Advertising

Wednesday, April 30, 2008

Sketsa Persidangan Dewan Rakyat Ke 12

Info menarik dari video, blog rakan, newspaper dan dari mulut orang menyampaikan,
Saya compilekan sedikit sketsa yang berlaku pada Persidangan Dewan Rakyat yang ke-12.

1. Isu bila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Abdul Razak Mansor menegur beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada DAP (Adun Rahang, K Arumugam dan Adun Senawang, P Gunasekaran) yang gagal berucap dalam bahasa Melayu dengan baik sehingga mesej hendak disampaikan sukar difahami.
Macamana la wakil ini ketika menyampaikan ucapan dan berkempen sampai boleh menang? Ermm..

2. S Veerapan (DAP-Repah) pada usul terima kasihnya, menuduh kerajaan negeri mengagihkan kontrak kerajaan kepada pihak tertentu yang menyebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memintanya mengemukakan bukti. Veerapan berkata, beliau membangkitkan isu itu berdasarkan aduan diterimanya dan tidak memberikan reaksi apabila diminta Mohamad supaya menarik balik tuduhan itu atau mengulangi kenyataannya di luar dewan. Veerapan kemudian akur dan menarik balik tuduhannya.
Iskisk.. Ni la dia pemimpin.. Datang tanpa preparation, tapi nak bersuara.. Kan ke dah nampak bodoh kat situ?

3. Dakwaan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail oleh Mohamed Azmin Ali tidak menerima kad undangan rasmi untuk upacara pembukaan Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-12, esok. Speaker akan meneliti dakwaan bahawa suami Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak dijemput untuk menghadiri upacara pembukaan itu seperti kelaziman.
Ermm.. Azmin Ali tu concern pasal Anwar ke or diri sendiri? Nak masuk Parlimen.. Usaha la sendiri.. Bukan harapkan nama Anwar.. Blh tahan gak gile glamor! Bergurau je ek Azmin..

4. Karpal Singh mengangkat sumpah dengan tangan kiri bila tegurannya terhadap seorang Ahli Parlimen BN tidak mengangkat tangan kanan ketika angkat sumpah dibela oleh Speaker 'Mungkin tangan kanannya sakit'. Lalu Karpal Singh memberi alasan tangan kanannya sakit ketika mengangkat sumpah. Ia dilihat sebagai perlian kepada semua di Dewan itu.
Tuan Speaker.. Tuan Speaker... Kenapa la jawab sebegitu.. Nampak tidak professional langsung

Salam

skullsplitter

No comments: