Advertising

Sunday, June 22, 2008

Lain Dulu Lain Sekarang?



Kembali ke zaman Tanah Melayu dahulu dimana pendidikan terbatas, pendidikan dibahagikan kepada orang melayu disekolah melayu, orang cina disekolah inggeris & orang india dimana-mana sahaja.

Org tua, cikgu pernah kata, dulu orang melayu dikampung, orang cina dibandar, orang india di estate. Ini betul-betul percaturan kaum! Tapi aku rasa mereka pandai.

Dan aku hairan, sedangkan dulu agak kritikal dengan perkara ini 'KAUM' tapi masih lagi mampu bersatu dan merdeka. Aku rasa aku merdeka. Tapi dr konteks yang lain sbb aku bukan hamba.


Zaman moden ni pulak, pendidikan tak terbatas, semua layak ada disekolah mana-mana, dikolej mana-mana, diuniversiti mana-manalah! Senang cerita semua ada peluang masing-masing. Cuma atas diri je. Nak atau tak nak. Ni dah masuk cerita lain pulak.

Yang aku nak cakap. Bila diberi 'kebebasan' seperti ini, makin bodoh pulak semua orang ni! Kes rasuahlah, BABI la, tanah gerejalah, kau bukan Islam dan aku Islamlah, lompat partilah. Semuanya timbul gara-gara kebodohan tahap kritikal semua yang bertegang leher ini walaupun tak dijerut dengan tali pancing! Adoi.. Ape la masalah ni??

Salam
skullsplitter

3 comments:

Nizam Gtz said...

Awas! bebas... akhirnya babas...

Dulu, susahnya hidup, tak cukup ilmu sehingga sebatang jarum pun tak bley nak hasilkan..

Sekarang, bukan setakat jarum, Keta kebal pun dah ada Made In Gombak! Pun orang kita mengeluh susah...

Dulu, langsung takde beras... hari2 makan ubi kayu sampai kembung-kembung perut...

Sekarang, beras baru naik harga sedikit, orang kita sudah mula rimas... Seriau melihatkan harganya...

Imaginasi mengisi ruang menutupi kewarasan pemikiran, lalu diri menjadi hampeh dengan angan-angan...

Lantas... kosong fikiran

Benarkah kita mudah lupa??

zampostte, 11.31 pm, 22 Jun 2008
Pc member... "Wei, pasal ko main komp aku lelama?? Nak kena lempang??"

Skullsplitter said...

Hehe.. Marah membe tuh. Siap nak lempang. Kehkeh..

Pandangan dari makhluk Allah yang kecil ini, sememangnya kita dizaman sekarang ini lupa pada segalanya, mudah lupa! Tiada langsung sejarah, kepayahan, tauladan dari masa dulu bukan sahaja dari masa lalu negara kita akan tetapi dari zaman mulanya Islam didunia juga telah dilupai. Dari sini sedikit demi sedikit tahap lupa kita untuk belajar dari kesilapan semakin kurang. Yang kita tahu, belajar bagaimana pemimpin yang ada menabur janji dan terus kaya dengan hasil orang lain serta bagaimana nak memburukkan sesama sendiri.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Sebelum bertolak merentasi tanah gersang ta'lamakan dan Gobi, Gengis Khan memandang ke langit seraya berkata,"bukan aku yang pinta peperangan ini berlaku." AKhirnya, Gengis Khan menakluki Seluruh Tanah Asia Tengah sehinggakan ke Laut Hitam dan Kaspia (Timur ke Barat) dan akhirnya membawa islam ke tanah besar China secara tidak rasmi... Pemerintahan Kaum Tar-Tar (berbarian) ke atas Negara Islam Empayar Khawarizmi dan lain-lain empayar abbassiyah yang sombong diperkenankanNYA selama tiga generasi.

Rujukan: http://www.fsmitha.com/h3/h11mon.htm