Advertising

Thursday, June 5, 2008

Hero Belum Sampai atau Hero Bersembunyi?

'Apasal la jam ni? Malam-malam macam ni pun jam lagi ke? dah teruk la KL ni.. Eh! Apasal semua orang menhala ke pump station ni? Time ni la baru semua orang nak isi minyak pula? Ke ade sale minyak hari ni? Eh.. Kalau ada sale aku pun nak join. Kot-kot boleh full tank kereta aku ni.'

Jawapan sangat mudah bagi persoalan ini. Seperti yang berlaku pada malam sebelum 26 February 2006. Sudah lupa? Apa lagi. Orang ramai berpusu-pusu mengisi minyak pada waktu itu kerana tepat jam 12 malam minyak akan dinaikkan harga 30 sen menjadi RM1.92 per liter. Itu terjadinya ketika itu. Malam tadi hal yang sama, fenomena yang sama berlaku diseluruh Malaysia, Pak Lah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter. Ini bermakna harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Kenyataan ini diselangi dengan janji Pak Lah untuk memberi sedikit bantuan berbentuk wang yang akan disalurkan untuk semua yang mempunyai kenderaan persendirian yang mana ia boleh dilihat disini. Waktu ini semuanya menyumpah, semuanya marah atas kenaikan ini.

Dimana wira-wiraku, hero-heroku PKR, PAS dan DAP? Bukankah harga minyak akan diturunkan? Mana janji itu wahai pemimpin
PKR, wahai pemimpin PAS? Jika tidak kepada semua negeri.. Bagaimana di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang? Erm.. Jangan cakap tak serupa bikin ya!

Eh.. Berpusu-pusu orang ramai ke Shell. Bagaimana dengan Petronas? Marahkah mereka dengan syarikat minyak negara ini? Kecepek! Tepuk dahi sikit! 'Ini Petronas tengah renovation la ane!'

Adoi! Gaji kene naik nih!

Salam
skullsplitter

5 comments:

PANGASIUS said...

Malam tadi pak lah buat jualan mega, sayangnya aku tak berpeluang nak menyertai kerana tak tau nak isi kat mana.

Skullsplitter said...

Jualan murah yang menyebabkan jam! Adoi serata KL penuh dengan kereta. Pulak tu kebanyakan stesen minyak betul-betul tepi jalan utama,dr ofis aku nak kerumah sepatutnya 5 minit dah jadi 40 minit dek kerana jam ni. Sabar je la..

Anonymous said...

Biasa la bro.Dah jadi macam pesta.Anggap ja... macam di Siam.Setahun sekali pesta air(sonkran).Di Malaysia .. pesta Minyak susidi.Tahun depan mesti akan ada lagi pesta ni. :)

Skullsplitter said...

Kata Tun:
'The increase hurts but the pain is greater not just because of the increase percentage-wise is higher than in developed countries but because of the manner the increase is made'

So disini menurut pandangan Tun, harga minyak ini boleh dibuat secara berperingkat, akan tetapi Pak Lah melakukannya secara drastik. Ini yang bebankan rakyat. Ini juga penyebab tampaknya kepincangan dalam pemerintahan Pak Lah. Saya dan rakan mengisi minyak tadi.. RM 20 hanya untuk 7 liter petrol?? Terlalu drastik!

Anonymous said...

apa nak hairan bro.Bila Paklah naikan minyak setahun dua.. tiga kali.Orang komplain jugak.Ini naik satu kali,komplain jugak.Ini tak kena, semua tak kena?haru-haru....
Bagi aku minyak naik biasalah,ikut ekonomi semasa.Tapi kenapa,Paklah and the Geng tidak ambik kira dari sudut pandangan yang lain.Kenapa tidak perbanyakan atau mewujudkan Stesen Gas Ngv di seluruh negeri.Proton jugak buleh mengambil peluang ini dengan membuat kereta tempatan menggunakan gas ngv dan minyak.Rm10.00 gas Ngv,kereta buleh bergerak sejauh 200km.Jimat tu beb.....


-padangan orgkampung ja :)