Advertising

Thursday, April 24, 2008

Duduk Semeja

'KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kanan) berbual mesra dengan ketua-ketua kerajaan negeri yang hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213 di Istana Negara, semalam. Menteri Besar dan Ketua Menteri mewakili empat negeri yang dirampas pembangkang pada pilihan raya umum lalu turut hadir.
Mereka adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng'

Melihat pada gambar diatas ianya seperti gambar biasa, tetapi bila diamati dan diteliti artikel tentang gambar ini, aku dapat rasakan sesuatu yang baik berlaku didalam arena politik negara kita. Mungkin hanya sekadar gambar dan mungkin hanya sekadar politik semata-mata, tetapi ia mungkin satu permulaan yang baik dan setiap perkara mesti ada permulaannya, seperti kata pepatah 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya' barulah hasilnya bagus. Gambar ini mungkin menjadi titik tolak kemajuan politik & kesefahaman antara kita semua satu hari nanti. Siapa tahu?

*Apa yang penting.. "Takkan Melayu Hilang Didunia" & satu hari nanti Melayu akan menggoncang dunia! Peliharalah kedaulatan bangsa dan ketuanan kita!

Salam!

skullsplitter

No comments: