Advertising

Monday, October 6, 2008

Ragam Raya 2008

Raya tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Mungkin suasananya kot agak berbeza. Atau aku yang mendiskriminisikan hari yang penuh dikara ini dalam konteks yang berbeza.

Raya tahun ni kampung aku ada ketua kampung yang baru En. Jamil namanya. Kata mereka ketua kampung perlulah dipilih dari kalangan penduduk asal kampung tu. Tapi setahu aku En. Jamil ni bukan orang asal disini. Bapak aku dah tinggal dikampung ni sejak dari kecil dan berpindah randah merantau kemudian kembali ke kampung ni semula selepas pencen baru wujudnya keluarga En. Jamil ni kat kampung aku. Bukan maksud aku bapak aku yang harus dilantik. Jangan haraplah dia nak. Haha. Tapi aku lihat kat sini, pemilihan lebih kepada politik parti. Siapa sokong parti PR jadilah ketua kampung. Aduh. Kesitu pulak. Nak kata terlalu layak, ucapan hari raya hari tu pun sangatlah berterabur. Umpama kata orang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Camtu la lebih kurang. Satu habuk pun aku tak faham apa dia cakap. Oo.. Yang best nye! En Jamil kata Kampung aku dalam proses buat laman web Kampung, untuk memudahkan aduan penduduk. Yang ni aku kagum. Mungkin boleh dimuatkan info pasal perkembangan aktiviti kampung. Cuma aku sekarang ni just tunggu dan lihat. Jadi atau tak.

Sebut pulak pasal kerajaan baru. Seperti sedia maklum, memang negeri aku bawah pemerintahan kerajaan Pakatan. Ini yang baru juga bagi aku. Sebab texts ucapan hari raya tahun ini yang dikeluarkan kerajaan negeri ini agak berbaur politik. Aduh. Ni satu lagi hal. Aku yang selalu tersengguk je dengar ucapan atau lebih mesra tazkirah dah terjegil mata dan terbuka luas telinga nak mendengar ucapan ini. Hari dikara ni pun ada juga politik diselitkan? Tak faham aku.

Haha. Paling menarik tahun ni, buat pertama kalinya raya pertama tanpa kakak tercinta. Dia beraya dikampung sebelah suaminya. Jadi buat pertama kalinya juga aku boleh digelarkan 'enduk' dalam bahasa Jawa. Tengok kamus dewan kalau tak tau. Satu hari suntuk aku kat rumah melayan tetamu. Susah rupanya jadi perempuan ni kan? Baru aku faham. Penat!

Tahun ni kelainan yang pasti, mak ngan ayah aku dapat berita untuk pergi menunaikan Haji. Alhamdulillah. Semoga mendapat Haji yang Mabrur. Dan mungkin berita gembira ini membuatkan sedikit kelainan pada sikap mak ngan ayah aku menjadi sangat-sangat sporting! Banyak juga hal peribadi yang aku share dengan dorang sepanjang raya ni. Dan yang bestnye, feedback yang sangat baik dari mereka. Haha. Aku suka.

Dan kaitkan dengan hal kat atas, aku beraya dengan orang baru dalam hidup aku thn ni! Huhu~

Dan yang paling penting tahun ni aku gembira masih diberi peluang untuk menunaikan puasa sepenuhnya dibulan Ramadhan.

**Ada kesempatan buatlah puasa 6. Sama-samalah kita. InsyaAllah.

Salam
skullsplitter
Kasih. I'm Happy!

3 comments:

love-n-hate said...

Salam hari raya buat encik skulls sekeluarga yerr... :)

Best kan raya this year... seronok, happy! :) winkwink

Skullsplitter said...

Nurin : Salam hari raya buat nurin juga! Semoga dibulan baik ini dikurniakan keberkatan pada nurin dan keluarga. InsyAllah.

**Yup! Bes! Happy! =)

Skullsplitter said...

Oo.. I play safe ek?? Hehe.. Yang penting kasih! I'm happy! winkwink!

**Balas..balas.. Huhu~

skullsplitter