Advertising

Thursday, July 31, 2008

Ikhlas

Bila terfikirkan tentang ikhlas, terfikir aku adakah kita sentiasa ikhlas didalam kehidupan kita ini. Adakah kita ikhlas beramal, ikhlas menderma dan ikhlas segala-galanya.

Seperti menderma, mampukah kita benar-benar ikhlas? 'Menghulur tangan kanan dan tangan kiri disorokkan dibelakang'? Besar maksudnya itu, bukan hanya kata-kata manis dan hanya ungkapan, tetapi mampukah setiap bantuan yang kita berikan kita simpan didalam diri tanpa sesiapa pun menyedari dan tanpa sesiapa pun yang sedari? Fahami maksud itu. Benarkah kita ikhlas?

Ungu - Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yg telah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapanNya
Di hadapanMu ya Allah

reff:
Sesungguhnya manusia takkan bisa
Menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa
Menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya
[2x]





Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Insyaallah

Salam
skullsplitter

9 comments:

zackzara said...

Ikhlas. Sesiapa pun boleh kata dia ikhlas, tapi tidak sekali dpt menafikan apa yg terbungkam di hati. Kadang2 kita lihat si polan si polan seolah-olah ikhlas..tapi lain pula halnya dibelakang. Lumrah. Fitrah manusia.

Saya suka lagu Ungu. Sesungguhnya segala apa pun yang dilakukan, kena ikhlas dalam berkawan. Ikhlas dalam pekerjaan. Ikhlas dalam beribadah. Segala-galanya.

Saya ikhlas :)

Skullsplitter said...

zara : Anda ikhlas? Alhamdulillah. Sememangnya lumrah manusia begitu, tapi mengapa tiada siapa ingin mengubah tradisi itu? Tak mampukah kita? Ermm.. Fikir sejenak..

zamspotte said...

Sesungguhnya, kenali diri dahulu... Amalkan sifat-sifat mahmudah yang lain... Insya Allah, ikhlas itu akan datang dengan sendirinya....

Fitrah manusia itu diciptakan untuk beribadah kepadaNYA... CUma kita sahaja yang lupa janji kita sejak di Luh Mahfuz lagi...

love-n-hate said...

Salam skullsplitter...

Bagus topic ni skull... :)

Ikhlas... :)
Ikhlas ini datang dari dalam hati... dan untuk menjadi ikhlas ini... tak boleh diajar... Ikhlas ada dalam diri masing² dan kepada yang takda tu... too bad!!!

Yang penting kita tahu, yang ikhlas ini... tidak mengharapkan balasan atau belas ikhsan selepasnya...

Ikhlas bukan untuk orang yang memberi... sama juga yang menerima... perlu ikhlas... sekiranya kita ikhlas sayangkan seseorang, love-n-hate percaya... the other party pun akan menerima dengan ikhlas... setulus hati...

Bila kita ikhlas beribadah kepadaNya... insyaAllah, amalan kita diterima... :)

Semoga kita semua ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan... samada sedar ataupun tidak... :) winkwink

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

akak suka baca entry ni. best

Skullsplitter said...

love-n-hate : Dlm konteks ikhlas menyayangi seseorang, sememangnya the other party pun akan menerima dengan ikhlas... setulus hati... tapi, itu hanya telahan atau prediction sahaja. Bila hanya satu hati yang ikhlas menyayangi.. yang disayangi belum tentu benar-benar ikhlas membalasnya. Kerana ini lumrah manusia. Kita mungkin sedar untuk mengubah.. Tapi mereka? Ermm.. Saya harap mereka juga begitu.. Insyaallah.

Dlm konteks ikhlas terhadap Yang ESA.. Percakapan selalunya mengatakan ikhlas, Pendengaran selalu mendengari keikhlasan, Penglihatan juga melihat keikhlasan, tetapi jauh disanubari adakah kita benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab itu? Bukan hanya ketika dlm keadaan sukar? Adakah itu ikhlas? Itu yang dikatakan, kadang-kadang kita lupa.

Anyway, thanks for the comment ms/mrs love-n-hate. Huhu~

skullsplitter

Skullsplitter said...

crazybeautiful88 : Erm. Thanks akak! Selalu selalu la menjengah disini ya. Send my regard to your son, abg and daughter, kasih. Thanks!

crazie_manic said...

Ikhlas...well kalu kita ikhlas membantu, kita akan merasa puas tapi kalu setakat hanya melepaskan batuk ditangga.....tidak perlu..Daklam berkawan ikhlas itu penting untuk mengekalkan hubungan...
Dalam bercinta ia penting untuk mengeratkan lagie hubungan..
Dalam berkerja ia penting untuk mendapatkan rezeki yang berkat...
Ikhlas biar dari hati bukan dari mulut..

Salam

Skullsplitter said...

crazie manic : Yup! Ikhlas perlu ada dlm setiap perbuatan yang kita lalui. Bukan hanya sekadar terlepas dari percakapan yang mampu untuk menipu, tapi dtgnya terus dari sanubari tanpa suara. Yang mendengar hanya yang menjadikan iaitu yang Maha ESA. Insyaallah keberkatan itu sentiasa bersama orang-orang yang ikhlas.

skullsplitter