Advertising

Saturday, June 21, 2008

Lompat Sikatak Lompat

SAPP - Saya Akan Pindah Parti

Dalam previous post saya sebelum ini pernah saya menulis tentang sembang saya bersama ahli parlimen kawasan saya tentang ahli parlimen BN di Sabah yang akan lompat parti & penulisan pandangan dari mata hati saya tentang kenyataan DSAI untuk membentuk kerajaan baru dibawah pimpinan beliau.

Hari ini ternyata ura-ura itu semakin hampir kepada kebenarannya seperti apa yang kita baca dan dengari, 'beberapa' Ahli Parlimen dari parti SAPP -Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) - bertindak untuk menyokong usul dari Presidennya Datuk Yong Teck Lee yang mengiystiharkan 'parti' itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang.

Menggunakan perkataan 'parti' itu agak mengelirukan saya bilamana Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri (SAPP) akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi. Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Sejauh mana kebenarannya tiada siapa yang tahu. Mungkin RM 100 juta yang diwar-warkan sebelum ini yang bakal ditawar Pakatan untuk lompat ke parti mereka bukan sekadar spekulasi? Jika benar wujudnya ancaman wang ini, tidak dapat saya terima akan apa saja kenyataan SAPP bahawa Pak Lah sudah tidak lagi relevan, ianya hanya dinding bagi mengaburi salah laku disebaliknya.

Dengar cerita beberapa pemimpin MCA di Penang pun dah gatal kaki untuk melangkah ke Pakatan. Ermm.. 'Bila hati & jiwa tiada pendirian yang tetap, hanya dikaburi kemewahan, inilah jadinya'

Salam
skullsplitter

2 comments:

Nizam Gtz said...

Bilamana mata hati tertutup oleh nafsu,
Bila jiwamu semakin tersiksa oleh keinginanmu
Bilamana dunia atau isi-isinya mengaburi matamu
Bilamana kewarasan fikiran tidak lagi mampu berfikiran...

Di mana perwira-perwira kota batu ini?
Ke mana hilangnya warisan Salahudin Al-Ayubi?
Ke mana hilangnya semangat Hj. Abdul Malik Karim Abdullah di bum nusantara ini?
Ke mana hilangnya prinsip Hj. Abdul Rahman Limbong??
Di mana? Ke mana? Mengapa?

Bangsaku bukan emah hati dan jiwanya...
Bukankah Abdullah Munsyi telah terjemahkan Injil untuk perbandingan dan menunjukkan tingginya mukjizat Al-quran?
Bukankah Panglima Awang @ Hitam adalah manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia dengan belajar??

Apabila matahati dikaburi dengan empat Taa', maka keagongan Yang Maha Agong pun dikau sangkali...
Tunggulah, janji-janjiNYA pasti benar...
Seperti yang diturunkan kepada Kaum Saba' dan Tsamut...
Di kala itu, taubatmu tidak berguna lagi...

zamspotte
11.07 pagi, 21 Jun 2008

Skullsplitter said...

Hati yang tidak tenang itu membuatkan jiwa goyah, membuatkan kita lalai pada yang seharusnya.

Bilamana tiada lagi yang seharusnya didlm diri, maka binasalah diri tanpa berada dilandasanNya.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara hati dah pemikiran hambanya agar tidak terus terjerumus dlm jiwa yang memberontak tanpa mengenalnya. Insyaallah.

skullsplitter