Advertising

Friday, July 11, 2008

Aku, Kamu Dan Dia

Saat ditiupkan kedalam ia,
Tiada hentinya titis demi titis cucurannya,
Sedih mahupun gembira,
Noda dan dusta selapis cuma dari hijabnya,

Saat terbuka pandangan dunia,
Masih lagi terbit sinarnya,
Saat tercorak compang-camping warna,
Laluan jalanan terbahagi dua,

Saat fatamorgana diterokai,
Masa kenali empunya diri,
Bila rasa menghinggapi,
Detik akal menguasai,

Saat jalanan diselimuti kabus,
Cahayakan diri memimpin hati,
Corakan dusta terus hapus,
Lantas sedia memeliharai,

Saat ini wujudnya indah,
Hingga derita nikmat hakiki,
Setiap degupan kalimah bermadah,
Pada yang SATU ditujui.

Insya'Allah,

Salam
skullsplitter
This poem strictly create by the owner of the blog
(Copyright © 2008 skullsplitter. All rights reserved)

7 comments:

zackzara said...

Terasa macam saya ada meninggalkan sekeping coretan di hari lalu.. mungkin saya terlupa untuk publis for comment. Ini sebenarnya..

Aku, Kamu dan Dia,
Melihat ke arah satu kiblat,
Mempunyai satu tujuan,
Memuji hanya yang Satu.

*originally penned by me*

:)

Nizam Gtz said...

Antara aku dan kamu... ada 'dan'...

Ke mana arah tujuku?
Ke mana arah tujumu?
Ke mana arah tujunya?
Ke mana dituju selepas tiba masa ajal?

Skullsplitter said...

zara : Hanya yang SATU. Kemana sekalipun langkah, kemana sekalipun arah, kemana sekalipun laluan, tetap menuju pada yang terunggul dan teragung.

zamspotte : Setiap persoalan timbul didlm diri, pastinya ada jawapan kiranya mencari. Setiap ilham yang dicetuskan, pasti ada dua jalanan berbeza untuk membenarkan. Samada terima ataupun tidak. Akal memainkan peranan.

Yusmir Yusop said...

Fitrah lahir dari hati
Hati umpama mutiara
Mutiara empunyaNya
Gilap dan bersinar ia
Terbuka segala hijab

Skullsplitter said...

yuzy : Mutiara telah wujud sekian lama, perlukan ketelusan dan masa untuk menggilapnya menjadi lebih berseri dan bersinar. Insyaallah. Thanks for the first comment in my cottage! =)

Anonymous said...

hangpa,aku,kau,deme,koi awok,saya,awak,kamu,kamek,mike,teman,kawan,

Skullsplitter said...

orangjauh : Hehe.. Berbagai bentuk panggilan dari pelbagai negeri dan keturunan. Anyway, thanks for visiting.