Advertising

Friday, August 1, 2008

Kenal Diri?

Mengenali diri. Mengapa ramai merasakan mereka telah benar-benar mengenali diri? Adakah kita benar-benar kenal siapa diri kita? Adakah kita benar-benar mendalami sifat diri kita? Bilamana dikatakan kenal diri ini, terfikir dibenak pemikiran ini adakah kenal diri ini hanya sekadar mengenali perangai, tingkah laku, apa yang dimahui, nama, sifat dan perasaan yang ada pada diri ini. Jauh disudut hati, masih jauh agaknya perjalanan kita untuk mengenali diri.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa mudah untuk kenali diri, tapi bagaimana? Ada juga yang mengatakan fahami apa yang ada pada diri maka kita mengenali diri. Tapi bagaimana untuk fahami? Adakah hanya perlu fahami? Tidak perlukah kita ketahui dahulu baru kita fahami? Bagaimana pula dengan jasad yang bergerak ini, bagaimana ia bergerak? Adakah kita kenal diri kita jika ini tidak mampu difikirkan? Persoalan yang selalu bermain diminda bila disebut tentang kenali diri ini adalah mampukah kita kenali diri yang serba daif ini. Diri yang semakin jauh untuk mengutip sisa-sisa yang ditinggalkan dulu?

Sehingga satu ketika adakah mustahil untuk kita mengenali siapa kita sebenarnya bukan sekadar hanya pada nama dan tingkah laku. Bagaimana pula dengan Sabda Rasulullah SAW ini?

“Barangsiapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya.”

Siapa sebenarnya kita ini? Siapa yang kita harus kenali ini? Adakah sifat yang kita kenali dalam diri mampu membantu untuk kita mengenali sebenar-benar siapa diri ini?

Quote from Tao Te Ching

Knowing others is wisdom
Knowing the self is enlightenment.
Mastering others requires force
Mastering the self requires strength.

Insyaallah. Sama-sama kita fikirkan.

Salam
skullsplitter

9 comments:

Anonymous said...

Kadang kadang kita lebih kenal orang lain daripada diri sendiri.
Kadang kadang orang lain lebih kenal kita daripada kita sendiri.
Terpulang.
Mengaku kenal tak bererti memang betul kenal.

zackzara said...

Salam ;)

"They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them; but then an entire life to forget them."

But we take FOREVER for us to know ourselves and find oneself as special person, a LIFETIME for us to appreciate ourselves, so that we are able to love ourselves until hereafter.

Kita kenal diri kita melalui rasa hati. Kita kenal diri kita melalui orang lain. Kita kenal diri kita bila kita mengenali dari mana kita datang, ke mana hala tuju kita, dan di mana titik garisan terakhir kita...tetapi seringkali kita lebih suka mengenali orang lain dari mengenali diri sendiri, kerana kita maklum bahawa diri kita adalah diri kita sendiri.

Tahu kenapa kad pengenalan diri di perkenalkan? Adakah untuk memudahkan orang lain mengenali kita? Tidak... ianya hanyalah untuk diri kita mengenali diri sendiri tatkala kita lupa siapa diri sebenarnya. Lihatlah kad pengenalan anda. Anda kenal diri anda? Sedalam-dalamnya?

;)

*saya masih di dalam proses mengenali diri sendiri hingga ke akhir hayat*

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

susah nak cakap, nak kata kenal cam x kenal, nak kata x kenal cam kenal

Skullsplitter said...

jojoe : Seperti saya katakan kenali diri ini amat sukar. Ditambah pula setelah sekian lama kita tinggalkan diri yang sebenar jauh dari jasad yang ada kini. Dimana kita tinggalkan? Itu saya katakan bahawa dimana kita ingin kembali dan dimana jalanan yang telah ditinggali dengan sisa-sisa diri kita. Kita kutip kembali.. Insyaallah. Dia ada pada kita.

Crazybeautiful: Hi kak! erm.. sebenarnya kak, perasaan yang dibolak balik itu yg menjadi dugaan, bila kita mampu atasinya.. Insyaallah.. Kembalilah kita pada diri yang sebenar. =)


skullsplitter

Skullsplitter said...

zara : Apa yang terjadi sebenarnya itu? Itu adalah suatu tradisi manusia. Kita kenali sesama manusia, dan dari situ kita mampu kenali diri. Kerana setiap sifat yang ada pada orang lain ada pada kita. Kerana kita dijadikan serupa, berbeza pada nama dan rupabentuk sahaja. Sifat yang ada sama, cuma masing-masing dengan cara masing-masing. Tujuan yang sama, cara mengaplikasi itu berbeza.

Bagus juga ada kad pengenalan tu. At least org yang lupa diri boleh tenung IC tu untuk sedar diri. Huhu~

skullsplitter

mama SARA said...

Salam

Siapa Kita?

Tak kenal maka , tak cinta..

Siapa kita? bukan dipandangan orang lain sahaja..siapa kita pada diri kita mungkin lebih penting dari segalanya..Biarlah orang lain membenci kita , Tapi kita sendiri perlu ada rasa sayang pada diri kita..
kalu tak jadi laa macam kes2 dalam surat khabar..REMAJA BUNUH DIRI..punca nya dia tak kenal siapa diri dia..dia tak menerima siapa dia seadanya..
Kenali lah diri anda dan sayangi lah diri anda seadanya..Insyaallah kita mungkin lebih bahagia

Skullsplitter said...

Syahira : Erm. Cintai diri lebih bermakna dari segalanya sekiranya kita benar-benar mengenali diri ini. Cintai sesama kita, kerana itu membawa kepada rasa sayang yang timbul pd diri sendiri nanti, cintai sesama makhluk kerana kasih sayang itu tiada batasannya, kerana kita semua serupa, yang membezakannya hanya akal yang mampu berfikir lebih baik. Insyaallah.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Kenali diri kita sebenar2nya... akhirnya kita dapat mengenal pencipta kita...

Skullsplitter said...

Zam : Insyaallah zam. Diizin olehnya, kembalilah kita mengutip sisa-sisa kita tinggalkan dahulu.