Advertising

Saturday, July 19, 2008

Debat atau Sebat je! - II

Keputusan debat diantara Dato' Seri Anwar Ibrahim VS Dato' Ahmad Shabery Cheek oleh Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas bekas hakim Debat Piala Diraja

Anwar

Isi : 18
Gaya : 31
Kaedah : 13

Total : 62

Shabery

Isi : 23
Gaya : 29
Kaedah : 16

Total : 68

...................................................
Sebab utama kekalahan Anwar

1. Gagal menjawab - Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing & Anwar gagal menyakinkan bahawa mekanisma bagaimana boleh digunakannya untuk turunkan harga minyak menjadi 0.50 sen

2. Kegagalan dalam percaturan pengiraan - Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subsidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol bukan sekadar 5 bilion yang dijanjikan Anwar. RM5 billion hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen.

*Boleh rujuk Angin Perubahan

Kelemahan Shabery

1. Menceritakan realiti sebenar, tetapi agak kekurangan fakta yang boleh dipercayai

2. Terlalu banyak membangkitkan isu tidak berkaitan

3. Nampak agak emosi menyampaikan hujah

..................................................

Biar apapun keputusannya, apa yang lebih perlu disini rakyat mendapat sedikit info dari pemimpin tentang harga minyak yang naik secara mendadak ini. Samaada penerimaan kita berteraskan pemikiran mendalam atau sekadar menjadi pak turut kepada pemimpin yang disokong, terpulanglah kepada empunya diri.

Salam
skullsplitter

4 comments:

love-n-hate said...

Salam skullsplitter...

Debat atau sebat ehh?? Mana2pun boleh...

For me... DSAI tak perform seperti kebiasaan dan ini menyebabkan DSAC nampak setara dengannya....

DSAI lebih mempertahankan point yang sama dan gagal menjelaskan point untuk rm3bil seperti dijanjikan di awalnya...

DSAC diakui banyak point2 yang boleh dikirakan utk kautim DSAI... akan tetapi tidak dielaborate sepenuhnya dan tanpa facts serta figures untuk explain secara mendalam.... kalaulah DSAC boleh mengambil 10 saat lagi utk elaborate setiap hujah2nya... DSAC is a clear winner... :) but he didn't...

Hope lebih banyak debat2 sebegini di masa akan datang... winkwink :)

zamspotte said...

Sebat jer lar...

Namun, ketara mempertahankan sesuatu yg mustahil difikirkan...

Tiada apa yg berjaya dalam debat ini... Kerana bila ditanya kat awam... mereka tidak berapa faham akan situasi yg diceritakan...

Yang menjadi mangsa Petronas jua...

Bilakah agaknya petronas, tnb, TM dsb akan disenaraikan dlm Bursa Malaysia... (Didiskus dalam The Exchange semalam ni)

Skullsplitter said...

love-n-hate : Halo love n hate! Yup. agree with you. Actually DASC bekas seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya dulu. Mungkin kurang pandai berdebat, tetapi dia lebih cenderung pada pengeluaran fakta yang kukuh berdasarkan kajian. DSAI pula mengeluarkan fakta yang kukuh, akan tetapi tidak begitu jelas dan sebenarnya apa yang dipraktik DSAI itu sendiri sebenarnya satu idea lapuk yang seharusnya digunakan ketika zaman 90an dulu. Zaman berubah, idea dikemukakan beliau sudah tidak relevan lagi untuk masa sekarang.

Sebenarnya saya lebih harapkan Dr Nordin Kardi diatas stage itu menentang Anwar. Mungkin akan jadi lebih panas. Baru bes! huhu~

Akan datang, saya harapkan perdebatan antara TUN dan DSAI. Huh! Boleh bayangkan kehebatan debat itu nanti. winkwink jugak. ;)

skullsplitter

Skullsplitter said...

zam : Tu la.. bagi mereka yang masih belum benar2 memahami situasi politik dan ekonomi negara kita ini, ianya agak sukar diterima kerana debat ini lebih banyak attack sesama sendiri, menjadikan usul sebenar belum dpt dijelaskan. Masa juga terlalu singkat .

*Aku rasa tkkan masuk kot sampai bila-bila. Huhu~