Advertising

Monday, March 31, 2008

Kisah Seorang Banduan

Mudah benar manusia berputus asa,
Terlalu cepat mengikut kata hati,
Terpaku aku mendengar rintihan hati seorang banduan,
Seorang hamba yang bercinta dan ditinggalkan cinta,
Dia dipenjarakan dah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan membunuh,

'Kisahnya bermula bilamana seorang wanita berjaya singgah dihatinya,
Seorang wanita yang kecewa dengan hubungan sebelum ini,
Hamba ini menerima seadanya, memberi ruang dlm hatinya untuk wanita ini,
Setelah bertahun bercinta,
Tiba saatnya kedua-duanya ingin membina ikatan suci,
Setelah semua perancangan dilakukan, persetujuan dicapai,
Menantilah mereka saat bahagia yang menjelang tiba,
Tetapi.. Panas disangkakan hampir kepetang, tapi hujan ditengahari,
Beberapa hari sebelum majlis berlangsung,
Wanita itu memutuskan ikatan untuk kembali pada kekasih lama,
Remuk berkecai hati hamba itu bercampur perasaan amarah dan dendam,
Hamba ini merasakan diri dipermain,
Tanpa berfikir, tanpa bersabar.. Hamba ini melunaskan dendam yang tersemat dihati, mengikut hasutan syaitan, dia membunuh kedua-dua pasangan itu,
Tanpa belas & kasihan.. Dengan penuh kekesalan.. Permintaan terakhir hamba ini sebelum dihukum.. Hamba ini telah mencipta satu lagu tentang hidupnya dan meminta ianya dirakam untuk dijadikan teladan kepada semua..'

Sedih aku mendengar alunan lagu tu.. Penuh kekesalan dalam bait-bait lagu itu.. Terasa sebak.. Itu yang dapat aku katakan.. Aku akan cuba untuk letakkan lagu itu dlm blog ini nanti.. Untuk tatapan semua.. Insyaallah..


"Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan,
tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan"


-Hamka

No comments: