Katanya dah hantar surat pada AAB untuk bertemu untuk peralihan secara aman. Tapi AAB berkata, sblm bertemu beliau, umumkan 31 orang yang akn mengikuti beliau itu kepada umum, barulah dibincangkan kemudian peralihan itu, tetap berdalih lagi.

Dah tk sanggup nak tunggu dah ni. Byk sangat konspirasi kat sini. Berapa byk lagi nk tabur janji. Entahlah.

skullsplitter

love-n-hate said...

hmmm dah takde bahan la tu... ntah² takde nama... sejak bila plak dia pandai kaver² ni... selalunya kalau ada... bukan main pot pet mulut dia...

**ada plak kesabaran dia di situ... kesabaran atau sebenarnya... takde ape² pun!