Advertising

Thursday, September 11, 2008

Takziah

KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam - Utusan Malaysia

............................................................

Khadijah Hanim, seorang adik yang saya kenali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang. Khadijah yang menghidapi paru-paru gagal berfungsi sejak dari umur 6 tahun seorang yang tabah dan seorang yang cekal menghadapi hidupnya selama ini. Terkilan kerana tidak sempat saya memberi perhormatan yang terakhir buatnya.

Hanya doa saya iringi buatnya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Takziah buat keluarga beliau. Innalillahi wainna ilaihi roji'un..

Dari Allah kita datang,
kepada Allah kita kembali..

Salam
skullsplitter
*Kasih.. ='(

3 comments:

zackzara said...

Inalillahi waina illaihi rojiun.. Moga rohnya di cucuri rahmat dan tenang di sana. Meninggal dunia di bulan penuh berkat, moga-moga hidupnya di dunia diberkati Yang Esa. Al-Fatihah. Amin.

Anonymous said...

Innalillah...

Alfatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga Hanim semoga rohnya tergolong dalam golongan orang yang beriman...insyaAllah

"daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali..."

**Kesemuanya ketentuan dariNya juga....

Skullsplitter said...

Nurin & Zara - Yup. Semoga dicucuri rahmat. Selama 15 thn menderita, dia masih tenang dan gembira menjalani hidup ni walaupun tk seindah kita. Pengajaran buat kita semua. InsyaAllah.