Advertising

Thursday, July 3, 2008

L.I.W.A.T

L - Liwat
I - Itu
W - Wasiat
A - Anwar
T - Tinggalkan

Pening aku tengok paper selama seminggu ni!Tajuk paper mungkin dah boleh tukar jadi Utusan Liwat, Berita Liwat, Harakah Versi Liwat, Harian Liwat, The Son of Pederast, New Straight Guy, Kosmopoliwat & Sinar Liwat.

Kesian pulak aku tgk budak ni. Mungkin juga tak patut dikesiankan, tapi sesama manusia aku simpati kalau benar dia ni di tuttt! Masyaallah.. Kenapa la semua ni jadi. Tak serik ke Anwar ni? Itu la kalau asyik menyontot je. Nafsu dah tak terkawal. Tapi pandai jugak. Lepas PRU12 baru dia jadi semula. Kalau tidak, mau tumbang PKR tahun ni!

Pandangan aku tentang isu ini.

1. Mungkin Anwar sendiri merancang segala hal ini untuk meraih simpati rakyat tentang betapa kejamnya cara kerajaan untuk menjatuhkannya. Tapi persoalan pulak kat sini, gila hebat budak Saiful Bukhari ni sanggup jatuhkan maruah sendiri demi Anwar. Untuk apa? Kekayaan? Sampai bila, boleh bawak kemati ke? Hairannya, cepat betul gambar Saiful dengan menteri-menteri tersebar ya! Macam dah dirancang pula. Menggelabah pulak tu, 'Siapa Makan Cili Dialah Terasa Pedasnya', terus keluar pula ancaman bunuh. Mana pula bukti ancaman? Lari pula ke kedutaan Turki, yang mungkin semua ketahui satu tempat yang sesuai untuk hubungi US meminta simpati. Sebab Turki pun sama sokong tajaan NED! Pengecut! Tak buat, buat apa nak menggelabah. Maaf ini cuma pandangan.

2. Mungkin juga ini kerja beberapa pemimpin parti lain didalam Pakatan untuk jatuhkan Anwar. Tak mustahil, beberapa pemimpin tertinggi PAS pun masih ada yang tidak berpuas hati dengan Anwar ni. Sebagai contoh saja ya.. Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sendiri tak menyukai Anwar walaupun dibawah satu payung, berpelukan sesama sendiri. Jaga-jaga.. Anwar cepat terangsang. Opss! Alamak, terlebih sudah! Maaf ini cuma pandangan.

3. Sekiranya ini perancangan kerajaan, aku katakan kat sini BODOH! Mengapa? Sebab cliche. Ini isu dah lapuk, dan ini sebenarnya kelebihan untuk Anwar pula. Simpati yang dia memang harapkan, dan wang ihsan yang ditagih dari SAMAN kes ini. Bertambah angka dalam akaun nanti. Aku tak rasakan ini satu perancangan bodoh dari kerajaan. Budak darjah 1 pun mampu fikir tahap ni. Maaf ini cuma pandangan.

4. Isu DSNTR dan isterinya Rosmah Mansor. Mungkin ini berkaitan juga. Mengapa? Mungkin bagi menutup isu Raja Petra bersumpah dimahkamah tentang kes Altantuya. Memang menjadi kalau ianya benar! Lihat pada newspaper seminggu ini. 1 @ 2 cerita sahaja tentang kes ni! Yang lain, tak lain dan bukan, gejala liwat-meliwat. Maaf ini cuma pandangan.

Ini pandangan aku. Bagi aku kes ni lebih kepada peribadi. Jauhkanlah ia dari politik negara kita. Sebab perkara macam ni sedikit sebanyak membebankan rakyat. Kalau sibodoh US campur tangan? Sanggup jadi seperti Iraq? Nanti Pak Lah pula dituduh perancang pengeboman 11 September seperti mana Allahyarham Saddam Hussien. Baca, fikirkan, dan nilaikanlah sendiri
dimana kebenarannya. Boleh juga lihat beberapa penilaian dan pandangan sahabat lain dibawah.

Klik sini untuk Angin Perubahan
Klik sini untuk Panglima Perang Cyber
Klik sini untuk Anwaribrahimdotcom
Klik sini untuk Akal Muda

----------------

'Perdana Menteri menegaskan, Kementerian Luar akan menghantar nota bantahan kepada Washington kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berhubung perkara itu merupakan satu sikap prejudis terhadap kerajaan, penguatkuasaan dan undang-undang negara' - Utusan Malaysia

Ni yang US pulak ape cite? Adoi! dah-dah la tu campurtangan hal orang lain. Bela rakyat ngko tu dulu! Cukup la dosa selama ini. Malaysia pula jadi taruhan gara-gara pemimpin yang disegani bernama Anwar Ibrahim ini? Ye la tu.. Pemimpin Masa Depan, Presiden Foundation of The Future (Tajaan US), Rakan baik Wolfowitz (Yahudi), Rakan baik Shah Riza (Boneka US). Baguslah Anwar, dedahkanlah Malaysia kepada bahaya yang mungkin membunuh rakan liwatmu nanti. Opss! Masyaallah.

p/s : Blog Najwan Halimi pun dah dikuarantin? Kenapa ek Najwan? Dan kalau boleh elakkanlah dari siarkan gambar tunang Saiful tuh.. Better.

