Advertising

Saturday, August 23, 2008

Jiwa-Jiwa

Hati memberontak, jiwa terima,
Seakan suatu yang tak perlu disangkal,
Aku cuba lenyapkan,
Jiwa gelora, masih sama,

Aku cuba padamkan,
Gurisan masih terasa,
Belum hilang dari pandangan jiwa,
Masih meledak kemahuan untuk jawapan,

Hanya aku yang mencuba,
Atau sekadar rasa,
Atau derainya kaca-kaca jiwa,
Aku belum biasa,

Fahamkah jiwa bahawa hakikatnya,
Tulus huluran tanpa sambutan,
Umpama bergelap tanpa cahaya,
Sedarlah jiwa,

Mungkin ini jiwa kosong cuba diisi,
Jalan ditemui, tanda belum terbukti,
Atau hakikat tersalah erti,
Maka berdiri sendiri mengharap menanti.



Salam
skullsplitter
*This poem strictly create by the owner of the blog
(Copyright © 2008 skullsplitter. All rights reserved)

2 comments:

zackzara said...

Nice!

Skullsplitter said...

zara : Thanks! Just weng-weng nyer poem. Huhu~