Advertising

Wednesday, December 24, 2008

Malapnya Suar Hati

Hati makin rapuh, dek penangan dunia yg kosong ini!

Aku sedari pedoman kian bergoncang.

Makin didekati, makin besar duri tajam menusuk setiap langkah.

Aku cuba gagahi, makin tersiat isi hati yang aku semai dan kujaga.

Mana silapnya, hanya Dia yang tahu.

Cuba aku jauhi duri itu, rindu pula pada sakitnya.

Kembali dekati, terfikir pula harapan yang tak mungkin.

Harapan yang tak mampu aku berikan kerana harapku juga padaNya.

Aku makin buntu, jalan pulang tiada tandanya.

Aku elakkan. Untuk mereka.. mereka yang sentiasa jadi landasan buat aku teruskan langkah.

Bukan larikan diri, cuma biarlah gurisan lekat dihati ini, tidak pada yang lain.

Aku hanya mampu berharap. Redha padaNya. Terima kasih kalian semua.


Salam
skullsplitter
*This writting strictly create by the owner of the blog
(Copyright © 2008 skullsplitter. All rights reserved)

9 comments:

Ad Rifza said...

..Jangan putus harap..Harapan masih ada jalannya...Berdoa ,usaha tawakkal..Insyallah..Jika itu juga ketentuannya terimalah dengan penuh redha..Kerana DIA hanya tahu yg terbaik untuk kita hambaNYA..

zara said...

yaa..benar..setuju dgn AdRifza.

ps: suar ke suara? suar tu ape?

crazie_manic said...

Skull : Dalam hidup..Kita pasti akan melalui saat dan ketika sebegini..Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berserah dan tawakal...Hidup perlu diteruskan...

SiRabunWarna said...

eddy... ini rentetan dari pengikut adibahahmad....

aku tak sempat nak baca post minah tuh... dier dah delete kot... tapi bunyi seperti sangat rakus... seperti ada propaganda sedang berlaku...

tapi pengikutnya yang ini... entah laa ... aku kurang mahir... taktau laa kalau kau suda jenguk

http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

sekadar berkongsi... kau faham kan...

Skullsplitter said...

Ad : Yup. Agree with you. Setiap ketentuan ada jln disebaliknya, cuma usaha membantu bukan keluhan semata-mata. Dia Maha Mengetahui. Tengkyu!

skullsplitter

Skullsplitter said...

zara : Mmg suar, bukan suara. Tgk kamus dewan bahasa. Huhu~

skullsplitter

Skullsplitter said...

Syahira : Yup. Life must go on. Tawakal dan redha perlu diiringi usaha dan ikhtiar agar kita temui jln penyelesaian. InsyaAllah. Thanks for the words.

skullsplitter

Skullsplitter said...

zaki : Thanks for sharing with me. Aku dah bace blog tuh, jika kurang kefahaman mgkn ramai yg lihat blog ini byk mempertikaikan konsep ketuhan dan agama itu sendiri. Tapi dari segi lain jika dilihat lebih dlm, aku rasa blog menceritakan lebih daripada tu. Ingat kita pernah berborak pasal Agama kita sekarang agama keturunan? Hehe. Lebih kurang camtu aa. =)

p/s : Sorry tk dpt join tts arituh, busy dgn perkahwinan org lain. Haha.

skullsplitter

Muhammad Azli Shukri said...

moga kita tidak berputus asa daripada rahmat ilahi..