Salam
skullsplitter

11 comments:

Nizam Gtz said...

Analisis-analisis yang dibawa belum tentu lagi menggambarkan agenda sebenar... kerana Anwar bapak segala agenda di Malaysia...

zackzara said...

Entah la skullsplitter. Bagi saya, yg sudah tu sudah la. Enough is enough. Dok bercakaran sesama sendiri apa kessss.... bangsa lain dok sibuk naikkan kualiti hidup bangsa depa, dok canang sana sini bisnes depa..bangsa kita..had tu jugak. tak kemana-mana.. masih lagi dgn isu-isu yang sgt remeh.

Depa ni semua baca dan hayati ke Al-Quran? Nak kata bukan Islam...depa Melayu.

Bila lagi lah kita akan lihat Islam ni betul-betul bangkit?

Politik ni memang tak boleh bersih ye?

*sekadar pandangan juga*

Cheguman said...

Eh, macam sama je andaian kita dan andaian ramai lagi... macamana boleh sama ye?
"suratan atau kebetulan?"

Nuar brahim ni ingat dia hebat sgt. Dia ingat org lain bodo sgt tak boleh 'baca' muslihat dia.

Sepatutnya Nuar brahim belajar dari Tuah yang begitu tinggi nilai pengorbanannya.

Skullsplitter said...

zamspotte - Tu la, gambaran sebenar masih belum jelas. Ini yang banyak timbulkan andaian, buat semua tertanya. Tapi bila tak dihiraukan nampak seperti mengiakan sahaja. Tak sesuai pula rasanya, kerana apa yang terjadi effectnya tentu skali banyak kepada rakyat akan datang.

zara - Pasal bangsa ni, sebenarnya kita masih didepan, cuma tahap perlaksanaan akal & minda kita yang masih ditampuk lama. Old School kata orang, tak sejajar dengan peningkatan hidup. Bab Islam, maaf kalau saya katakan kebanyakan melayu kita yang beragama Islam ini hanya Islam pada nama, hanya Islam Tradisi. Tradition from our nenek moyang, mereka Islam, kita lahir Islam, jadilah kita Islam. Mereka ajar kita solat, kita solat. Tapi bagaimana pula dengan pengertian solat dan Islam itu sebenarnya? Ada yang ambil tahu? Segelintir. Islam akan bangkit ketika sampai kepenghujungnya nanti. Insyaallah. Politik memang bersih, yang mengotorinya hanya yang berada didalam politik itu sendiri.

*Pandangan saja.. Hehe..*

Skullsplitter said...

cheguman - Bila sekali buat, memang ramai yang tak dapat membuat andaian, bila dah kerap kali keluar cerita yang sama, apa lagi kata orang.. Semuanya akan kembali pada satu andaian. Cth yang lebih menarik disini.. Kemana semua manusia & ciptaanNya selepas kiamat? Tentu kembali padanya yang SATU.

*Thanks cheguman for visiting my blog. Saya linkkan blog saudara disini.

Anonymous said...

salam skullsplitter... *adehh takutnya nama*

i guess I'm back to 1998... teringat zaman form 5... the same headline! terasa muda.. dlm masa yg sama... tgk calendar... it is 2008!

for me, whatever it is... who's up for something... i dunno... and i don't care... just pls don't ruin our lovely country with conspiration or whatever they call it with something like this...

p/s: saham agak jatuh when the news blew up that day... :(

Skullsplitter said...

love-n-hate : Ruin our country? Anwar always do that. I don't know, but my prediction.. Big thing will happen to our country on the September because of him.. Clue: US, Yahudi, Prime Minister or Riot (Only if this thing happen) Remember 13 Mei?

*Just my opinion* Entahlaa..

skullsplitter

zackzara said...

OOOOOOOO... so that was the 'bala besar' that youve commented on my blog...I see..

Well I dont know ut I do seriously hope and pray that there wont be anything close to that. If not.. die lorrr.. hahaha

Skullsplitter said...

I don't want to die with some stupid mistake like this. He (Anwar) should back off from politic arena. And on the other side, if Pak Lah want somebody to takeover his position, Muhyiddin Yassin or Kuli much better than Najib.

*Just my opinion

Nizam Gtz said...

RIbut2 sih... nggak mau berteduh??

tak tau lar... sapa yang lebih layak ganti Pak Lah... mungkin seseorang yg tak dikenali kut (macam PM Pakistan skrang ni)

Skullsplitter said...

zamspotte : Aku pun rasa cam tu la zam. Aku jela jadi PM. Haha. Bankrupt aku kerjakan. Haha.